Affan's POV
3 bulan berlalu. 4/1/2018. Nina gagal menghabiskan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia nya. Kerana sekarang, dia masih belum sedarkan diri.
Kepalanya terlampau kuat terhentak pada bucu tangga eskalator menyebabkan luka nya telah meretakkan tengkorak kepalanya. Ia menyebabkan gegaran otak yang kuat berlaku dan dia tidak sedarkan diri. Mungkin dia akan sedarkan diri bila otak dia dah okay nanti.
Aqram? Kesihatannya makin teruk. Dia sudah menginjak ke stage four. Dia sudah tak bermaya lagi. Terbaring setiap hari. Kulitnya sudah terlampau kuning. Masa pertama kali aku terjumpa ubat dalam beg dia sebab nak ambil calculator extra, Aqram sedaya upaya suruh aku rahsiakan perkara ni dari Nina dan Mak Su. Aku rasa bersalah. Kalau aku tak bagitau awal-awal, semua ni takkan jadi. Kalau aku tak buang Nina dulu, Nina takkan bencikan aku dan, benda ni takkan jadi.
Salah aku.
Semuanya salah aku.
Aku meraup rambutku. Kini, aku berada di ruang menunggu. Nurse tengah bersihkan Nina. Melihatkan keadaan dia yang memang tiada tanda-tanda nak sedar, buatkan rasa bersalahku kian memuncak. Aqram, Harraz dan Mak Su pun tak salahkan aku. Tapi.. aku..
Rasa bersalah.
Semua ni memang salah aku pun.
"Affan?" Affriel menyentuh lembut bahuku. Aku memalingkan wajah ke sisi. Senyuman tawar aku hadiahkan. Dia memang abang yang baik. Sejak semua ni jadi, dia tak pernah cakap nak balik London walaupun aku tau yang dia tak selesa dengan cuaca Malaysia. Walaupun aku tau dia rindukan Affnais dan parents kami di sana. Dia tetap di sini. Menemani aku, menghiburkan aku. Terima kasih, abang.
"Tadi.. aku ada sembang-sembang dengan Mak Su Nina sebelum dia balik rumah". Affriel membuka bicara dan sekaligus memecahkan suasana sepi diantara kami.
Aku kekal senyap. Tak tahu nak kata apa. Affriel menyambung percakapannya yang terbantut. "Aqram.. makin parah. Dan.. sekarang ni.. hati yang betul-betul sihat je dapat selamatkan dia..". Aku mengangguk. Aku tau tu. Aku nak derma, tapi Aqram kata semuanya dah terlambat. Lagipun mungkin jenis darah kami tak sama.
"Jenis darah dia AB-.. sama dengan kita kan?" Soalan Affriel berjaya membuatkan aku memalingkan muka padanya. Kenapa dia tak bagitau dari dulu?.
"Dan doktor cakap.. masih belum terlambat untuk dermakan hati kat pesakit.." Affriel menunduk. Aku bingkas bangun. "Kenapa kau tak cakap dari awal?" Soalku padanya. Dia menggeleng lemah. "Ak..aku baru tau tadi". Aku menunduk. Pantas, aku mengorak langkah ke tingkat tiga, tempat di mana Aqram berada.
Baru melangkah kurang daripada 2 meter, tanganku dipaut kembali. Aku menoleh ke belakang. Affriel menggeleng. Kenapa dia macam taknak bagi aku dermakan hati aku kat Aqram? Jangan cakap yang..
"Aku dah bagitau doktor yang aku setuju nak dermakan hati pada Aqram"
Aku terpempan. Apa semua ni?
"Aku tak nak apa-apa jadi kat kau. Macam mana kalau kau dermakan hati kat dia, lepastu keadaan kau tak macam sekarang? Aku tak nak benda tu berlaku. Lagipun doktor dah check data kesihatan kau dan kau memang tak sesuai pun nak sedehkahkan hati kau kat Aqram sebab... sebab kau takkan kuat lepas pemindahan hati tu dijalankan" terang Affriel panjang lebar. Aku memandangnya dengan pandangan yang bercampur baur. Maksud aku, kenapa dia bersusah payah nak dermakan hatinya pada Aqram sedangkan dia langsung tak mengenali Aqram?
"T..tapi.."
"Dengan cara ni, Nina akan kembali kat kau. Dan adik aku akan bahagia" Affriel memintas. Aku termenung sejenak. Mungkin fikirnya, Nina akan terhutang budi setelah mendapat tahu yang kami telah menjadi penyelamat kepada satu-satunya sepupunya. Jadi, mungkin dia akan layan aku dengan baik.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...