3:"Betul-Betul Lah Bongok"

169 18 1
                                    

Affan melonggarkan tie sekolahnya. Fuh! Penat betul harini. Jam di dinding biliknya dikerling sekilas. 4:45 petang. iPhone 6s nya dikeluarkan dari poket. Kata laluan ditekan, aplikasi Instagram dibuka. Dia bukan mahu bermain Instagram. Husnina Izzati. Itulah nama yang bermain di fikirannya sejak pagi tadi. Butang cari ditekan. 'Husninaizzati' tiada. 'Izzatihusnina' tiada. Affan menggaru kepalanya. Takkan lah takde Instagram kot?.

Affan merengus. Macam mana dia nak tau info pasal perempuan tu kalau dia takda Instagram?!

***

"Semuanya RM2. Terima kasih makcik". Nina menghulurkan pisang goreng yang dibeli makcik itu sementara tangan kirinya mengambil not seringgit dua helai dari tangan pelanggannya.

Ya, dia akan menjual pisang goreng sekiranya ada masa lapang. Awal tahun ni, dia perlu menjual secara kerap. Pertengahan tahun nanti mungkin agak sibuk sedikit disebabkan dia perlu fokus pada peperiksaan SPM. Mulanya pisang goreng ini dijual oleh arwah ibunya namun setelah ibunya meninggal dunia, gerai ini sudah lama tidak beroperasi. Sehinggalah Nina sedikit dewasa dan mampu mengambil alih gerai itu sendiri. Nasib baiklah dia sering membantu emaknya sejak kecil.

Nina, anak yatim yang kehilangan ayahnya sejak lahir. Hidup tanpa ayah, bukanlah sesuatu yang mudah. Namun setiap cabaran berjaya ditempuhi arwah ibunya, Nur Ratna. Namun ketika usia Nina menjangkau 12 tahun, Ibunya meninggal akibat kemalangan bersama abangnya, Hafiez Farhan. Sejak kematian kedua-dua insan yang disayanginya, Nina menjadi terlalu sensitif. Pantang disebut nama kedua orang tua dan satu-satunya adik beradiknya, air matanya pasti mengalir.

Sekarang Nina menetap bersama adik ibunya, Nur Raniah. Mak Su nya mereka tidaklah kaya. Sederhana. Janda pula. Sebab itulah Nina mengambil permohonan biasiswa, tidak betah dia mahu menyusahkan maksunya. Sebab itulah dia kembali membuka kedai pisang goreng ini. Itu saja cara untuk menambahkan perbelanjaan sehari-hari.

"Nina". Bahunya disentuh lembut. Gadis itu berpaling kebelakang. "Mak Su nak kena balik dulu ni. Nak solat Asar. Balik dulu ya". Nina mengukir senyuman manis. Dia hanya mengangguk. Pisang Awak yang dipotong lembut dicelup ke dalam tepung lantas di goreng ke dalam kuali. Mak Su nya berlalu pergi. Jalan kaki. Rumah pun dekat je.

***

Affan memakai topi keledar nya. Lapar. Nak makan nasi tak lalu lah pulak. Dia menunggang motosikalnya keluar dari perkarangan rumah . Masa ni la tak lalu makan pun. Agak-agak kalau ada Nina lalu makan tak hm. Eh. Affan mengetuk-ngetuk topi keledar yang sudah siap tersarung di kepala. Aiseh! Asal Nina plak nih!

Affan membawa motornya melalui Taman Nuri. Kalau makan menda yang rangup-rangup pun sedap ni. KFC ke? Affan menggeleng. Taknak lah. Muak. Kalau tengok Affan geleng kepala sorang-sorang ni dah macam orang gila yang handsome ni. Gila pun gila lah. Asalkan Nina dia punya. Eh dah macam psycho je. Manade -_- .

Puas dicari gerai ditepi jalan. Mana tau ada gerai apam balik yang nipis-ii tu ke. Rangup jugak kan. Kriuk-ii gitu. Dan akhirnya... gerai pisang goreng. 'bunyi macam clishe en bila korang dah tau sape jual pisang goreng tu -_-' Tapi Affan tak tau. Sebab dia antara setiap bahagian khemah kecil tu ada banner yang tertulis 'PISANG GORENG AWAK'. Ah pisang goreng pun boleh.

Motosikalnya diparkir berhampiran gerai kecil itu. Tubuh Affan yang tinggi lampai memaksanya untuk menyelak banner itu supaya pisang goreng boleh dipesan. Lalu Affan menyelak banner itu dannn...

Reader buat muka clishe plis.

Ya, Nina buat muka tutujut (terkejut).

Kasih Seorang Nina (Currently Editing)Where stories live. Discover now