Nina's POV
Aku membelai bulu Ray yang lebat. Setelah beberapa hari aku sedarkan diri, aku dibenarkan pulang ke rumah. Namun, perkara itu tak dapat menghadirkan sekelumit kegembiraan padaku. Aku hilang sumber kekuatan untuk terus menelan segala keperitan hidup. Tanpa Aqram, aku tak kuat. Aku tak boleh nak terima semua benda yang terjadi ni.
Ray yang mungkin berada rimas kerana dia jenis kucing yang tidak suka disentuh mengambil kesempatan di atas lamunan aku lalu melarikan diri. Aku hanya membiarkan. Aku yang tadinya mahu bangun dari lantai bilikku dan mahu kedapur jadi terbantut apabila aku terpandangkan bilik Aqram yang berhadapan dengan bilikku.
Aqram tiada di biliknya. Ya, pastinya dia tiada. Dengan rasa sebak yang mendalam, aku membuka pintu biliknya. Lalu mataku meliar ke arah seluruh pelusuk biliknya.
Dan disitulah, segala kenanganku dengannya mula berlegar di ruangan minda.
"Weh Nina! Kau nampak Boboiboy tak? " Aqram yang tadinya sedang asyik memasukkan frieskis basah kedalam bekas makanan kucing di dalam bilik khas mereka keluar lalu memandangku dengan riak risau. Aku mengerut dahi. Boboiboy?
"Boboiboy dalam tv lah! Kau dah kenapa?" Jawabku nyaring. Aqram ni pekak sikit so kita kena cakap dengan dia kuat-kuat.
"Eish! Bukan tu! Boboiboy laaa! Kucing Mak Su!". Ujar Aqram berdecit. Aku yang tadinya hanya mengerutkan dahi memusingkan badanku memandang Aqram. Bila masa pulak ada kucing nama Boboiboy ni?
"Sejak bila la Hafreez oi kita ada kucing nama Boboiboy?! Kau ni makin besar makin pelik je perangai! Entah apa-apa entah!" Ujarku lalu mengangkat Darel dan menyandarkannya pada bahuku.
Aqram menghentak kaki kecil. Dia ni macam budak-budak lah! Pandanganku beralih kepada Romeo yang baru keluar dari bilik Mak Su. Aqram dengan penuh terujanya mengangkat Romeo dan mencium perutnya. "Haaa! Jumpa pun kau Boboiboy!" Aku melopongkan mulut. Si Romeo tu punyalah handsome dia panggil Boboiboy?!
"Ewah ewah! Banyak cantik muka sepupu kau! Sesuka suki suku suko kau je panggil Romeo, Boboiboy!. Kau ingat ni kartun yang kau tengok setiap petang pukul lima tu ke?!" Soalanku mengundang cebikan di mulut Aqram.
"Kau lah bagi nama berbelit sangat! Aku bukan apa! Aku kesian dengan lidah aku ni asyik terbelit je nak sebut nama kucing mat salleh kau ni! Lagipun ni kucing Mak Su kan suka hati choki choki aku lah!" Aqram menjelir lidah. Aku mengembungkan pipi. Geram. Nak je aku tarik lidah dia tu biar tercabut je kan senang!
"Susah kau kata?! Hei Mak Su bela enam ekor kucing je! Bukan enam ratus ekor sampai kau nak berbelit sebut nama satu-satu! Enam ekor kau faham tak?! Ada Darel, Romeo, Rayyan, Zachary, Anastasia dengan Fetrishia je!"
Aqram menjeling. "Girls". Lalu membuat simbol tangan ke bahu mata ke atas lalu mengambil Romeo dan Ray. Kemudian berlalu pergi. Aku mengetap gigi tanda geram.
Aku ketawa kecil. Romeo yang tak henti menggeselkan lehernya pada buku lali ku digendong. "Hahah, Boboiboy ya?" Soalku pada Romeo lalu mengangkat mukanya separas mukaku. Dia hanya merenung mataku. Lalu penglihatannya menerawang kebilik Aqram. Mata hijaunya kemudian terhenti kepada gambar Aqram di salah satu frame kecil yang diletakkan di atas rak buku di ruang laluan antara bilikku dan Aqram. Lama matanya terhenti di situ.
Aku tersenyum tawar lalu membawa Romeo semakin dekat kearah frame itu. Lalu, mukanya kudekatkan pada bingkai gambar tersebut. Perlahan-lahan, tangan Romeo naik menyentuh lembut gambar Aqram. Serentak itu juga, air mataku menitis laju. Romeo rindukan kau, Aqram.
Romeo antara kucing yang paling manja dengan Aqram. Mesti dia sunyi kan bila Aqram tak ada. Air mataku menitis.
Lagi.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...