Aku menghempaskan punggungku di atas katil. Selimut yang berwarna dark grey aku usap lembut. Hm, sesuai dengan katil warna putih ni. Aku membaringkan badanku. Ah! Selesanya!.
Totototototototok!
Okay, aku tau tu Aqram yang ketuk.
"Yuhuu sapa di dalamm uhuk uhuk"
Okay sah, tu Aqram.
Sejak kebelakangan ni dia memang batuk-batuk so abaikan uhuk uhuk tu.
Nak tau kenapa dia batuk?
Dia kata malam sebelum dia mula batuk batuk dia mimpi dia pergi merantau ke NYC yang sedang dihujani salji lebat. Bila dia terjaga dari mimpi dia batuk-batuk sebab tak biasa dengan cuaca Malaysia.
Kononnya.
"Yuhuu tiada siapa di dalam ini katil bercakap"
Aku melayan kerenahnya sambil tergelak kecil.
"Incik katil boleh saya tahu mana Husnina Izzati?"
Aqram masih di sebalik pintu. Sengaja taknak masuk. Aku menukar posisi dari baring kepada duduk menghadap pintu bilik.
"Oh si bidadari itu telah pergi ke syurga!"
Aku menutup mulut. Alamak! Aqram pantang dengan gurauan macamni. Nanti dia akan ingat yang aku akan tinggalkan dia.
"Roar!!"
"Arghh!!"
Aqram meluru kearahku bersama topeng hulk di muka. Mana ntah dia cilok topeng tu. Mesti Affan punya. Aku ketawa terbahak-bahak diselangi batukan Aqram. Mungkin kerana mengaum terlalu kuat. Ketawaku terhenti apabila batukan Aqram kian teruk dan tak berhenti.
"Aqram, kau okay tak??"
Aqram yang masih batuk menunjukkan tiga jari tanda okay. Mukanya merah. Aku panik. Aqram tak okay!.
"Aqram! Aqram!"
Aku memegang lengan Aqram dan mengusap-ngusap belakangnya. Namun batuknya masih tak berhenti malah lebih teruk. Urat-urat di lehernya mula kelihatan. Aku melihat kelibat seorang budak melintasi bilik kami sambil memakai bathrobe dan tuala yang dililit di kepala untuk mengeringkan rambut.
"Adik! Adik!"
Adik yang comel itu menoleh kearahku dan memberikan senyuman manis. "Ya akak ada apa?"
"Panggilkan Affan! Sekarang!"
Adik Affan yang baru tersedar bahawa Aqram masih tidak berhenti batuk terus berlari keluar. Tak sampai 3 minit, Affan datang ke bilikku.
"Kenapa Nina?"
Belum sempat aku menjawab, Affan melihat ke arah Aqram dengan muka yang pucat. iPhone6s nya dikeluarkan dan menekan contact, huruf D dicari dan nama Dr. Faiz ditekan. Sebentar kemudian, Affan keluar dari bilik apabila panggilannya diangkat.
Aku masih mengusap belakang Aqram. Hidungnya yang mengeluarkan darah aku kesat. Aku tak panik sebab hidung Aqram pernah berdarah sebelum ni kat padang sekolah. Dia cakap sebab tak tahan panas. Tapi ni.. panas jugak ke?.
Aqram tipu aku?.
Eh tak mungkin, hidung dia berdarah sebab batuk tak henti-henti kan?
Kenapa batuk tak henti-henti?
Tersedak kot.
Aku dah tak mampu nak kawal emosi. Darah meleleh dari tepi bibir Aqram.
Aqram! Apa dah jadi!.
Air mataku merembes keluar. Mataku dah kabur, tak mampu nak lihat dunia. Tapi aku tahan.
"Aqram kau okay kan!" Aku memeluk bahu Aqram. Tanda takut kehilangan. Aqram masih menunjukkan tiga jarinya. Akhirnya, Aqram berhenti batuk. Darah di hidung dan di mulut dikesatnya.
Dalam keadaan dia yang sedang baring, dia mengusap kepalaku bersama sisa-sisa darahnya ditangan kemudian melekat di dahi aku.
"Aku..okay"
Dan dia sambung batuk semula. Darah tersembur keluar dari mulutnya membasahi tangan bajuku. Tiba-tiba terasa ada tangan yang menarik lenganku. "Nina, Nina keluar dulu eh". Ujar Affan sambil menyorokkan sesuatu di belakangku. Apa tu? Ah! Aku dah takda masa nak fikirkan apa yang Affan sedang sorokkan. Bukan tu je, Affan macam menyorokkan sesuatu yang... aku perlu tahu.
"Kenapa saya kena keluar! Saya nak duduk sini dengan Aqram!" Aku memberontak. Aku tengah panik dengan Aqram ni dia suruh aku keluar pulak!. Yang doktor ni pun mana! Nak kata jam ni bukannya KL!. Affan pantas menarik tanganku keluar meninggalkan Aqram yang masih terbatuk-batuk. Sendirian.
Affan menutup pintu bilik itu. Dan menarik lenganku turun ke bawah. Dia membawa aku ke ruang tamu. Alat kawalan dicapai dan TV dihidupkan. "Ni..nina tengok tv ni du..dulu, Affan tengokkan Aq..Aqram okay? Doktor pun da..dah nak sampai t..tu"
Suara Affan tergagap-gagap bercakap denganku. Aku tahu yang dia tahu kenapa Aqram macamtu! Aku tahu!
"Saya tak peduli! Cepat bagitau apa..." belum sempat aku bertanya apa yang terjadi sebenarnya loceng rumah berbunyi. Affan pantas meninggalkanku dan meluru kearah pintu rumah.
Affan terus menarik Doktor Faiz ke tingkat atas. Aku membontoti mereka. Aqram sudah terbaring tidak sedarkan diri bersama botol kecil yang berisi pil pil berwarna putih dan kuning ditangan. Pil pil tu tak terabur macam dalam drama tv3 tu okay. Author tak de la cliche sangat. Sikitje. Hiks.
Aku hanya mampu mengalirkan air mata. Tak mampu menolong seorang sepupu, insan paling rapat. Aqram.. kau sakit?
Setengah jam menunggu, hanya air mata yang menemani aku. Affan tak bagi aku masuk. Hati aku sakit. Diorang berahsia!.
Klik! Tombol pintu dibuka. Dr. Faiz keluar dari bilik. Aku meluru kedalam bilik. Aku tak mahu berjumpa doktor, tak mahu berjumpa Affan, aku mahu jumpa.. ya, Aqram. Dia dah sedar.
Aku memegang tangannya yang terpalit darah kering. Aku usap. "Aqram.. kau sakit apa?". Aqram memandangku dengan kerutan seribu di dahi.
"A.. apa kau me..merepek ni? Bila masa aku s..sakit? Ka...kan aku dah c..cakap kat kau, ak..aku batuk sebab ta..tak biasa dengan.."
"Tak! Kau tipu aku! Kalau batuk biasa aku boleh terima gurauan kau! Ni batuk sampai keluar darah! Kau dah janji taknak tinggalkan aku tapi kau buat macam ni dekat aku! Apa yang kau cuba nak sorokkan!!"
Aqram terkedu mendengar kata-kataku. Dia memegang dadanya. Dahinya berkerut sedikit menahan kesakitan. Dia cuba bangun. Dia bersila di atas katil sambil tangannya terketar-ketar mengusap tanganku.
"Nina, aku sentiasa okay. Kau tak payah lah risaukan aku. Aku janji, aku takkan tinggalkan kau. Aku.. aku okay Nina, aku okay jangan risau melebih plis. Hug kang ape tak dapat"
Aku memandangnya dengan riak menjengkelkan.
"Sejak bila kau merenyam ni"
Aqram ketawa terbahak-bahak. Aku juga turut ketawa. Ketukan di pintu mengentikan gelak tawa kami. Affan. Aku membalas senyumannya. "Guys, dah pukul 9 ni. Makan malam dah siap! Jom makan?" Affan melangkah kearah kami. iPhone6s nya yang digenggam sejak tadi diletakkan di kepala katil. Aqram bangun sambil memegang dadanya. Perlahan-lahan dia mengikuti langkah Affan ke bawah. Aku mengemaskan lilitan shawl ku. Baru saja mahu turun kebawah,
Ting!
Bunyi notification masuk. Aku hanya mengerling sekilas. Oh message dari 'Tashashayang'. Eh?! Tashashayang?! Tasha sayang lah kan?!
Sayang.
Rupanya, aku bukan siapa siapa.
Aku, hanya mainannya.
Itulah Nina, bak kata tweetpemes:
'Rapat cemana pun jangan terlalu rapat, jangan terlalu percaya, jangan terlalu menaruh harap. Musim pun boleh berubah inikan lagi manusia'.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Nina (Currently Editing)
RomancePerlanggaran tanpa sengaja telah memulakan kisah antara Syed Affan dan Husnina Izzati. Husnina Izzati bt Ibrahim, gadis yang pendiam dan sombong menarik hati Affan supaya mengenal Nina lebih dekat. Perasaan yang asalnya meminati wajah Affan yang kac...