Nina's POV
"Tolong lah, saya dah takda siapa siapa lagi. Saya tau ni semua salah saya! Saya mintak ampun maaf! Saya tak sepatutnya curang dengan awak! Saya mengaku salah saya! Tapi percayalah! Ni semua salah faham je Affan! Tolong lah!"
"Kau tak layak untuk aku la perempuan! Bagi tau aku! Siapa je nakkan perempuan yang tak setia macam kau! Aku ni macam orang bodoh sayangkan kau! Angaukan kau setiap hari! Fikirkan kau 24 jam! Tapi kau?! Kau ambil kesempatan dengan aku. Betul la kata Oin. Kau perempuan murahan yang cuma tagihkan kekayaan! Silap besar aku cintakan kau Nina. Oh tak, tak cukup besar. Silap besar aku kenal kau Nina! Silap besar aku simpan barang kau ni!"
"Aku takkan jilat balik ludah aku Husnina. Selamat tinggal my bad past, Husnina Izzati Ibrahim"
"Affan!" Aku terjaga dari tidur. Mukaku yang berpeluh hasil daripada mimpi ngeri itu dikesat. Kenapa.. kenapa aku masih tak boleh lupakan kau Affan. Kenapa aku tak boleh lupakan kau macam mana senangnya kau lupakan aku?!
Aku terseksa Affan. Tersiksa dengan rindu. Aku benci, tapi rindu.
Tubir mata mula bergenang. Bodohnya aku sayangkan kau, bodohnya aku cintakan kau, bodohnya aku menggantungkan harapan pada semua janji palsu kau.
Kau buat aku serik dengan percintaan. Kau buat aku tersiksa dengan percintaan. Kau buat aku bencikan rasa cinta.
Takkan selamanya hidup kau aman Affan, dendam kesumat di dalam hati akan aku tunaikan!
"Aku takkan jilat balik ludah aku Husnina. Selamat tinggal my bad past, Husnina Izzati Ibrahim"
Aku mengenggam penumbuk di tanganku kuat. Kata-kata itu takkan aku lupakan. Takkan sesekali!
Aku menangis lagi. Kedua-dua lutut dipeluk. Sakitnya ditinggalkan. Sakitnya kehilangan. Sakitnya perpisahan!
"Bad past..." aku bernada sayu. Kecewa dengan cinta pertama.
Guitar dicapai. Sejak 7 bulan lepas, aku kerap menyanyi. Sedih aku dikecewakan bukan kepalang lagi. Selain bermunajat pada yang Esa, nyanyian boleh mengurangkan kesesihan aku.
Setakat ini, lagu tersiksa dari Putera Band begitu kena dengan hidupku. Begitu juga dengan Tergantung Sepi dari suamikuuuu~~ (joke) Haqiem Rusli <3 ~~
Harraz's POV
Aku menghirup perlahan teh o ais limau. Mataku memerhati orang sekeliling. Haih, bosannya.
Tanpa sengaja, aku terlihatkan akan salah satu hidangan air yang ada di menu kedai. Ais kacang. Ini mengingatkan aku tentang...
Peristiwa lapan bulan lepas.
Pintu dibahagian pemandu dibuka kasar. Kolar baju ku ditarik ganas dan..
Dush!
"Aduh! Sakit Fan!"
Aku tersungkur di atas jalan tar. Kau kejam Affan. Kau tak siasat dulu. Cecair panas mengalir di pipi aku. Darah? Tak, aku menangis.
Biarla readers nak kata aku ni lemah, cengeng and whatsoever, korang takda kat tempat aku.
Aku menolak kasar dada Affan. "Kau pahal do! Terang-terang dia yang asyik nak goda aku! Aku dah tolak! Kalau aku tak tolak, aku tak call kau!. Aku tak tahu kenapa dia jadi macam ni! Bukan salah aku!" Aku menengking Affan. Sesedap hati dia je tumbuk aku. Dahiku mula berpeluh, darah yang baru mengalir aku biarkan tak dikesat. Tubir mata masih berair. Rambutku serabut basil ditarik Nina tadi.
"Aku tak percaya! Nina tak macam ni la! Kau bagi apa kat dia sampai dia jadi macam ni?!" Affan menengkingku semula. Pipi kiriku pula dijadikan sasaran.
Sejak tu, aku tak contact diorang lagi. Tapi hari tu.. Aqram ada call aku.
Telefon ku berdering minta diangkat. Aku menekan butang hijau. Sempat aku melihat nama yang tertera sebelum mengangkatnya. Aqram. Lama dia tak contact aku. Mimpi apa tetiba call?
"Hello?"
"Yo, Harraz. Lama tak contact kau. Apa cerita adik kau?. Makin lawa?" Soalnya berseloroh. Aku ketawa kecil, Aqram ni. Tak pernah berubah.
"Yang tiba-tiba call aku tanya khabar adik aku apahal ahahaha" Aqram ni bukannya menaruh hati pun dengan adik aku, si Hazriena tu. Saja menyakat.
Kedengaran suara ketawa di talian. Aku masih tersenyum. Adoyai Aqram oi.
"Manoi?" Soalnya lagi. Manyak tanya ah. Adudu.
"Futsal" jawabku pendek. Dah soal pendek jawab pendek la en. Hoho.
"Aku nak jumpa kau nanti. Bukan sekarang ah. Em.. lusa? Tempat biasa"
"Okay" talian ditamatkan. Mimpi apa tho tetiba nak jumpa aku?
Apa-apa je la Hafreez oi.
And sekarang ni, memang aku tengah tunggu dia.
"Menung apa bro" tegur satu suara dari belakang. Aku tersentak. Aqram. "Kau ni. Sekali tak buat aku terkejut takleh eh?" Aku memarahinya. Takda la marah mana pun act hahah.
"So.. what's up?" Soalku. Kenapa tetiba nak jumpa aku dia ni. Tak pernah-pernah mamat ni serious. Tetiba je.
Aqram mendongak ke atas. Aku hairan dengan perlakuannya. "What's up? Siling kedai la kenapa?" Soalnya bodoh. Aku facepalm. Tak pernah serious!
"Apa apa jela Hafreez. Ha, apahal nak jumpa aku ni?" Aku memulakan topik asal. Dia ni kalau makin dilayan makin menjadi. Makin mengarut-ngarut!
"Hey! Don't call me with that name. Nanti aku jadi acah drama macam Hafreez Adam" ujarnya sambil membuat gaya menekapkan belakang tangan ke dahi lalu mendongak ke atas. Sekali tengok macam Sajjad pun ada ha!
Aku membuat muka '-_-'. Aqram ketawa seketika sebelum kembali pada topik. "Kau ingat pasal kes tujuh bulan lepas? Sorry ungkit" ujarnya perlahan. Gaya tu macam satu dunia tau pasal kes tujuh bulan lepas tu. Sampai nak kena rapat-rapat muka bisik-bisik bagai. Nyampah!
"Ingat. Kenapa?" Soalku lagi. Baru je flashback sikit tadi en takkan tak ingat pulak.
"Sebenarnya, Nina termakan pil peransang. Bekas kawan baik dia, Ain yang letakkan pil tu dalam ais kacang dia. Ain tu sukakan Affan. Tapi Affan sukakan Nina. Dia dengan Nina pulak kawan baik. Kiranya cinta tiga segi la ni. Lepas kejadian tu, Ain hasut Affan macam-macam. Aku tak tahu apa yang Ain cakap sampai Affan sanggup tinggalkan Nina dan bawak diri ke UK. Nina punya frust sampai kewarasan dia pernah hampir hilang. Tapi, berkat dorongan positif sekeliling, Nina pulih. Masalahnya sekarang, aku tau even tho dia pulih, Nina still tak boleh lupakan Affan. Setiap tengah malam, dia akan nyanyi lagu yang kena dengan kejadian lepas. Dia akan menangis, meraung. Tujuh bulan sebelum sekarang. Dia tak pernah ukir senyuman weh. Tak pernah. Sekarang ni, jalan terbaik untuk Nina lupakan Affan ialah pengganti. And aku, nak kau jadi pengganti dia" terang Aqram panjang lebar.
Aku terpana. Aku? Pengganti? Apa ni?. "Kenapa aku?" Soalku pendek. Aqram membuka kata. "Tiga sebab. Satu, sebab kau je kawan lelaki selain aku dengan Affan yang Nina kenal. Dua, sebab aku percayakan kau. Tiga, sebab kau ada potensi nak gantikan tempat Affan. So, aku nak. Kau amik first step ni. Pikat hati dia. Kalau kau tak cintakan dia, tak apa. Kenal dia lama-lama. Cinta boleh dipupuk bro" Aqram menepuk bahuku.
Tanpa sedar,
Aku mengangguk.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...