49: "Who Called The Police?"

71 7 1
                                    

Oin's POV

"So, siapa nak mati dulu?" Soalku kepada mereka berdua. Mereka diam tak bersuara. Hanya memandang sesuatu..

Di belakangku.

"Polis! Letakkan senjata dan angkat tangan anda!" Salah seorang anggota polis yang sudah mengepung kawasan rumah Nina menjerit. Jiran di kiri dan kanan rumah mula keluar untuk melihat apa yang terjadi. Huh, penyibuk.

Aku tersenyum sinis. Polis tak berjaya buat aku takut.

Aku berjalan dengan penuh lagak kearah Nina. Bucu pistol digunakan untuk mendongak dagunya memandangkan aku yang memakai boots ini lebih tinggi daripadanya.

"Who called the police?" Soalku perlahan pada Nina. Dia diam. Meskipun aku mendongak mukanya. Matanya tegak kebawah. Lebih rela melihat pistol aku berbanding muka aku yang cantik ni.

"WHO CALLED THE POLICE?!" Jerkahku. Nina tetap diam. Air matanya laju berlinangan di pipi. Aku masih tersenyum sinis.

" I don't mind if I'll imprisoned. But I do mind if I'm imprisoned before I could kill you". Ujarku berbaur amaran. Nina tetap diam. Tubuhnya menggigil. Mungkin takut apabila aku mengacukan pistol betul-betul dibawah dagunya. Polis masih memerhati. Aku tahu. Mereka takkan berbuat apa-apa jika aku tak melepaskan senjata dan tak melepaskan tembakan.

"So, bahagian mana kau nak aku tembak? Jantung? Usus? Otak? Telinga? Mata? Hati? Paru-paru? Huh, sia-sia la aku belajar menembak kalau aku tak tembak kau" ujarku lagu lalu mendalamkan lagi acuan pistol. Nina merapatkan kedua telapak tangan kanan dan kirinya.

"T..tolong la Oin.. a..aku minta maaf eh?" Ujarnya bersama senyuman tawar.

"Maaf tak cukup, sayang. Nyawa baru cukup" aku bersuara seram. Sengaja mahu menakutkan Nina. Affan berjalan kearah kami.

"Sudah la Ain. Letak pistol tu" ujar Affan bernada tegas. Aku menjelingnya. Bila dia sedar? Dengan kepala berdarah. Ingat bagus acah hero?

"KAU DIAM AFFAN! Jangan sampai aku bunuh kau pulak" aku menjerkahnya. Lalu mataku beralih ke para abam polis. Aww entemnye yang duduk kat kereta tu. Eh! Sempat lagi.

Aku mengangkat tangan kananku 90° kearah Nina. Tau tak 90° paras mana? Separas bahu. Kot HAHAHA. Tapi aku angkat tangan separas bahu la.

Ah lantak.

Pelepas peluru aku tekan sedikit demi sedikit. Tepat ke jantung Nina. Ni kalau aku lepas terus ni mati je dia ni. Nyawa kau kat tangan aku, Husnina Izzati.

Lepas aku tembak nanti, aku akan ke kiri sikit sebab aku tau polis akan tembak bila aku tembak. Jadi, sasaran biasa polis akan tembak ialah, bahu atau betis kanan suspek. Kalau aku kekiri, das tembakan yang akan polis lepaskan terkena kat Nina. Cun, aku tak perlu tembak dia pun.

Sasaran pistolku dialihkan. Betul-betul ditepi bahu Nina. Jadinya, aku tembak pintu. Aku tak tembak dia. Polis yang akan tembak dia. Tapi, aku nak dia mati. Macam mana nak buat polis tembak jantung dia?

Aha, aku tau. Lutut ku tundukkan sedikit. Merendahkan diri. Bahuku kini tepat separas jantung Husnina. Bila aku rendahkan lutut, betis dan peha akan rapat sedikit jadi polis takkan tembak betis aku. Dia akan tembak bahu. Aku akan kekiri sikit and then peluru tu akan zup! Tepat ke jantung Nina. Licik kan?

Apa yang aku patut buat sekarang ialah.. tembak pintu.

Bang! Tembakan dilepaskan kearah pintu. Serentak itu juga aku menunduk. Entah kenapa, aku tak kekiri. Namun, itu cukup menyempurnakan rancanganku.

Tembakan dilepaskan polis sesaat setelah aku menembak. Semuanya berlaku dengan pantas.

Bang!

Macam yang aku jangkakan, tembakan itu tepat kearah..

Jantung Husnina.

Kasih Seorang Nina (Currently Editing)Where stories live. Discover now