Kekeringan gambar untuk jadikan chap's wallpaper lol. So aye letak je yang mana ada sebab kalau tak letak chap ni rasa kosong ehehe. #acahdrama
"Ma, Pa, Kak Fina, ni la Nina" aku menunjukkan mereka jasad Husnina yang tidak bermaya. Mama memandang jasad kaku itu sayu. Tanpa berlengah, Kak Fina mendekati satu-satunya katil yang menempatkan Nina di dalam VIP room ini.
Kepala Nina yang berlapikkan tudung Ariani hitam diusap perlahan. Lalu, mama dan Kak Fina mengambil tempat di dua buah kerusi yang disediakan. Mama menggenggam kuat tangan Nina. Seolah-olah sudah lama dikenali. Satu keluarga kami macam ni. Cepat sangat sayang dengan orang. Terutamanya mama.
"Macam mana dia boleh teruk macam ni? Affan tak jaga dia?" Soal mama sambil menatap muka pucat Nina. Aku tersenyum tawar. Kalau diberi peluang, takkan aku buang dia macam dulu lagi. Aku akan jaga dia dengan sepenuh hati.
"Sebab Affan la dia jadi macam ni Ma, kalau Affan tak kejar dia, dia takkan jatuh sampai koma macam ni". Nada suaraku mulai bergetar. Sebak mulai bertandang.
Affina mengusap perlahan belakangku. Aku mengesat tubir mata yang mula bergenang. Tak mahu sedih di depan Nina. Nanti dia pun sedih juga. Papa menepuk perlahan bahuku. "Jangan salahkan diri, ini takdir dia. Manalah tahu kalau dia tak jadi macam ni, Affan takkan pernah sedar kesalahan Affan? Tak pun kalau Affan jaga dia baik-baik sampai dia sedar, peluang kedua tu akan ada Affan. Perempuan ni, hatinya lembut. Mudah memberi peluang kedua. Tapi kalau dah dapat, jangan disia-siakan". Kata-kata papa menerjah gegendang telingaku seterusnya meninggalkan kesan di hati.
Sesi bertafakur dijalankan seketika hingga pintu bilik diketuk perlahan. Dengan tiga kali ketukan, muncullah seorang doktor yang agak kacak. Agak je lol. Aku kacak lagi <3
"Affan? Ini family kamu?" Soal doktor Ashraf. Ha amik kau dia sampai dah kenal nama aku. Punya lah hari-hari datang lawat Nina en. Aku mengangguk sambil tersenyum. Doktor Ashraf turut melemparkan senyum pada kami sekeluarga.
Usai memeriksa keadaan Nina, doktor menguntum senyuman kecil. "Alhamdulillah, sejak kebelakangan ni, Nina sudah pandai memberi reaksi. Ini bermakna otaknya semakin berfungsi". Aku meraup mukaku. Tak sabar saya nak tunggu awak sembuh Nina.
Setelah beberapa minit doktor Ashraf berbual dengan mama dan papa, dia mempamit diri. Serentak itu, papa juga meminta izin untuk keluar. Mama dan Kak Fina juga. Katanya mereka akan pulang ke rumah sebentar untuk berehat, dan akan ke sini semula setelah Affriel siap dibedah.
Aku mengangguk. Bukannya mereka tak mengajak aku, tapi aku yang menolak. Aku nak teman Nina. Sejak semua ni jadi, aku banyak habiskan masa di sini. Di hospital. Kalau tak melawat Aqram, aku akan melawat Nina di sini. Ada kalanya, sampai tak balik sebab tidur temankan Aqram.
Aku mengambil tempat di sebuah kerusi berkusyen di sebelah kiri Nina. Perlahan-lahan, aku menggenggam tangan kecil Nina. Perlahan-lahan, air mataku mula mengalir laju. Begitu juga Nina. Air matanya sudah mahu meluncur laju ke telinga.
"Affan tak sabar nak tunggu Nina sembuh.. Affan.. Affan nak tebus balik semua salah Affan pada Nina. Affan nak jaga Nina sampai Affan mati" teresak-esak aku meluahkan rasa hati. Peristiwa hitam kembali terlayar di ruangan minda aku. Dan mungkin juga ruang minda Nina.
"You're not my bad past Husnina. You're my precious future"
Air mata Nina aku kesat perlahan. Bila agaknya dia nak sedar.
Oin's POV
"Apahal nak tunggu mayat hidup tu lagi!!" Aku membaling bantal-bantalku ke pintu bilik. Geramnya!
Aku baru balik dari hospital, kononnya nak melawat perempuan s**lan tu. Tiba-tiba ada family Affan pulak! Family Affan tak boleh kenal Nina! Tak boleh!!!
"Perempuan yang tak ada masa depan tu jugak kau pilih Fan" ujarku dengan nafas yang turun naik menahan amarah. Sakit betul hati! Kenapa dia lebih pandang mayat hidup tu dari aku?! Apa istimewanya dia! Dengan otak tak jalan, telantar je! Menyusahkan orang! Tak ambil SPM lagi! Aku yang sihat walafiat cantik-cantik ni kau pandang sebelah mata je!
"Ini tak boleh jadi, aku kena cari jalan. Kotor pun kotor lah!". Pantas, aku mendail nombor Fateha. Sejak habis sekolah langsung tak contact aku. Apa cerita?
"Hm" kedengaran suara dingin dari gagang telefon. Apa hal dia ni? Macam tak suka aku je.
"Weh jom jumpa!" Aku mengabaikan suara dinginnya tadi. Badmood kot? "Jumpa? Buat apa?" Soalnya pula. Kali ni, nadanya sudah agak lembut. Seperti biasa. "Alaaa, saja-saja lah! Aku dah lama tak lepak ngan korang! Sejak habis sekolah kau langsung tak contact aku eh!" Aku sengaja membuat nada merajuk. Teha di gagang ketawa kecil.
"Hello! Semalam je kita baru bersembang kat WhatsApp eh! Jangan nak berdrama sangat!" Kata-kata Teha meletuskan tawa ku. Ala lupa! Heee.
"Ahahahaha! Apa-apa je lah pendek. Kau ajak gang kita sekali eh. Esok, tempat biasa, 6 sharp ".
Fateha's POV
"-- 6 sharp " ujar suara Oin digagang. Aku mengangguk lalu menamatkan panggilan. Pasal Adam? Aku dah lama maafkan Oin. Sebab Adam dengan aku dah getback lima bulan lepas hehe. Salah aku jugak salahkan Oin tak tentu fasal. Padahal Oin nak pujuk and explain kat aku masa tu. Tapi Adam yang tak bagi sebab ego dia yang tinggi tu dulu. Sebelum SPM haritu, Oin tak tahan and explain kat aku segalanya. Rupa-rupanya Adam tu sepupu dia je. Salah aku jugak sebab suka overthinking. Sekarang Adam dah pun tamat sekolah. Sama jugak aku pun. Tapi Adam dah 19.
Eh kemana pulak la aku menyasul ni!
Menyasul? Abaikan.
Walaupun aku dah maafkan Oin, tapi aku tak sepenuhnya menyokong rancangannya dalam merobohkan hubungan Nina dan Affan. Ya, aku kesiankan Nina. Nina tak bersalah. Aku tahu tu. Yang salahnya Oin. Dia kena accept the fact. Bukannya marah dan memusuhi kawan baik sendiri tak tentu hala.
Berita mengenai kemalangan Husnina yang disampaikan Cikgu Fateh begitu mengejutkan aku. Rasa kasihan dan bersalah makin meluap-luap di dalam hati. Tapi bila aku suarakan rasa kasihan tu pada Oin, dia akan marah dan melenting tak tentu pasal.
Sejak berita akan kemalangan Nina tu, aku makin jarang berhubung dengan Oin. Aku rasa benda ni salah. Nina tak patut dikhianati sampai macam ni sekali. Dan disebabkan dendam, keadaan dia seteruk ini sekarang. Dendam, psycho, dah menguasai Oin dan mungkin, tak dapat dikawal lagi.
Jam di dinding terus berdetak ah! Kaki ku juga-- eh. Tu lagu. Jam di dinding menunjukkan pukul 5:32 minit petang. Aku yang baru balik dari dating dengan Adam hanya perlu menyarungkan semula selendangku lalu menyolek mukaku semula memandangkan make up di wajahku dicuci tadi sebelum menunaikan solat Asar.
Usai bersiap, aku menuruni satu persatu anak tangga lalu menyalam tangan ayahku. "Pa, Teha keluar dulu" dengan anggukan papa dan gelengan mama yang melihat perangaiku yang tak reti nak melekat dalam rumah, aku mencium pipi mama sekilas lalu menyarung kasut sukan. Hello, I tak layan okay high heels, wedges bagai ni. Tak selesa.
Enjin kereta yang dihadiahkan papa sempena hari jadiku ke 17 dihidupkan sebelum kenderaan dua tayar ini meluncur laju membelah jalan.
Okay memandangkan tehaadini mintak nak jadi baik. HAHA.
So here it is.
Oh ya sebelum terlupa jemputla baca beberapa cerita kat acc nnurulaain and tehaadini ! Story diorang best best!
Leave me your vote. Not your back button.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...