Still in Aqram's POV!
Aku memerhati para manusia yang sedang lalu lalang dan makan dengan gembira. Lagu Pengantin Baru yang didendangkan oleh siapa pun aku tak pasti kedengaran di corong speaker di kiri dan kanan perkarangan rumah itu aku abaikan.
Ya, aku dah keluar dari hospital. Aku pura-pura sihat sepenuhnya. Tak rela aku bermalaman lama-lama kat hospital tu, dah la banyak hantu.
Apa yang aku buat sekarang?
Aku tengah...
Ya, cuci pinggan.
Readers: rajinnya kau Aqram! Ni
yang minat ni hiks.Rajin? Aku rajin?
Ini rajin terpaksa namanya.
**Flashback yuk**
"Aqram? Esok awak dah boleh keluar".
Aku menghembuskan nafas lega. Nina tumpang gembira. Affan hanya tersenyum kecil.
Lepas 24 jam aku makan tido makan tido kat hospital tu, aku pun dibenarkan keluar, sejak itu, hidup kami gembira selama-lamanya
T A M A T
Okey aku tipu.
Lepas dibenarkan keluar, on the way nak balik rumah Affan aku paksa dia singgah 7E. Topup RM10 dibeli, usai menambah nilai, aku meng-on data dan membuka aplikasi WhatsApp. Satu demi satu mesej naik menandakan dataku aktif membuatku gembira. Ting! Aku tak sangka ada orang message aku hoho. Selalunya message group WhatsApp je. Maklumlah loner berjaya. Hiks.
Iqbal Gemuk
Online<Weh, kau free tak esok?
...
Apa? Salah ke aku save dia Iqbal Gemuk? Gemuk tapi chumils k. Korang apa tau.
Aku menaip satu persatu huruf di papan kekunci, cehh baku lebih. Okay okay, its keyboard.
Free je, pahal?<
<Haaa cantek! Act aku nak mintak tolong kau ni.
Pe<
Okay, aku memang suka balas message orang pendek. Ahahahaha.
<Aku nak mintak tolong kau ngan Affan ni, memandangkan kau rapat sangat ngan dia, aku nak ajak kau ngan Affan buat kerja yang dimuliai. Hehe.
Dimuliai eh, hmm
Kerja pe?<
<Canni, lusa kakak aku sanding. So bila dah kenduri kan, ramai orang datang. Bila ramai datang mesti ramai makanan. Bila ramai makanan ramaila pinggan kotornye, so.. masalahnya skang ni aku kekurangan pencuci pinggan. Will both of you be my pencuci pinggan?
Peh, dia punya karangan. Calon-calon BM A ah ni.
Aku memandang Affan yang masih lagi memandu. Nina? Dah pergi Hong Kong kot. Dia memang macamtu. Campak la kat mana pun, dengan sukacitanya dia akan tidur selepas beberapa minit.
"Wei pan"
"Yo"
Dia memandang aku menerusi cermin pandang belakang. Aku menumbuk kecil bahagian bahu seatnya.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...