Aku menolak lembut pintu kaca milik bangunan Penjara Alor Setar. Kaunter berdekatan kutuju penuh selamba. Seorang pegawai polis wanita memandangku dengan senyuman. Aku membalas senyumannya.
"Ya? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Soalnya ramah. Aku membelek kuku seketika. Lalu menyebut nama si mangsa.
"I... I want to meet Nurul Ain Azmi". Ujarku bersama senyuman yang tak lekang di bibir. Pegawai itu memeriksa komputernya sebentar sebelum mengangguk.
"Sure. You can wait there for a moment while I taking you that person". Ibu jarinya ditunjuk sopan pada salah satu tempat duduk yang mempunyai tingkap plastik dan sebuah telefon. Aku hanya mengangguk. Langkahku perlahan ke arah sana.
Lima minit menunggu, akhirnya kedengaran sayup-sayup suara wanita menghampiri tempat duduk bertentangan denganku. Lalu, Ain didudukkan berhadapan denganku. Pegawai polis entah kemana.
Aku mengangkat gagang telefon. Begitu juga dia.
"Siapa kau?" Soal si banduan penuh keliru. Aku senyum menampakkan gigi taringku. Hahaha.
"How are you, best friend ever". Soalku sinis. Dia memandangku dengan seribu kerutan di dahi.
"Best friend?. Siapa kau? Aku tak kenal kau lah!" Bentak. Aku masih tersenyum sinis. Jam Rolex yang dikenakan pada tangan kananku dikerling.
"Separate them. Or, 'kikk' ". Ujarku sambil menggeselkan jari telunjukku di leher. Tanda maut.
"Who?" Soalnya pendek. Matanya tepat terarah padaku. Aku senyum sinis. "You know". Ujarku lalu meletakkan gagang telefon. Lalu berlalu pergi.
Keluar sahaja dari situ, aku menuju ke Alphard berwarna hitam berhampiran. Lalu membolos masuk ke dalam.
"Hows work?" Soal wanita disebelahku. Aku menghadiahkan senyuman manis padanya.
"No worries mom, everything is gonna be okay". Ujarku lalu melayangkan simbol 'OK' menggunakan tangan kananku. Ibuku tersenyum sinis.
"Great, son. They owed us a lot. And because of he, your father and lil sister passed away. Remember, no more sympathy, no more tears. Revenge is the main one".
Aku mengangguk.
Affan's POV
Aku menuruni satu persatu anak tangga. 1:30 petang. Lambatnya aku turun hari ni. Breakfast pun tidak. Hey! Aku bukan bangun lambat okay. Turun lambat je. Mandi semua dah!
Jasad kecil yang asyik menonton kartun Didi And Friends ku serbu. Perutnya digeletek sekejap lalu pipi gebunya dikucup. Alahai, adik sapa lah comel sangat ni.
"Affnais tak sekolah ke hari ni?" Soalku padanya. Dia menggeleng. Aku mengerutkan dahi. Kening kanan diangkat tanda mengapa. Dia memandang wajahku lalu senyum manis sebelum membuka mulut untuk menjawab .
"Affnais muntah-muntah pagi tadi. Tapi badan tak panas pun. Mama risau tu pasal yang tak bagi dia pergi sekolah. Suara pun bukan ada sangat tu. Tekak sakit. Nak demam lah kot". Ujar Affina yang baru menapak keruang tamu. Affnais di ribaku diusap seketika. Aku meng'o'kan sahaja. Bukannya tak ambil berat, tapi selalunya kalau Affnais demam dia memang macam ni. Jadi dah biasa dah. Tak ada la panik mana.
Aku meletakkan Affnais diatas riba Affina. Lalu menapak menuju ke dapur.
"Ma, morning. Hehe" sapaku pada ibunda yang ralit menyediakan hidangan tengahari. Pinggan yang berisi sawi bersama sos tiram dan bawang putih serta mangkuk sederhana besar yang berisi ketam masak lemak kubawa ke meja makan.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...