Aqram's POV
Aku memegang dadaku. Sakit, sakit yang teramat. Doktor dah bagi warning tadi. Tapi aku abaikan. Aku kenal doktor tu. Dia yang rawat aku since kat Johor lagi. Dia dah macam doktor peribadi aku dah. Dia yang minta transfer ke hospital ni lepas aku cakap yang aku nak pindah ke Kedah.
Sakit ni macam dah lali bagi aku. Cuma kadang-kadang tu lah dia sakit kuat sangat sampai aku tak termampu nak tahan. Aku dah mula risau masa Nina nak bawak aku pergi hospital. Aku takut aku kena tahan sini sampai aku mati. Tapi Alhamdulillah, aku baru stage 3. Esok dah boleh balik. Nasib aku lagi baik bila doktor Afiqah ni boleh simpan rahsia. Takde la dia sibuk-sibuk nak bagitau pasal penyakit aku kat Nina.
Affan pun dapat tahu aku sakit lepas dia jumpa ubat dalam beg aku sebab nak pinjam aku punya kalkulator extra. Salah aku sebab suruh dia ambil sendiri sedangkan aku tahu kalau bukak je beg sekolah aku tu terus nampak ubat. Aku sengaja letak ubat bagi senang nampak in case kalau sakit datang lagi tak payah aku susah susah selongkar beg cari ubat.
Aku melarikan tangan dari dada apabila kelibat Nina dan Affan memasuki bilik. Aku mengukirkan senyuman manis."Weh Nina! Lamanya tak jumpa kauuuu! Sihat?" Tanyaku sambil menahan sesak di dada. Jelas tampak tanda sebam di kedua-dua belah matanya. Aku sedih melihat keadaannya. Ni lah salah satu sebab aku taknak bagitau Nina pasal ni. Aku taknak dia nangis setiap masa dan murung je macam kematian mak ayah dan abang dia serta kematian ibu bapaku dulu. Nina ketawa kecil.
"Eleh kau ni. Macam setahun tak jumpa dah kenapa?"
'Mana lah tau nanti aku tak dapat jumpa kau dah'.
Kata-kata itu aku biarkan di dalam hati. Taknak Nina fikir macam-macam bila aku cakap macamtu.
"By the way Aqram, aku rasa kau boleh explain kat aku sekarang"
Gulp!
"Ex..explain ape pulak kau ni"
Nina mengecilkan matanya tanda was was denganku. Alah, takkan dia nak tanya aku sakit apa ni. Nak jawab apa ni nak jawab apeniii.
"Explain kenapa hidung and mulut kau berdarah bila batuk, explain kenapa kau pegang dada masa batuk, explain sebenarnya kenapa kau batuk-batuk, explain macam mana kau boleh pengsan tadi. Explain semuanya Aqram, please. Aku taknak ada rahsia between us. Kata rapat kan?"
Aku menelan liur sekali lagi. Takkan aku nak cerita perkara sebenar? Tak.. tak! Ni bukan masa yang sesuai!
Aku memandang ke arah Affan yang hanya memerhati sedari tadi. Haih! Nama je member, tapi tak reti nak tolong kawan dalam kesusahan!. "Affan ni ha, dia suka sembang besar kononnya dekat rumah dia ada aircond panasonic new version la apa la. Tapi masa aku masuk bilik dia bukan nak pasang aircond pun. Aku yang tak biasa dengan aircond ni mana la nak tahu cara-cara mengaktifkan aircond panasonic dia tu. Dah la bilik berkuap, dah aku panas sangat tu pasal yang hidung aku berdarah."
Nina tergelak lagi. Affan memandangku dengan riak wajah 'bila masa aku sembang pasal aircond' padaku. Padan muka kena tuduh dengan aku. Sapa suruh tak tolong kawan masa susah senang sihat dan walafiat.
Aku bangun dan menyandarkan badanku pada dinding. Sempat lagi Nina melapikkan bantal di belakangku. Ah, selesa. "Bila kau boleh keluar?" Affan bersuara bila dah 7 saat kitorang mendiamkan diri kerana menjalankan sesi bertafakur bersama decitan cicak. "Esok". Aku menjawab pendek. Ye lah, nak aku jawab panjang mana? 80 hingga 100 patah perkataan?. Ni nak buat contoh karangan pt3 ke jawapan bila aku nak keluar daripada bilik yang berbau ubat ni?.
Nina menghulurkan wallet dan handphoneku. Aku tersenyum gumbira. Yeay! Takde la aku bosan asyik nak kena ngadap muka Affan je dalam bilik ni. Aku menekan lama butang on handphoneku setelah aku menekannya buat ke 56 kali tapi tak dapat-dapat. Aku tekan lama ni pun sebab Nina bagitau aku yang dia off handphone aku masa on the way nak pergi hospital tadi sebab banyak sangat mesej masuk. Maklumlah awek ramai. Ceh, padahal mesej dari Celcom je. Tu pun sebab nak bagitau yang kredit dah habis. Kadang-kadang aku bahagia jugak pakai Celcom ni. Tiap-tiap hari dia mesej aku. Kalau tak dapat mesej kredit baru masuk, data baru di approve atau kredit tamat tempoh, dia mesti akan send iklan diorang. Iklan pun kalau topup RM30 dapat free RM3. Baik aku topup 5 hingget je. Dapat lebih 2 hingget lagi ha. Umobile user macam Nina ngan Affan tu ape tau. Tenet laju je tau. Sosial sangat cenggitu la. Internet tu kalau boleh kena ada 24/7.
Nina yang melihat aku dalam keadaan okay mengeluarkan sesuatu dari beg plastik yang dari tadi ada kat tangan dia. Aku ingatkan untuk aku rupanya Affan belikan untuk dia tadi. Lepastu masa aku mintak satu roti Gardenier dia tu dia kata 'alah kau ni, makanan hospital ada kan makan lah, apa gunanya bayar bil mahal-mahal kalau kau tak makan makanan diorang'. Dan buat kali ke 601 aku mintak dia still cakap jawapan yang sama so aku fed up. Takpa kau Nina, nanti aku keluar aku beli roti Gardenia dengan lori lori dia sekali. Ini Aqram la. Takat roti perisa jagung tu apa lah sangat.
Aku merajuk sambil tengok Nina yang langsung tak pedulikan aku yang kempunankan roti krim jagung dia tu. Dah la makan depan aku. Ceh!. Aku menoleh ke arah Affan pula. Dia selamba duduk di kerusi sebelah kananku sambil selfie dan buat muka comel tak jadi dia. Nyampah I. Tau la instapemes pun.
Lepas 6 minit aku diabaikan, aku mencapai handphoneku semula. Oh lupa yang aku tengah tunggu handphone aku on padahal dia dah on 6 minit 17.31 saat yang lalu. Aku menekan butang data connection. Aplikasi WhatsApp dibuka. Mana lah tau kalau ada kaum Hawa datang mengechat aku ke, ala kalau takda pun aku nak tengok mesej-ii terbaru budak kelas aku, grup waris sekolah aku yang aku senyap senyap masuk dan menyamar sebagai pakcik anak sedara belah atok aku. Bukan senang tau nak masuk grup waris dan guru ni.
3 minit menunggu, satu mesej pun tak timbul kat WhatsApp. Aik? Apa masalah WhatsApp ni? Aku menggoncang-goncang handphoneku. Kiri kanan atas bawa dan setiap sudut sampai bucu handphone aku terkena dahi Affan. Bebelan Affan yang bagitau nenek dia pun tak pernah sentuh dahi dia aku abaikan. Aku menatap handphoneku semula. Masih tiada mesej. Adakah ini bermaksud....
Aku menekan butang kembali buat kali ke 3 setengah. Aku menekan butang mesej pula. Ada 5 mesej dari Celcom. Aku membuka kotak conversation itu. Lalu aku meneliti dan mengscroll satu demi satu mesej yang dihantar Celcom sehinggalah mata aku berhenti di mesej yang ke 4. Sah!
Pas Mobile Internet 150MB utk 7hari anda tamat tempoh pada 00:00:00 01-09-2017. Nikmati Internet semula dengan pas baharu dari aplikasi My Celcom sekian TQ.
"TIDAKKKKKKK"
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...