Affan's POV
Aku melorot satu persatu chat dari rakan-rakanku di London. Rindu? Ada lah juga. Sekarang, aku berada di KLIA untuk menjemput kedatangan mama, papa, Kak Affina dan Affnais. Esok pagi Affriel dah nak masuk OT. Jadi mereka bergegas ke sini.
"Abaaaaang!" Affnais berlari anak kearahku. Bila diorang keluar? Aku menghadiahkannya senyuman manis. Satu-satunya sumber yang masih ada untuk meguatkan diri agar terus hidup.
Satu family dah tahu pasal kisah silam aku dengan Nina. Kan aku dah kata, perempuan ni tak boleh jaga rahsia lama-lama. Begitulah Kak Fina, cakap pandai. Jaga rahsia blablabla. Tengok-tengok dia yang bagitau mama dulu. Hmph.
Reaksi? Diorang agak terkejut pada mulanya. Tapi lama-lama diorang okay. Sampai Mama tu sibuk sibuk nak lawat Nina. Risau dia tu melebihi tahap kerisauannya dekat Affriel yang nak menghadap pembedahan esok pagi.
Aku mengucup tangan kedua orang tua ku. Tak lupa juga Kak Fina. Affnais mengucup lama tanganku. Sampai tak nak lepas ahahah. Rindu lah tu.
Aku mengendong Affnais. "Abang Irfan dengan Humairah tak ikut kak?" Soalku pada Kak Fina. Ye lah, datang seorang je dah lupa suami dengan anak ke?. Kak Fina mencubit geram pipi Affnais yang gebu sebelum menjawab soalanku. "Abang Irfan busy kerja. Maklumlah, businessman. Maira pulak tak nak ikut sebab sekolah dia ada buat rombongan sambil belajar apa entah, so dia duduk dengan kawan baik akak, Hannah tu ha" ujarnya panjang. Aku mengangguk faham. Bukan Humairah lah kalau tak degil.
Sebelum menghantar mereka pulang ke rumah, kami singgah di sebuah restoran. Kata papa, nak hirup angin Malaysia dulu. Maklumlah, dan bertahun tak jejakkan kaki di sini.
Usai memesan minuman, mama membuka bicara. "Affan.. kalau Nina sedar, tapi ada effect kat dia... Affan terima dia seadanya ke?" Soal mama bersungguh-sungguh. Lucu juga riak wajahnya. Soalan tu macam dah terperap di lubuk hati terlalu lama.
"Cukuplah Affan pernah buang dia ma, Affan dah serik. Affan tak nak benda yang tak diingini ni terjadi lagi. Affan akan terima dia. Biar lah dia sedar tanpa sel-sel otak yang berhubung, tanpa keistimewaan seperti perempuan lain. Affan terima dia. Affan nak jaga dia ma." Ujarku tanpa menoleh kearah mama. Hanya menatap pemandangan alam yang hampir senja.
Papa mengangguk kecil. Mama diam seribu bahasa. Apa mereka sukar menerima kekurangan Nina nanti? Atau mereka memang tak bersetuju sedari awal lagi cerita ini terbongkar? Aku menatap wajah papa untuk kesekian kalinya. Cuba menanyakan kenapa soalan seperti itu diajukan padaku.
Papa melepaskan nafas kecil sebelum menjawab soalan isyaratku. "Kami tak yakin dengan kamu Affan, kami takut kamu akan lukakan hati Nina lagi. Kamu lelaki. Remaja pula. Jenis yang cepat bosan dalam sesuatu perkara. Mulut kata lain, tapi hati? Siapa yang tahu. Ini berkaitan masa depan kamu berdua. Dapatkannya kerana cinta yang tulus, Affan. Bukan sekadar untuk menebus kesalahan lalu" papa menggelengkan kepalanya. Sambil menunduk. Aku turut sama menundukkan kepala. Apa benar cinta ini hanya untuk dia? Adakah aku yakin yang aku takkan lukakan dia setelah cinta kami kukuh terbina? Aku keliru. Benar kata papa. Aku perlu bentuk rasa cinta ni dulu. Bukannya ikut kata hati saja. Macam mana kalau aku rasa semua salah silap aku telah diampukan Nina nanti?. Apakah peristiwa hitam akan berulang lagi?
***
"Ayok abang Ril! Nanti ada jarum, ayok!" Affnais menggerakkan jari telunjuknya kedepan dan kebelakang. Kami tergelak kecil. Begitu juga dengan Affriel yang sudah bersiap siaga diatas katil hospital. Beberapa orang nurse yang meninggikan katil Affriel turut sama ketawa melihat gelagat Affnais. Kak Fina pantas berjalan kearah Affriel. Tangan jejaka itu digenggam erat. Aku yang berada di sisi tersenyum tawar melihat Affriel yang sedang memakaikan penutup rambut plastik itu. Affriel membalas genggaman Kak Fina dan senyumanku. Mama di hadapan mengusap lembut bahu Affriel. "Goodluck Riel, aku minta maaf sebab libatkan kau dalam masalah aku" ujarku perlahan. Aduh! Sejak-sejak ni aku dah semakin ke'hatitisu'an! Sikit-sikit sebak, nak nangis!
"Its okay la Pan, lagipun Aqram tu betul-betul memerlukan" Affriel masih mengukir senyuman manis. Aku menunduk. Air mata mula bergenang. Kalau boleh, aku tak nak siapa pun terlibat dalam masalah aku. Tapi..
"Affriel kat dalam sana kuat ya sayang, mama sayang anak mama". Mama mengucup dahi Affriel sekilas. Affriel tergelak kecil. Tangan kirinya diangkat dan simbol 'okay' ditunjukkan. Papa yang sedang mendukung Affnais hanya tersenyum.
'Klak!' Seorang doktor yang sering memantau kondisi Affriel sebelum pembedahan di sini membuka pintu bilik khas yang menempatkan Affriel seorang. "Pesakit dah boleh masuk bilik bedah" ujarnya pendek sambil tersenyum kecil. Nurse-nurse di situ yang tadinya asyik menonton 'drama pukul 7' kami serentak mengangguk. Kami sekeluarga memberi ruang kepada para jururawat untuk menolak katil Affriel menuju ke bilik bedah. Sebelum pergi, sempat Affriel menghadiahkan senyuman dan berbalas lambaian pada kami sekeluarga. Aku senyum tawar.
"Dah tu, jom kita turun ke kafeteria" papa menepuk bahu aku sebelum kami sama-sama berjalan ke lif.
Aqram's POV
Aku hanya mendiamkan diri. Kini, aku sedang berada di atas katil yang disorong para jururawat ke bilik OT. Mula-mula aku tak tahu OT tu apa. Aku ingatkan OTW. Well, on the way. Mana 'W' nya? Tercabut? Operation Room ke? Tapi kenapa OT? Kenapa tak OR? AQRAM ke? Eh tu nama aku.
Setelah agak lama aku menatap siling hospital dan siling lif, akhirnya aku sampai dibilik bedah. Oh akhirnya, muak aku asyik pandang siling je. Sekurang-kurangnya kat dalam ni aku akan disuntik ubat penenang yang memengsankan aku. Jadi selama seminggu disini, apa yang aku lihat akan bertukar kepada kegelapan sekejap.
"Okay Hafreez Aqram, bersedia untuk dibedah?" soal seorang doktor lelaki yang aku tak pasti kacak ke tak sebab dia pakai mask dan penutup kepala. Aku memerhatinya lama. Nak jawab apa? 'Ya saya sedia!' Ke... 'bolehla' ke.. 'hm' ke.. 'sah!' Eh tu kan masa habis akad nikah. Apa gatal sangat kau ni Aqram.
"Hahah, baiklah Aqram. Saya faham akan rasa nervous kamu tu. Tapi janganlah tengok saya macamtu" ujar doktor itu sambil membetulkan beberapa keping kapas di dalam bekas aluminium kecil yang mempunyai banyak bahagian.
Aku meneguk liur. Badanku serta merta menggeletar apabila melihat doktor itu memegang beberapa jenis pisau bedah yang tajam dan berkilat. Dia ni nak bunuh aku ke nak bedah aku ni.
Tiba-tiba, satu cahaya datang entah dari arah mana. Oh tak. Aku tau arah mana. Arah atas aku. Macam lampu meja je. Aku mengecilkan mata. Silau la bon**k. Aku ni salah bilik bedah ke? Apasal nak suluh kepala? Yang nak bedah hati kan? Ish ish ish. Doktor zaman sekarang ni jenis yang tidur dalam kelas masa kat 'U' dulu ke?
Eh bukan salah doktor, salah nurse. Aish nurse ni. Tak lama hidup kang, mata aku ni bukan boleh silau lama-lama. Kalau ye pun teringin kena tumbuk jangan cari aku. Last aku tumbuk orang minggu lepas je. Tu pun sebab Affan buat macam-macam kat Nina.
Akhirnya, nurse itu seakan-akan dapat membaca renungan tajamku. Perlahan-lahan, lampu itu disuluh tepat ke bahagian dadaku yang sudah terdedah. Ye la kalau aku pakai baju biru tu macam mana doktor nak bedah, noob.
"Okay Aqram, saya nak cucuk ni. Jangan risau, nanti awak sedar je tengok-tengok awak dah selamat dibedah. Hehe" dokor itu berseloroh sambil memegang jarum sederhana besar yang sudah diisi cecair penenang didalamnya. Gaya cakap macam yakin je aku ni selamat dibedah.
Yes! Dah lama aku tunggu saat ni! Aku pelik ubat bius yang doktor cucuk ni cepat betul buat orang pengsan. Aku nak try tahan diri dari pengsan. Diorang kata paling lama tujuh saat baru pengsan. Heh, ni Aqram lah. Seminit pun aku boleh tahan.
Perlahan-lahan, cecair itu disuntik masuk kedalam badanku.
Satu saat, heh takda apa lah.
Dua saat, okay je takda apa pun.
Saat keempat, mata aku mula berat.
Lima saat, aku masih mampu menguatkan diri supaya tak mudah pengsan.
Tak sampai saat keenam, dunia aku gelap. Cis.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...