Affan's POV.
Habis saja masa Cikgu Najla, aku keluar dari kelas. Aqram yang sibuk berkenalan dengan budak-budak kelas aku, aku tinggalkan. Baru saja kaki ingin membelok ke tandas, aku terdengar suara jeritan. Tapi tak tau apa yang dia cakapkan. Dengar macam dari deretan kelas budak kelas depan . Aku melangkah dan melintasi kelas 5 Yasmin. Aku mengintai dari cermin tingkap. Eh!
Kelihatan Nina menyepak perut Oin hingga beberapa kerusi dibelakang Oin turut jatuh menyembah lantai. Aku terus meluru masuk ke kelas itu. Lillahi, aku tak sangka ini Nina yang sebenarnya. Aku sempat melihat raut wajah Oin yang menahan sakit. Air matanya mengalir. Seorang lagi kawannya hanya melihat Oin dengan kaku. Mungkin takut untuk membantu. Melihatkan raut wajah Oin, aku tumpah kasihan padanya. Hilang segala rasa meluat padanya. Aku melihat Nina berpaling ke belakang. Melihatkan wajahnya mendatangkan rasa amarah ku. Marah bagi pihak Oin. Dan..
Pang!
"Nina! Aku tak sangka kau macamni!"
Hilang terus segala kelembutan, segala kasih sayang, erm semuanya lah. Hanya rasa amarah yang bertandang di hati.
Nina memandangku, mukanya bagaikan tidak percaya dengan reaksiku padanya. Aku mengabaikannya dan berlari mendapatkan Oin. Tubuh Oin aku dukung, dia sudah tidak sedarkan diri. Aku sandarkan dia di dinding. Malas nak bawak pergi bilik sakit. Dua sebab, satu: berat, dua: taknak libatkan benda ni dalam bilik disiplin. Aku boleh je nak kata Oin terjatuh tapi takkanlah sakit kat perut je. Kan? Lagipun kalau jatuh biasanya sakit di punggung, belakang atau kepala. Ini sakit di perut.
Aku menyuruh rakan Oin yang tadi menjaga Oin, sementara aku uruskan hal ni dengan Nina. "Apa yang Nina dah buat ni?" Aku kembali berlembut, tak mau aku melukai hati orang yang aku sayang, air matanya yang bersisa aku usap lembut. Dalam masa yang sama aku kasihan juga padanya. Biasalah, mulut Oin tu celupar, mesti ada sebab Nina sepak perutnya. Aku yakin tu. "Di..dia yang buat du..dulu" Nina bersuara kecil dan tergagap-gagap. Mungkin ketakutan ketika aku menjerkah dan menamparnya masih lagi bersisa. Comel betul muka dia bila takut. Macam nak cubit cubit je.
Aku mengusap pipinya lembut. "Sakit?" Nina tidak memberi reaksi. Dia hanya berdiri sambil mengenggam kuat kedua tangannya dan memandang ke bawah. Apa tak cukup handsome ke aku ni nak dibandingkan ngan lantai tu. Hm. Tanpa disedari, air matanya tumpah, tempat ke jari aku yang baru ingin mengundurkan diri dari pipinya yang mulus. Air matanya aku usap. Tak kuat weh tengok dia nanges. Aku berpaling ke belakang. Fateha, rakan kepada Oin memerhati. Alo namo la nenok malu titew. Eh eh terwicet. Oin kulihat masih tidak sedarkan diri. "Pergi pejabat, hantar dia balik. Kalau cikgu tanya kenapa lebam kat perut, cakap tak tahu" Fateha mengangguk lantas memapah Oin perlahan-lahan keluar dari kelas.
Fateha's POV
"Pergi pejabat, hantar dia balik. Kalau cikgu tanya kenapa lebam kat perut, cakap tak tahu" aku tak henti henti mengajuk cakap Affan sebentar tadi. Eleh tak tau. Cakap senang ah, aku yang nak menjawabnya nanti. Kang tak pasal pasal aku yang disyaki menyepak perut perempuan yini. Ha dah nak start la ni bahasa bangla ni. Eish! Bapak berat minah ni!
Aku memapah Oin kebelakang makmal komputer. Tempat paling sunyi. Tempat ni lah kebanyakan lovey dovey couple nak dating, geng-geng gangster taik ayam melepak, merokok, ah semua lah. Aku menolak Oin bersandar ke dinding dengan kasar. Alah kalau tak sandar kat dinding pun aku peduli ape. Aku? Kawan dia? Omg! Memang tak lah!. Ni semua sebab...
**Flashback**
Aku menghempaskan beg di atas katil. Ah! Serabut betul! Weh aku dah 1 taun kot couple dengan Adam! And even today is our 1st Anniversary!!! Dia boleh bagi aku warning and siap kata Adam tu dia punya?! What the hell?!
Yang si Adam pun satu! Boleh pulak diam je tengok aku kena ugut! Dah tak sayang aku ke apa?! Dahla masa aku blah dari situ dia tak kejar aku pun! Sakitnya hati! Adam seolah-olah dipukau panahan mata Oin!
Pintu tandas kubuka kasar. Air paip di sinki aku biarkan mengalir deras. Air mataku mula mengalir laju. Sakit dihati tetap terasa dan dendam yang kian membara tak akan pudar selamanya!
Seminggu kemudian,
17/5/2016, tarikh permulaan hubunganku bersama Adam Mukhriz. Sudah seminggu berlalu semenjak ulang tahun hubungan kita yang pertama. Sejak itu jugalah tiada mesej diterima. Bukan, ia sejak betina tu datang menyundal! Kting! Notification WhatsApp ku berbunyi. Adam! Adam Mukhriz! Yes finally!. Dengan penuh teruja aku membuka text yang dikirimnya.
Dua perkataan, 1001 makna.
My Adam
Last seen today at 3:30 p.m<
Kita clash.
But why?! You cakap you sayangkan I Adam!
√Dan, aku di block.
Ya Allah Ya Tuhan, what all this?!.**End Flashback Hoho**
Aku menyepak kaki Oin sebelum berlalu. Menyusahkan betul. Aku tak faham macam mana Nina boleh stay kawan dengan kau. Tu pun kau khianati. Hahah bodoh betul kau lepaskan kawan macam tu.
Affan's POV
Nina masih menangis, menangis tak henti-henti. Matanya kian sembam. Aku menarik lembut tangannya ke padang. Di sini lebih aman. Nina melabuhkan punggungnya disebelahku. Dia memeluk lutut. Masih cuba mencari kekuatan. Aku keliru. Kenapa sayang?. Hm.
"Kena.."
"Mak dan abang saya meninggal dalam kemalangan jalan raya dua tahun lepas. Saya kehilangan dua insan yang paling saya sayang. Insan yang saya jadikan mereka tempat berkongsi segala manis pahit dalam kehidupan. Saya, remaja yang baru nak mengenal erti dunia. Lahir tanpa menatap wajah ayah bukanlah senang untuk saya tempuhi. Tapi berkat kekuatan ibu dan abang, 12 tahun hidup di dunia, hidup saya diselitkan dengan memori manis juga. Sekarang saya kehilangan kawan baik, kawan tempat penguat semangat, tempat meluah masalah, semuanyalah. Hanya kerana seorang lelaki". Nina menerangkan segala-galanya sebelum sempat aku bertanya motif air matanya mengalir. Sungguh, aku terkedu. Kehidupan tanpa bapa bukanlah sesuatu yang senang untuk gadis kecil ini tempuhi. Ditambah pula lagi dengan ujian kematian ibu dan abangnya sekaligus meragut pergi separuh daripada nyawanya. Kehilangan kawan baik juga, oh, amat sakit.
"Kadang-kadang, saya tertanya, kenapa saya dilahirkan ke dunia? adakah hanya untuk menerima ujian dari-Nya semata-mata? Tapi, bila terkenangkan memori manis yang saya pernah lalui sepanjang saya hidup di dunia ni menjadikan saya makin kuat. Heheh, Alhamdulillah" Nina ketawa kecil. Air matanya tetap mengalir. Aku betul-betul kasihan dan tak sangka yang dia akan meluahkan semuanya padaku. Aku, terharu.
Hai guyss! :)
Ada yang tanya author POV tu apa. So author nak bagitau kat sini POV tu em apa eh, macam dari sudut pandangan lah ha. Contoh dari sudut pandangan Affan (Affan's POV) ha cenggitu la.
Maaf la kalau terlebih hiperbola. Author ni kalau menulis akan ikut dua benda :
-mood
-otakKalau mood tak okay ke mood mengantuk ke, ha dia mulalah typo sana sini macam dalam bab-bab yang awal-awal tu kan hehe. Author bukan taknak tido tapi takleh tido.
Bak kata orang barat, 'sleep doesn't help if your soul that's tired' haaa. Jiwa koyak gitu ler.
Maafkan lah author kalau typo teruk bebeno eh. Biasalah manusia kan hiks.
Okaylah, sampai berjumpa lagi dalam bab-bab yang akan datang ;) .
From love to love,
Author.

YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...