47: "Aqram, Mengucap"

78 12 1
                                    

Aqram's POV

Fikiranku menerawang memikirkan Nina. Tentang siapa lagi aku nak risaukan kalau bukan dia. Haih, aku rindu dia. Rindu nak gelak tawa, nak masakkan mee goreng basah bila nak bodek dia, nak dengar dia berleter bila aku ubah nama kucing-kucing dia, nak dengar dia marah aku sebab jadikan kasut dia untuk nak tangkap ikan kecil dalam parit, nak dengar dia marah aku bila aku tak basuh pinggan lepas makan, nak dengar dia membebel bila aku tak makan ubat, nak dengar dia mengomel bila aku tangkap gambar dia tak ikhlas, nak dengar dia merepek pasal kebaikan apabila baca cerita dongeng sebelum tidur yang kononnya kita akan dapat mimpi indah selepas tu, nak dengar dia menipu yang dia dah move on dengan Affan, nak dengar dia nyanyi lagu broken-broken sambil main gitar... Ah macam-macam lah!

2.7. Jumlah darah yang berada di dalam badanku sekarang. 2.7/12 sikit tak sikit?. Dah la darah rare. Haih.

Izz Muhammad bin Ghazali. Nama penderma darah aku yang Affriel cakap haritu. In Shaa Allah esok, darah 2 pain tu akan dimasukkan kedalam badanku melalui saluran yang selalu diorang masukkan air ni.

Affriel ada bagitau aku yang dia dah tanyakan Izz sama ada Izz ada adik-beradik atau saudara yang sama darah dengan Aqram tak, mana tau salah seorang ke dua orang ke boleh dermakan lagi 3 pain darah.

Izz yang nampaknya seakan bersungguh-sungguh mahu membantu aku supaya mendapat darah secukupnya mencadangkan kakaknya yang juga setuju untuk mendermakan darahnya yang sejenis dengan Aqram. Cuma lambat sikit dia bagi sebab kakak dia ada di Shah Alam. Lusa baru balik. Aku okay je.

Namun segalanya dirasakan sudah terlambat apabila sejak dua tiga hari ni aku kerap sakit kepala. Sakitnya luar biasa. Denyutannya jelas nyata didengari. Kepala aku macam kena ketuk. Sakitnya bagai di ambang maut namun hanya sementara. Cuma dalam lima minit macam tu je. Tapi.. nak harung lima minit tu kan...

Contohnya sekarang.

Kepalaku berdenyut kuat. Perlahan-lahan, tangan diraih memegang kepala. Sebelah lagi pula menggenggam erat cadar tilam. Sakit kali ini berganda-ganda sehingga aku yang malas mahu menganggu doktor memaksa diri untuk bangun sedikit menekan butang merah. Kurang tiga sentimeter jarak, aku kembali memegang kepalaku semula. Sakit!

"Do..dok..tor..". Tanganku sudah melata-lata (?). Mencari bantuan.

Prang! Aku terlanggar cawan yang berada di atas kabinet kecil di sisi katilku. Alaaaaaaaa cawan 'peberet' aiiiii. Huuuuuuuu. #broken #broredha #-- eh aku tengah sakit kepala ni hang nak main hashtag hashtag pulak!

"Aqram?" Yaaa, muncullah penyelamat akhirnya. Doktor Amira memaculkan mukanya. Melihat mukaku yang berkerut menahan sakit, pantas, para jururawat yang comel lote dipanggil membantuku.

Satu cecair disuntik kedalam. Panas. Lalu, seperti biasa.

Segalanya gelap.

Affriel's POV

Aku dikejutkan dengan panggilan dari pihak hospital. Pantas, aku dan Affan bergegas ke hospital. Ada juga aku menelefon Nina dan menyuruhnya kesini. Katanya dia akan datang bersama Mak Su dan seorang rakannya.

Kenapa aku kumpul semua orang. Sebab...

Aqram dah nazak.

Air mata mula bergenang. Mata Aqram hanya melihat keatas. Bersedia untuk ditarik nyawanya. Aku takut, aku gementar. Bayangan malaikat maut terasa ada di mana-mana.

Nina sudah meraung. Affan hanya mampu menenangkannya. Hatiku dipagut rasa bersalah. Kenapa aku tak berusaha mencari pendermanya lebih awal. Kenapa aku terlalu santai sedangkan aku tahu yang dia akan menemu mati jika penderma darah gagal ditemui dalam jangka masa yang pendek. Aku lalai. Kelalaian aku membawa maut.

Mama, Papa, Affina, Affnais, Affan, Nina, Mak Su, Fateha, semuanya sudah berada di sini. Mak Su juga menangis melihat keadaan Aqram yang sudah nazak. Para jururawat dan doktor juga berada di sini. Melihat Aqram diambang mati. Apa yang kami mampu buat? Tiada. Mungkin di sini pengakhirannya.

Aqram sudah tak mampu berkata apa. Mulutnya terbuka sedikit mencari nafas, matanya kekal di atas. Bilik itu hanya bertemankan esakan dan raungan Husnina Izzati. Aku yang tak mampu menahan tangis turut sama mengalirkan air mata. Mataku kekal menatap lantai. Tak mampu mengangkat pandangan. Tak sanggup aku melihat sahabat sementaraku menjalani proses pengambilan nyawa.

Kalau diberi pilihan, biarlah aku mendermakan darahku. Biarlah doktor cakap yang aku punya darah hanya cukup untukku seorang. Asalkan Aqram selamat, itu sudah memadai.

Fateha memeluk tubuh Nina. Berusaha menenangkan insan itu. Manakan tidak, Nina satu-satunya insan yang paling rapat dengannya selepas ibu dan bapanya. Affan yang ketiga. Pasti banyak kenangan sejak kecil dicipta bersama.

Aku mengalihkan pandangan kearah Doktor Amira. Perlahan-lahan, doktor muda itu mengangguk.

Aku berjalan kearah Aqram. Lalu membongkokkan sedikit badanku. Bibirku menghampiri telinganya. Bersedia.

"Aqram.. mengucap" penuh sebak aku menuturkan kata. Nina sudah lemah bersandar di dinding. Affan menyeka air matanya yang tak henti mengalir. Mak Su dan mama berpelukan. Papa memeluk tubuh menahan sendu. Affina dan Affnais teresak kecil. Doktor Amira sudah membuka spek matanya untuk mengesat air mata yang berlinangan.

Lemah, Aqram menghembus nafas perlahan. Aku membisikkan kalimah syahadah.

"Lailahailallah. Muhammadarasulullah"

"La..i..la..ha..ila..llah... m..muha...ma..dar..ra..rasulullah"

Maafler pendek ohoho.

VOTE AH DULU KALAU TAKDE TENET PUN.

Kasih Seorang Nina (Currently Editing)Where stories live. Discover now