48: "Now, It's Time To Kill You!"

62 8 0
                                    

Nina teresak-esak menangis. Tangannya menggenggam erat tanah itu. Air matanya tak henti mengalir. Affan semakin risau. Sudahlah sejak kebelakangan ini dia banyak menangis. Ditambah dengan ini pula. Affan mengambil tempat disisinya.

"Sudahlah Nina. Allah lebih sayangkan dia" ujar Affan lembut. Cuba menenangkan. Oh tolonglah, semua orang tak tahu betapa lemahnya dia melihat air mata Nina yang menitis.

"Tsk..tsk.. salah saya sebab tak jaga dia betul-betul..." ujar Nina dalam sendu. Affan memandangnya sayu. Kasihan Nina. Ujian demi ujian menimpa.

"Nina dah jaga dia betul-betul. Affan tau tu. Sudahla tu. Apa nak buat, dah ajal dia sampai sini". Bersungguh-sungguh Affan memujuk Nina. Helaian tisu yang entah keberapa dihulurkan lagi. Perlahan, Nina mengambil dan mengelap air hidungnya yang hampir terkeluar.

"Sejak semua ni jadi.. saya dah tak ambil berat pasal dia. Saya tak layan dia. Padahal dia baik sangat dengan saya. Bila dia dah takda.. baru saya nak rasa sedih. Salah saya sebab sibukkan diri sendiri sampai tak peka dengan keadaan sekeliling" Nina menangis lagi. Affan melepaskan keluh. Serabut.

Affriel duduk di pintu belakang rumah memandang mereka berdua. Riak muka 'tak habis lagi ke' ditunjukkan. Affan menggeleng perlahan. Dengan keluhan kuat, Affriel menyarung selipar dan berjalan kearah mereka.

"Nina.. bukan seekor ni je, ramai lagi kucing Nina kat dalam tu ha. Yang mati seekor je. Bukan semua" ujar Affriel lembut. Nina menggeleng laju.

"Abang Riel tak faham! Romeo ni kucing peberet Nina tau! Mana Nina tak sedih bila dia yang mati dulu haaa..." Nina menangis lagi. Affriel menampar muka. Affan menggaru belakang leher. Haih, macam mana la nak pujuk si pujaan hati seorang ni. Eh eh.

"Alaa, ramai lagi anak berekor Nina kat dalam tu ha. Diorang tak nangis pun. Tak malu ke ngan diorang?" Soal Affriel sambil menunjuk kearah Ray dan Fetrishia yang asyik menjilat bulu berdekatan pintu belakang rumah.

Nina mengelap air matanya dengan tisu yang baru dihulur Affan. Lalu selendangnya yang hanya diselempangkan sahaja dibetulkan. Lalu, dengan langkah perlahan, dia berjalan memasuki rumah. Sempat kepala Ray dibelai lembut. Entah apa perasaan kucing itu. Ray lah sahabat baik Romeo selama ni. Romeo mati kerana dilanggar kereta. Selama ini, mereka memang tak diajar untuk bermain di luar kawasan rumah. Namun, entah kenapa. Romeo ditemui mati di tengah jalan. Kesan geseran tayar kereta sudah cukup membuktikan dia telah dilanggar lari.

Lebih menyayat hati, Ray yang tunjukkan mayatnya kepada mereka. Sewaktu mereka sedang seronok menonton tv di ruang tamu, Ray datang dari luar rumah dan mengiau bagai nak gila. Diberi makan tak mahu. Bila mereka datang mendekatinya dia lari ke luar rumah. Tahulah mereka yang Ray mahu menunjukkan sesuatu.

Melihatkan Nina dan Fateha yang sudah menyarung selipar, Ray berlari keluar dari pagar rumah dan duduk di tengah jalan. Bagai mencium sesuatu. Pantas, Nina mendekatinya untuk membawa Ray ketepi jalan. Namun niatnya terbantut apabila melihat bangkai Romeo yang sudah tidak bernyawa terdampar di atas jalan. Apa lagi, meraung bagai nak rak la si Nina tu.

Nina mengambil tempat di salah satu sofa di ruang tamu. Fateha yang sedang mengusap Anastasia mengangkat wajah apabila merasakan ada figura bertentangan dengannya. Senyuman manis dihadiahkan pada Nina.

Nina hanya tersenyum tawar. Mungkin masih bersedih di atas kematian Romeo. Zachary yang sedang berbaring malas di atas lantai diangkat. Berat. Maklumlah kucing speisis si Bujibu Chempel tu. Sebab tu Aqram suka gomol dia ni. Geram sangat. Dah iras-iras kucing famous tu ha.

Cakap pasal Aqram...

"La..i..la..ha..ila..llah... m..muha...ma..dar..ra..rasulullah". Aqram melafazkan syahadah. Nina meraung sayu. Affriel menitiskan air mata. Affan sudah terduduk. Tiba-tiba..

Kasih Seorang Nina (Currently Editing)Where stories live. Discover now