Harraz's POV
Aku menarik-narik lengan long sleeve ku. Jambangan bunga dikemaskan. Rose merah dan ros putih di tengah-tengah. Betulkah apa yang aku buat ni?
"Ehem" aku berdehem sedikit. Lalu mula memberi salam. "Assalamualaikum!" Salam kedua diberi lagi lalu disambut satu suara kecil dari dalam. Aku pasti tu Nina. Aku tersenyum manis. New chance.
Flashback, eheh.
Aku mengangguk. Soalan diutarakan pada Aqram setelah beberapa minit sesi tafakur dijalankan. "Apa yang patut aku buat?". Aqram tersenyum sinis. Dia berdehem seketika lalu menjawab soalanku.
"Aku ingat lagi masa Nina dengan Affan bergaduh dulu. Nina kata 'mungkin, aku lebih layak dengan Harraz' ha macamtu . So, kalau kau datang. Mungkin Nina akan terima kau dengan sebab nak buktikan pada Affan yang dia mampu gantikan Affan. Lama-lama rasa cinta akan terbuai dan puff! Korang bahagia!" Nada serius Aqram berakhir dengan ceria. Aku ketawa mendengar dia meniru suara Nina.
"Kau nak jadikan aku 'bidan terjun' la ni huh" ujarku memerli. Aqram ketawa lalu menepuk bahuku perlahan. "Aku tak paksa bro, bukan niat aku nak hancurkan masa depan kau semata-mata nak tengok cousin aku bahagia. Kau jangan salah faham. Aku offer hati Nina kat kau ni. Kalau nak terima, syukur Alhamdulillah. Kalau kau tak terima takpe, aku tengok je plan Allah macam mana" aku tersenyum. Aku tahu, Aqram sangat terdesak untuk melihat kebahagiaan Nina. Sekurang-kurangnya sebelum dia menutup mata.
End Flashback
"Waalaikummussalam!" Nina menjawab salamku dari dalam rumah. Dia membuka pintu sedikit lalu menjengukkan kepalanya di balik pintu. Alahai, comelnya bila dia buat macam tu. Aish! Jangan cepat sangat cair hati tu Harraz!
Dia menyimpul senyum padaku sebelum membuka pintu seluasnya. Selipar disarung lalu perlahan-lahan dia menuju kepadaku yang masih tercegat di hadapan pagar.
"Harraz? Awak Harraz kan?" Soalnya bersama mimik muka yang sukar ditafsirkan. Tapi comel. Ehehe.
Aku tersenyum lagi lalu mengangguk laju. Dia tergelak kecil apabila melihat anggukan pantasku. Macam budak kecil! Aku turut ketawa.
"Jemputlah masuk Harraz, Mak Su dengan Aqram ada kat dalam" ujarnya sambil mengangkat tangan kanannya dan 'menabik' ala-ala polis. Maklumlah, sinaran matahari terlampau kuat. Nanti kulit burn pulak. Perempuan, tahu sangat ahahaha.
Nina masuk ke rumahnya semula lalu menekan suis pagar. Aku masih tercegat di hadapan pagar rumah. Tidak menunjukkan tanda-tanda nak masuk pun. Nina menjenguk apabila tiada derapan kasut kedengaran.
"Harraz? Kenapa tak masuk?" Dia menyarung selipar purplenya lalu berjalan kearahku semula. Aku tersenyum sumbing. Jambangan bunga itu diserahkan kepadanya. Nina terkedu seketika. Lama-lama, dia tergelak kecil lalu menyambut huluranku.
"So sweet of you Harraz, hahah, masuklah" aku turut ketawa lalu masuk ke dalam rumah diiringi Nina. Aqram yang sedang menonton Spongebob Squarepants di youtube iPad nya memalingkan muka ke arahku setelah aku memberi salam.
Like.. seriously? SPM dah nak dekat. And dia still relax sambil tengok Spongebob?
Jap..
Kalau bukan SPM pun.. dia tak sepatutnya layan kartun lagi -_-"
Pape jelah Aqram. Asalkan kau bahagia. Ohoho.
"HARRAAAAAAZZ" jeritnya meleret lalu memelukku. Siap angkat aku lagi macam dah 7 ratus tahun tak jumpa. Padahal baru jumpa semalam je. Pandai eh kau berlakon.
"Oi oi mati anak orang" Nina menarik hujung baju Aqram. Aqram melepaskan pelukan. Serentak, aku terduduk mencari nafas. Aqram gelak jahat. "Muahahaha! Rasakan pelukan ala-ala Patrick kuuu~" mendayu-dayu suaranya. Aku menghadiahkannya death glare. Geram! Kalau mati aku ni macam mana?! Kan dah takda pengganti Nina. Paling penting, jodohku kehilangan seorang suami yang hensem. Heh. Sempat lagi aku mengutarakan fakta diri pada hati.
"Ha jemputla masuk, buat macam rumah kawan kau sendiri". Aku buat facepalm. Memang ni rumah kawan aku pun. Haih.
"Jom Harraz! Kita makan sarapan sama-sama!" Jerit Mak Su dari dapur. Oh, Mak Su perasan rupanya aku datang. Ehehe. Aku menghadiahkan segaris senyuman dan menggaru tengkuk ku. Bukan segan, masalahnya aku dah makan kat rumah tadi. Kalau aku makan kat sini, Haih. Dah kenyang sangat! Mama punya nasi lemak sangat 'umph' pagi tadi. Sampai aku tambah dua pinggan!
Kalau aku makan tak habis nanti apa pulak kata maksu.
Belum sempat aku menolak pelawaannya, Aqram menarik rambutku. "Sakit ah woi!" Kata-kataku diendahkan. Aku punya la lama gayakan rambut sebab nak jumpa Nina tadi! Kaum hawa kena faham. Sakit hati rambut yang lama kita 'hias' sama sakit hatinya dengan tudung korang yang elok-elok jadi punya cantik sampai crush pun puji tiba-tiba ada minah kekwat mana entah tertarik sampai kedut lepastu terus tak jadi. Sampai crush korang gelakkan korang lagi.
Sama la macam yang aku hadapi sekarang. Nina sedang terkekek-kekek ketawa apabila melihat rambutku yang sudah serabai teruk.
Eh jap.
Nina crush aku ke?
Erm, apa-apa je lah
Aku menatap mee goreng basah di dalam pinggan. Perut dah full habis tapi demi nak jaga hati Mak Su, ku makan juaa~~ lagi-lagi bila maksu baru je cakap yang mee goreng basah ni Nina yang masak sebelum aku datang tadi.
Aku memasukkan gumpalan mee yang digumpal oleh chopstick besi yang diberi Aqram. Katanya nak feel-feel Kdrama pagi ni. Makan pakai chopstick sambil acah-acah mata sepet. Eh eh. Diorang memang dah sepet okay!
"Majimakcheorom mamama majimakcheorom~~" Aqram menyanyikan lagu ahli kumpulan Blackpink dengan suara yang orang Penang kata 'nala' punya sumbang. Nina di sebelahnya menutup kedua-dua telinga dengan telapak tangan kecilnya yang putih gebu sambil mata bulatnya memerhati Aqram dengan riak curious. Comelll! Mak Su? Hm, facepalm je mampu. Aku meletuskan tawa yang tak berapa besar.
Usai bersarapan bersama, aku, Aqram dan Nina 'melepak' di Starbuck, Aman Central. Kedai dimana coffee nya sangattttt mahal. Tapi takpa, sedap. Macam Baskin Robbins, MAHAL GILA ICE CREAM DIA TAPI SEDAP LA JUGAK BERBANDING ICE CREAM SERINGGIT.
OkaysesiHarrazmeroyansudahtiba.
Abaikan.
Okbai. Lol. See you in da next chap sweetie <3~
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...