Aku berlari kearah Aqram. Tak, dia tak pengsan. Cuma terbaring di lantai dapur dalam keadaan lemah.
"Aqram! Kau kenapa ni?!"
Perlahan-lahan, Aqram menggerakkan matanya melihat aku. Lalu, dia tersenyum lemah. "Ak..aku saja na..nak rasa la..lantai yang s..sejuk ni, sedap woo ba..baring heheh"
Aku menitiskan air mata lagi. Ya Allah, mudahnya aku menangis. Orang yang aku sayang dalam kesakitan. Kau rasa siapa yang tak menangis?
Aqram memegang dadanya. Dahinya berkerut seketika. Lalu memandang aku dan menghadiahkan senyuman lagi. Senyumannya yang sakit boleh buat aku rasa macam nak peluk dia. Handphoneku di dalam poket seluar diseluk. Tiga nombor ditekan.
"Hello ambulance! Datang dekat Taman Baiduri! Fasa 1! Ya ya! Rumah nombor tujuh! Now!" Aku mencampakkan handphone ke tepi lalu mengusap kepala Aqram. Aqram, kau kuat!.
Aku mendongak. Affan hanya memerhati dengan matanya yang berkaca. Mahu menenangkan Aqram, aku sudah ada untuk menenangkannya. Nak call ambulans, aku dah call tadi. Sekarang, dia hanya mampu memerhati.
"Ak..aku okay.. ken..kenapa kau panggil am..ambulance?"
Aku hanya menggeleng. Tak kuat aku melihat Aqram dalam keadaan lemah macamni. Aku dah tak mampu nak keluarkan suara. Hanya air mata yang mengalir laju.
6 minit kemudian, ambulance sampai di perkarangan rumah. Affan membuka suis pagar. Lalu, ambulans itu masuk ke dalam kawasan rumah. Kelihatan beberapa orang nurse lelaki dan seorang doktor perempuan menyorong kerusi.. apa eh nama kerusi yang orang sakit naik masuk dalam ambulance tu? Bukan kerusi roda lah.. kerusi apa ntah. Ala yang macam katil tuu. Yang orang sorong pesakit tu. Ah apa-apa je lah. Aye panggil katil sorong la eh. Huehue.
Nurse-ii itu mengangkat Aqram lalu dibaringkan keatas katil sorong itu. Mereka menolak katil itu kedalam ambulans. Aku hanya mampu menahan tangisan. Nak ikut tak boleh sebab ambulans dah penuh.
Usai saja ambulans pergi, aku menuju kearah Affan. Bahunya aku goncang kuat. "Kenapa Aqram sakit?! Kenapa awak macam sorokkan sesuatu dari saya?! Kenapa!" Aku dah tak mampu berdiri. Terus menangis dan menangis. Affnais yang tidak memahami apa yang berlaku turut menangis melihat aku menangis. Biasa lah budak kan. Aku mendongak melihat Affan yang masih setia berdiri di hadapan ku. Mata kami bertemu. Aku lihat mata Affan sudah memerah. Tubir matanya bergenang. Mungkin turut sama sedih melihatku.
Hujung bajunya aku tarik seakan merayu. "To..tolong bawak saya pergi hospital". Aku memandang mukanya dengan pandangan sayu. Memohon simpati. Apa nak buat, aku terpaksa mintak tolong dia. Affan mengangguk dan menarikku supaya bangun. Aku bangun dan mencapai handphoneku. Powerbank dan kabel cas di dalam bilik serta dompet dan handphone Aqram turut aku ambil di atas. Aku kembali ke bawah dan kelihatan Affan dan Affnais sudah bersedia. Aik? Affnais ikut? Nak rabat tiga ke motor tu?. Aku hanya mendiamkan diri. Aku memimpin tangan Affnais dan mengikuti Affan ke pintu rumah. Affan mengambil segugus kunci sebelum menutup pintu rumah. Habistu aku dengan Affnais ni dia nak tinggal dalam rumah ke.
Tiga saat kemudian pintu rumah dibuka semula."Maaflah saya terlupa kat awak heheh" aku hanya tersenyum kecil lalu keluar. Affan menekan punat pada kunci itu. Seketika kemudian pintu garaj itu terbuka. Aku perak seketika. Maklumlah, aku bukannya orang kaya. "Awak tunggu kejap, saya bawak keluar kereta eh". Aku hanya mengangguk dan menarik tangan Affnais jauh sedikit dari pintu garaj tu. Kang kena langgar keta kang tempah katil sebelah Aqram pulak.
Kereta porsche perlahan-lahan diundur keluar dari garaj. Pintu pagar yang memang dibuka sejak ambulans masuk tadi memudahkan pengunduran kereta Affan. Hm, tungla kaya. Usai Affan mengundur pintu kereta, aku dan Affnais memasuki perut kereta. Sekali lagi pintu pagar tertutup secara automatik dan kereta mewah itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.
Aku hanya memandang keluar tingkap. Affnais disebelahku asyik bermain iPhone5 nya. Amboi baru daru darjah 1 dah pakai iPhone. Aye yang form 2 ni pun pakai Samsung je tau.
Budak-budak sekarang :(
9 minit perjalanan, kami sampai di hospital. Aku tak menunggu Affan dan adiknya lagi. Aku meluru ke arah kaunter pertanyaan. "Assalamualaikum nurse, saya nak cari bilik orang bernama Hariez Aqram bin Ahmad Ghazali". Nurse yang bertudung putih yang berjalur riben berwarna ungu di atas kepala itu memandangku. "Waalaikummussalam, kejap ye cik"
Aku menunggu dan menunggu. Seketika kemudian, nurse itu bersuara semula. "Cik, Harith Aqram sekarang masih di wad kecemasan. Kalau cik nak pergi ruangan menunggu di wad kecemasan, cik jalan terus, lepastu ada signboard ke wad kecemasan cik pusing ke kanan ye" aku mengangguk mendengar setiap bait kata nurse itu. Pantas, aku mengorak langkah ke wad kecemasan. Affan dan Affnais yang baru sahaja tiba ternampakku dan terus mengekoriku ke sana.
Tiba sahaja di ruangan menunggu, aku melihat beberapa orang sedang menunggu dengan debaran di dada. Aku mengambil tempat di kerusi paling hujung. Affan mengambil tempat disebelahku. Begitu juga Affnais yang mengambil tempat di sebelah abangnya. Air mataku menitis lagi. Ya Allah, hadirnya Aqram membawa 1001 kenangan manis padaku. Janganlah kau ambil dia ya Allah. Akut mengenggam kedua dua tanganku erat dan menundukkan kepalaku memandang lantai.
Terasa ada yang mengusap belakangku. Apa? Takkan Affan kot. Agak-agak lah aku tengah sedih ni kau nak menggatal pulak. Baru hendak menepis, aku terasa tangan itu seperti lain dari yang lain. Macam, kecil.
Affnais.
"Akak sabar la eh, cikgu Affnais kata tak baik menangis bila Allah bagi ujian"
Allahu. Saat ni, aku tak rasa yang Affnais ni baru 7 tahun. Air mata yang masih berjuraian aku kesa. Perlahan-lahan, aku mengukirkan senyuman tawar. "Pandainya Affnais, okay kakak tak nangis lagi eh". Aku membelai rambutnya. Affnais tersenyum gembira. Sedar bahawa hanya aku dan Affnais berdua di situ, aku mengutarakan soalan padanya. "Affnais, abang Affan mana?" Affnais yang masih tersenyum menjawab. "Tu kat belakang akak". Mendengarkannya, aku pantas menoleh ke belakang. Affan tercegat di belakangku bersama bungkusan di tangan. Dia tersenyum tawar. Baru saja mahu bertanya mana dia pergi tadi kelibat seorang lelaki tua membantutkan persoalan aku.
"Adik, Pak Mat datang sini nak bawak adik balik. Adik balik dulu eh, esok kita boleh datang lagi ya sayang?" Affan bersuara lembut. Affnais yang baru merengek sebab nak kena balik tersenyum apabila abangnya cakap yang dia boleh datang lagi esok.
Anak kecil itu kemudian mendongak memandang aku. "Hm, Affnais balik dulu eh akak. Esok Affnais janji Affnais datang lagi!" Aku hanya mampu tersenyum. Dia menghulurkan tangannya. Aku menyambut dan dia menyalamku. Aku mencium pipinya yang gebu itu. Geram!
Kelibat Affnais dan Pak Mat kian menghilang dari mataku. Aku masih menunggu. Lamanya doktor check, macam tengah buat pembedahan lamanya. Sebua beg palstik dihulurkan Affan padaku. Aku menyambutnya bersama senyuman.
Tanpa berlengah, aku meninjau isi di dalamnya. Ada dua bungkus roti Gardenier berkrim jagung dan coklat serta satu kotak minuman Dutch Lady berperisa strawberi. Aku memandangnya kosong. Walaupun ketiga-tiga itu adalah di antara salah satu makanan dan minuman kegemaran aku. Aku masih tak ada hati nak makan dan minum. Namun demi menjaga hati, aku mengucapkan terima kasih kepada sang pemberi.
Affan bagai mahu berkata sesuatu padaku. Tapi suaranya seakan tersekat-sekat. Aku mengerutkan dahi. Sejak bila dia gagap ni?. Aku tidak memfokuskan perhatianku pada Affan lagi apabila kelibat doktor perempuan menghampiri kami. Doktor ni la yang ada dalam ambulans tadi tu!.
Aku meluru ke arah doktor itu. "Do..doktor, how's my brother?" Aku memandangnya dengan sinar harapan. Berharap agar orang yang ku sayang selamat. Dia mengangguk, "so far, Alhamdulillah. abang kamu selamat. Sorry sebab ambil banyak sikit masa untuk menstabilkan pesakit".
Aku menekup mulutku. Alhamdulillah! "Saya boleh teman dia kan doktor?" Doktor itu mengangguk. "Dua orang je boleh teman". Aku mengangguk faham. Doktor itu pamit, aku menoleh ke arah Affan. Hanya perkataan 'Alhamdulillah' yang aku mampu ucap sekarang.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...