Husnina's POV
Pemergian Ain ke balai polis diiringi dengan lambaian dan senyuman manis dari Affan. Aku dah lama maafkan Oin tapi.. kenapa aku rasa sakit hati. Sebab...
Aku tak pernah dapat senyuman semanis tu dari Affan :(.
Aku abaikan kata hati. Biarlah. Senyum pun salah ke?. Baru tiga langkah menuju ke pintu rumah, aku teringatkan sesuatu. Lantas, aku berlari kearah Affan.
Ya, tadi Ain ada hentak sikit kepalanya ke batu. Terkejut aku tengok dia buat macam tu. Aku nak halang, tapi entah kenapa, Aqram tidak membenarkan. Mungkin kerana dia takut nyawaku pula di dalam bahaya.
Aku menyelak sedikit rambut Affan yang terjuntai di dahi. Ingat handsome?. Hahaha, okay okay. Memang kacak.
Untuk menyelak rambutnya, terpaksalah aku menjinjatkan kakiku sedikit. Nampak tak betapa pendeknya aku. Hm.
Sebaik sahaja aku melihat darah-darah yang sudah kering di kepalanya, mataku membulat. Banyaknya darah!. Aku memanggil Aqram lalu Affan dibawa masuk kedalam. Macam mana dia boleh bangun? Jalan pun melelong.
First Aid yang diambil Teha dihulurkan padaku. Aku menyambutnya bersama senyuman. Hm, meh sini nurse Nina nak rawat Incik Affan. Tak sia-sia aku masuk unit PBSM kat sekolah dulu. Hehe.
^^
Usai membalut kepalanya, aku menyuruhnya merehatkan diri di dalam bilik Aqram. Baru saja aku mahu menyertai Aqram dan Teha yang asyik bermain dengan kucing-kucing peliharaan Mak Su, pergelangan tanganku yang dilapikkan dengan lengan baju ditarik lembut.
"Saya nak cakap sikit ni" ujar Affan perlahan. Mungkin tak sihat. Aku mengangguk kecil lalu mengambil tempatku dihadapannya kembali.
"Ada apa?" Soalku lembut. Dah orang cakap lembut, takkan kita nak cakap kasar-kasar pulak. Hehe.
"Kalau saya, baik semula dengan Ain, macam awak baik dengan Ain, awak tak kisah ke?" Soalnya penuh pengharapan. Aku mengerutkan sedikit dahiku. Melihatkan mukanya itu, cepat-cepat aku mengawal riak wajah.
"Maksud awak?". Affan menunduk. To be honest, aku tak kisah kalau-kalau dia nak berbaik dengan Ain semula sebagai kawan. Apa salahnya. Aku pun ada berkawan dengan lelaki. Contoh terdekat, Harraz.
"Sebagai kawan". Ujarnya setelah agak lama menunduk. Aku mengiakan saja. Buat apa nak dihalang? Ingat aku ni Queen Control sangat ke?. Kawan je kot. Relaks.
"Saya tak kisah pun kalau awak nak kawan dengan dia. Cuma kalau boleh, tak payah la nak rapat-rapat sangat. Nanti terbahagi pulak kasih sayang awak tu. Matilah saya!" Ujarku lalu menutup muka tanda takut. Saja acah comel.
Affan tergelak kecil. Kedua-dua tangannya ditongkatkan ke dagu. Matanya yang bundar memerhatiku. Aku menghadiahkan senyuman sehabis manis lalu bergerak menyertai Aqram dan Teha.
Sedang aku asyik mengusap bulu Anastasia, Fateha bersuara. Fetrishia yang sedang asyik bermanja dengannya dibaringkan diatas riba.
"Alhamdulillah lah kan Nina, semuanya macam dah selesai. Sekarang, kita boleh hidup bahagiaaaaa~". Teha mendepakan tangannya lalu mendongak ke siling rumah tanda freedom. Aqram memuncungkan mulut. Aku tergelak kecil. Affan yang baru mahu menyertai kami mengambil Ray yang sedang berbaring di sebelah Aqram.
"Bahagia lah sangat. Kau ingat, Ain je ke yang jahat dalam cerita ni?" Ujar Aqram. Muncungan bibirnya masih melekat di wajah.
Fateha terpinga-pinga. "Kenapa weh? Ada yang lain ke? Alaaa!" Ujar Fateha lalu memuncungkan bibirnya sama seperti Aqram.
"Gopal ni ha! Jahat betul! Dari tadi gigit jari aku!" Ujar Aqram sambil mengacah mukanya seperti mahu menangis. Tawa kami pecah lagi. Teha terbahak-bahak ketawa. Terhibur dengan lawak hambar Aqram.
Aku mengambil Darel a.k.a Gopal dari terus menggigit jari Aqram. Lalu kucing bermata hijau itu aku ribakan dan mengusapnya lembut.
"Eh korang, aku rasa macam ada yang kurang lah" ujar Aqram lalu mendongak ke siling tanda berfikir. Kami juga begitu. Kenapa rasa macam ada seorang yang kurang?.
"Bengong korang ni tinggal aku. Haih!" Affriel yang baru masuk kedalam rumah membebel-bebel tidak puas hati. Kami tergelak kecil. Dia memeluk tubuh. Perangai macam budak kecil merajuk!
"Kenapa yang kau masuk lambat?" Soal Affan sambil mengangkat sebelah keningnya. Kepalanya yang diusap-usap Affriel dibiarkan. Kata Affriel mahu memeriksa tahap luka kepalanya.
"Mama call tadi". Jawabnya pendek. Hai, merajuk lagi ke cik abang?. Hm, merajuk-merajuk pun sayang. Dibeleknya lagi kepala Affan tu ha. Haih, mana lah nak dapat abang macam ni?.
Affan hanya mengangguk.
End POV
______________________________Aku menolak lembut pintu kaca milik bangunan Penjara Alor Setar. Kaunter berdekatan kutuju penuh selamba. Seorang pegawai polis wanita memandangku dengan senyuman. Aku membalas senyumannya.
"Ya? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Soalnya ramah. Aku membelek kuku seketika. Lalu menyebut nama si mangsa.
"I... I want to meet Nurul Ain Azmi". Ujarku bersama senyuman yang tak lekang di bibir. Pegawai itu memeriksa komputernya sebentar sebelum mengangguk.
"Sure. You can wait there for a moment while I taking you that person". Ibu jarinya ditunjuk sopan pada salah satu tempat duduk yang mempunyai tingkap plastik dan sebuah telefon. Aku hanya mengangguk. Langkahku perlahan ke arah sana.
Lima minit menunggu, akhirnya kedengaran sayup-sayup suara wanita menghampiri tempat duduk bertentangan denganku. Lalu, Ain didudukkan berhadapan denganku. Pegawai polis entah kemana.
Aku mengangkat gagang telefon. Begitu juga dia.
"Siapa kau?" Soal si banduan penuh keliru. Aku senyum menampakkan gigi taringku. Hahaha.
"How are you, friend ". Soalku sinis. Dia memandangku dengan seribu kerutan di dahi.
"Friend?. Siapa kau? Aku tak kenal kau lah!" Bentak. Aku masih tersenyum sinis. Jam Rolex yang dikenakan pada tangan kananku dikerling.
"Separate his family. Or, 'kikk' ". Ujarku sambil menggeselkan jari telunjukku di leher. Tanda maut.
"Who?" Soalnya pendek. Matanya tepat terarah padaku. Aku senyum sinis. "You know". Ujarku lalu meletakkan gagang telefon. Lalu berlalu pergi.
Keluar sahaja dari situ, aku menuju ke Alphard berwarna hitam berhampiran. Lalu membolos masuk ke dalam.
"Hows work?" Soal wanita disebelahku. Aku menghadiahkan senyuman manis padanya.
"No worries mom, everything is gonna be okay". Ujarku lalu melayangkan simbol 'OK' menggunakan tangan kananku. Ibuku tersenyum sinis.
"Great, son. They owed us a lot. And because of he, your father and lil sister passed away. Remember, no more sympathy, no more tears. Revenge is the main one".
Aku mengangguk.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...