7: "Nina aku punya"

121 15 0
                                    

Oin's POV

KRINGGG!! Yessss! 2:10 petang! Masa yang aku tunggu!!!! Tak sangka dapat keluar dengan crush! Maju dah I dapat keluar ngan crush!

Tepat 2:11 minit petang aku dah terpacak berhampiran motosikal jenama 125 berwarna hitam milik Affan. Kelihatan Affan dari jauh berlari-lari anak ke arah aku. Nak peluk ke?. Hekhek. "Cepat sampai, tak sabar-sabar nak pergi rumah Nina ke?". Soalan yang diajukan Affan aku balas dengan senyuman. Kenapa tak sabar nak jumpa Nina pulak, tak sabar nak naik motor ngan awak lah hehe.

"Naiklah." Affan bersuara setelah motosikal nya diundur keluar dari garaj motosikal yang memang disediakan oleh pihak sekolah untuk para murid yang datang ke sekolah menggunakan motosikal. Mudah kan? Thanks to Dato' Seri Najib.

Dengan gembira aku menaiki motosikalnya. Wah seronoknya! Pinggang Affan dipeluk kejap. Kononnya untuk keselamatan. Affan hanya membiarkan sambil tersenyum sinis.

Para readers yang perempuan tu jangan ingat seronok sangat kalau naik moto berpeluk dengan lelaki. Kalau nak naik, naiklah. Tapi biarlah berjarak diantara korang berdua. Batas sebagai perempuan perlu dijaga. Jangan sampai dah rosak macam yang berita-ii tunjuk tu baru nak menyesal. Berpantang dahulu sebelum terlambat.

Okay kembali pada cerita.

Belok kanan belok kiri pusing roundabout, sampailah rumah Nina. Kelihatan seorang lelaki sedang menolak wheelchair Nina sambil bergelak tawa. Bahagia betul nampaknya. Muka Affan serta merta berubah.

Affan's POV

Siapa lelaki tu. Setahu aku Nina tiada adik beradik. Kenapa aku rasa macam nak tumbuk lelaki tu? Kemain lagi menggatal dengan kesayangan aku. Ini tak boleh jadi. Oin yang sudah pun turun dari motosikal aku abaikan. Mereka masih bergelak tawa. Tak perasaan yang aku dan Oin ada. Akhirnya mata Nina bertembung dengan mata aku. Dia sedikit tersentak kerana terkejut. Mungkin tak sangka yang aku ada di situ. Sebaik saja lelaki itu perasan yang Nina tidak ketawa lagi dia turut sama menoleh ke arah aku. Dia berdiri.

Fuh, Affan, relax. Positive. Maybe tu sepupu dia ke. Oin berlari ke arah Nina. "Hai Nina! Rindunya kat kauu!" Oin memeluk Nina yang sedang duduk di atas wheelchair nya. Nina membalas pelukannya.

Aku? Eye contact dengan mamat sebelah Nina tu. Muka macam badak terlepas je. Macam tu pun Nina nak ke? Hm.

Nina mempersilakan kami masuk dengan muka kekok. Nampaknya tiada siapa selain mereka berdua di rumah ni. Oin cakap tadi ni rumah Mak Su Nina. Mungkin mamat ni anak maksunya tak?. Sedang Nina dan Oin berbual sambil palau aku, aku menyampuk. "Nina, Mak Su Nina mana?" Belum sempat Nina menjawab mamat badak sumbu itu membalas, "Mak Su takde dia pergi rumah kawan dia dekat Nilai". Oh yea ada aku tanya kau ke. Disebabkan aku ni beradab aku hanya mengangguk.

"Nina, Affan nak cakap dengan Nina kejap?"

"Tak boleh."

Ewah ewah.

"Ada aku tanya kau ke"

"Takde"

"Lepastu?"

"Three"

"Hambar"

"Okay"

Aku menjeling badak sumbu tu. Menyampuk je tau. Oin meminta diri ke tandas. Nak basuh tangan sebab makan kek coklat yang aku bawakkan untuk Nina tadi. Eleh aku bawak kat Nina dia yang makan. Masalah apa aku pun tak tahu. Aku bangun dan memegang handle wheelchair untuk menolak Nina keluar dari rumah. Mamat senget tu menepis. Hak alah macam aku nak bawak dia.

"Kau nak buat apa"

"Nak tolak Nina la takkan nak balik"

"Balik pun boleh"

"Suka hati aku la yang kau sibuk apasal"

"Nina aku punya".

Nina aku punya. Kata-kata yang cukup menyakitkan. Aku tak tahan. Kolar T-Shirt nya aku genggam. Dush! Tumbukan hinggap di mukanya. Muka aku diberi tumbukan balas. Perit. Darah mula mengalir di mulut aku. Lebam kebiru-biruan mula timbul di pipi kiri mamat tu.

"Stop!" Aku dan mamat tu berhenti.

Cliche? Tak kitorang tak berebutkan Nina. Tapi biasalah, lelaki.

Puas bertumbuk, aku menolak mamat senget tu sampai jatuh. Aku berlari ke arah Nina. Kedua-dua tangan Nina digenggam. "Nina, awak saya punya kan". Nina yang blur-blur alam mengangguk. Lima saat kemudian baru dia faham apa maksud soalan Affan tu.

Prang.

Gelas kaca yang dipegang Oin pecah.

"Ni..nina ka..kau angguk ke ta..tadi"

Nina panik. Dia menyorong kerusi roda nya ke arah Oin.

"Ta..tak.. tadi.." belum sempat Nina menghabiskan katanya Affan menyambung. "Yes, kenapa?"

Oin's POV

"Yes, kenapa?" Aku tersentak. Ni...nina angguk ja..jadi dia sukakan Affan. Tapi dia tau aku suka Affan kan?! Kawan jenis apa kau ni Nina?!.

Nina memegang tangan aku. Kononnya nak bagi penjelasan lah. "Ak..aku boleh explain.". Explain kepala bapak dia lah. Dah khianati aku lepastu nak explain explain plak.

Tangan Nina yang menggenggam tanganku kemas aku tolak kuat. Nina jatuh dari kerusi roda nya. Huh. Peduli apa aku. Perempuan cacat macam dia memang patut terima balasan. Dasar pengkhianat.

"AIN! APA KAU DAH BUAT!"

Aku yang berdiri membelakangi Nina menoleh saat Affan menjerkah aku dengan kuat. Tengok lah tu, sebab perempuan tu aku kena jerkah dengan crush aku sendiri.

Aku berpaling ke belakang.

Nina terbaring tak sedarkan diri. Mungkin sebab terhantuk pada bucu kerusi kayu yang berada dia diatas kepalanya. Ceh. Over je perempuan tu. Bukan berdarah pun.

Aku menjeling dan keluar dari rumah buruk ni.

Mulai hari ni. Aku Nurul Ain Azmi.

Akan berusaha untuk dapatkan Syed Affan Syed Alawi.

Walaupun aku terpaksa korbankan persahabatan yang dah lama utuh.

Husnina Izzati, kau tunggu.

Kasih Seorang Nina (Currently Editing)Where stories live. Discover now