Oin's POV
Aku terasa sakit di belakang leher. Kini, aku melutut di atas tanah. Malaun mana pulak yang gatal tangan pergi ketuk belakang aku ni?! Sakit di leher masih terasa. Aku berpaling kebelakang. Aqram.
"Pft". Hanya itu yang terkeluar dari bibirku. Tak mati-mati lagi ke?. Bukan haritu kemain ke nazak la ape la. Hahaha.
Affan dan seorang jejaka tampan (eceh) berada di belakang Aqram, merenungku tajam. Aku gelak jahat. Berkat ilmu Taekwondo di dada, aku bangun lalu menendang jauh kayu yang dipegang Aqram.
"Bro! Tak mati lagi? Hahaha! Liat betul kau nak mati huh? Spesis-spesis Trump ah ni. Jenis nak mati pun payah haha. Ni kau tengah feel-feel hero la ni? Hahaha!" Tawaku terhenti saat pipiku yang cantik macam tuan dia menerima tamparan kasar dari tangan Aqram yang dah sedia kasar.
Kepalaku terpusing ke kiri, kesan tamparan itu. Aku memegang pipiku. Pedih, perit, malu, semua menjadi satu. Takguna punya j*ntan! Sanggup kau menampar perempuan?! Da*us!
Aku menamparnya kembali. Mungkin lebih kuat dari tamparan yang dihadiahnya padaku. Kakiku naik 90°. Melutut perutnya. Seperti yang kujangka, Aqram tertunduk senak. Kesempatan ini kuambil untuk menyiku belakang lehernya. Jatuh sahaja dia ketanah, aku menyepaknya bertalu-talu.
Jari tengah dan jari telunjukku dirapatkan bersama lalu dibengkokkan beberapa kali. Tanda menyuruh Affan dan lelaki disebelahnya tampil melawanku.
Affan berlari kearah Nina dan Teha lalu menyuruh mereka masuk kedalam. Aqram sudah bangun dari pembaringan. Jejaka bertiga itu merapatkan diri.
"Kau nak apa lagi Ain, cukuplah kau penyebab aku dengan Nina berpisah. Sekarang ni apa yang kau tak puas lagi? Hah?" Affan merenung anak mataku tajam. Aku tersenyum manis. Sesekali mata kiriku dikenyit padanya.
Tanpa segan silu, aku merapatinya. Jari jemarinya disulamkan dengan jari jemariku sebelum tangan kirinya kupeluk kemas lalu menyandarkan kepalaku pada bahunya. Hilang terus jahatku. Ehehe. Crush depan mata oi.
"Dah laaaama I tak jumpa you Affan. Aww, I miss you so freakin much" . Aku bernada agak gedik lalu memuncungkan mulut. Words can't describe how I love him. Lima tahun tau aku tunggu dia! Tapi sejak datangnya b*tina tu, dia layan aku nak tak nak je. Ni semua b*tina tu punya pasal! Gatal mengorat laki aku! Hmph!
Affan diam. Mungkin masih mampu bertahan dengan godaanku. Aqram dan seorang lagi lelaki di situ mempamerkan riak menyampah. Aku mengabaikan riak wajah mereka.
Pipi kanannya kuusap. "Don't you miss me baby?" . Soalku. Masih kaku. Muka Affan jelas merah. Mungkin marah. Ah, aku peduli apa. Bibirku mendarat di pipi kirinya lalu tersenyum manja. Pantas, Affan meleraikan pelukanku pada tangannya kasar. Pipinya dikesat laju. "Apa ni Ain! You're too much!". Marahnya.
Aku tersenyum sinis. "Lelaki semua sama. Perempuan sentuh dia tak apa. Dia sentuh perempuan pun tak apa. Tapi bila nak cari bini, cari yang baik-baik, yang bagus agamanya, yang tak pernah diusik je. Kau orang fikir, perempuan yang baik, cantik, bagus agamanya, tak pernah disentuh orang tu, nak kat korang ke? Huh, pandang sebelah mata pun tidak". Lalu aku memeluk tangan Affan semula. Dengan senyuman manja, aku menyambung kata.
"So, lebih baik you hargai je apa yang ada depan mata. Contohnya I. Cantik pun cantik, baik pun baik. Kalau you nak yang arif bab-bab agama tu.. In Shaa Allah I akan belajar mencintai agama tu macam I cintakan you". Aku bermulut manis. Affan menjelingku tajam. Pelukan dileraikan lagi. Jelas riaknya bahawa dia sungguh menyampah denganku.
Aku mengabaikan riak wajahnya lalu berjalan kearah seorang jejaka rampant yang tidak kukenali itu pula. Hm, handsome. Ada iras-iras Airil Zafriel. Mata Arab sangat yall. I like. Aku memengang jaket kulitnya yang tak berzip seolah-olah seorang isteri mengemaskan lagi pemakaian suaminya. Ala macam dalam drama TV3 tu. Ala apa guna aku bercita-cita nak jadi pelakon kalau aku tak praktikkan bakat aku ni. Hehe.
"So... what's your name, handsome?". Soalku pada jejaka itu. Walaupun muka dia iras-iras Airil Zafriel, tapi mata dan bibirnya sama macam Affan punya. Sepupu ke? .
Dia menepis tanganku yang asyik menyentuh jaketnya. " I guess it's none of your business". Ujarnya sombong. Haik? Susah nak jumpa orang yang sombong dengan 'bidadari dunia' macam aku ni. Pelik.
"Ouch, sombongnya". Aku memanjakan suara. Tangan Affan kuraih buat kali ketiga. Mukanya kelihatan bengang. Aku tersenyum manja. "Aww Affan. Janganlah jealous, no worries sayang. I ni setia orangnya" kataku lalu mengenyitkan mata. Affan merelaikan genggamanku. Dia mendengus kuat.
"Enough la Oin. Just tell us apa kau nak" ujarnya geram. Malas membazirkan masa. Aku mengangguk faham. Nina dan Fateha kupandang sekilas lalu menuju kearah mereka. Pisau belati yang terselit dibelakangku aku keluarkan semula. "Malangnya, aku terpaksa jadi malaikat maut untuk hari ini. Hahahahahha" tawaku meletus melihat muka Nina yang cuak. Fateha diam. Bungkam.
Affan menarik tanganku. Dia cuba merampas pisau ditanganku namun aku lebih pantas mengelak. Sesi bergelut berlaku diantara aku dan Affan sebelum aku bertindak untuk melutut kepalanya lalu menghantukkan pada baru besar berdekatan. Tak puas dengan itu, rambutnya aku tarik lalu menghantukkan kepalanya pada baru itu berkali-kali hingga dia tidak sedarkan diri.
Malu lah, lelaki kalah dengan perempuan.
Baru saja berpaling, mukaku dihadiahkan tumbukan daripada jejaka kacak itu. Cis, kacak saja.
Bibirku yang pecah akibat menerima tumbukannya aku biarkan. Aku hanya mengesat darah yang mengalir di tepi bibir. Pisau kembaliku selitkan di belakang.
"Apa kau dah buat hah b*tina?! Adik aku tu lah b*d*h!!". Dia menolakku kasar ketepi lalu mendapatkan Affan. Ah, adik. So, dia ni abang Affan lah. Hm, no wonder.
Aqram yang datang entah dari arah mana melutut perutku. Aku tersandar ke dinding. Dengan itu, mukaku menerima tamparan yang bertalu. Kebas, sakit.
"Aku tak pernah pukul perempuan". Ujar Aqram lalu mengibaskan tangannya pada seluar treknya. Aku berlari ke kereta. Hah? Pengecut? Hahaha. Aku bukan nak blah.
Aku membuka pintu kereta dan menunduk ke seat penumpang hadapan. Tangan diselukkan ke ruang bawah seat. Tapak seat yang berzip kubuka. Aku mengeluarkan sesuatu.
Heh, ini Ain Azmi la. Bapak aku polis berjawatan besar. Mustahil dia takda benda ni. Dan mustahil juga,
Aku tak boleh ambil pistol ni. Hahahahahaha.
Aku berjalan laju menuju kearah jejaka berdua itu. Pistol kuhala tepat kearah mereka berdua. Heh, aku ulang, aku anak polis. Aku mahir dalam seni mempertahankab diri Taekwondo dan mahir dalam menembak. Even Nina knows.
"So, siapa nak mati dulu?" Soalku kepada mereka berdua. Mereka diam tak bersuara. Hanya memandang sesuatu..
Di belakangku.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...