35: "Jaundice?"

67 8 0
                                    

Affan's POV

"Husnina Izzati Ibrahim" aku menyebut nama pujaan hatiku perlahan. Air mata masih berlinang. Aku menunduk. Muka juga masih merah.

"Sedap nama dia" ujar Affina. Aku menatap wajah satu-satunya kakakku. Dia tersenyum kecil.

"So, tell us. From the beginning. If you don't mind" Affriel berbahasa asing. Tahulah dah lama duduk negara orang! Tapi cubala ingat adat resam bahasa nenek moyang kita tu. Aku mula merepek.

"Nina, my schoolmate. Kitorang sama umur. Masa mula-mula Affan jumpa dia. Affan dah dapat rasa dia lain dari yang lain. Tapi, Affan diamkan diri. Affan tahan diri sebab Affan tak percaya yang Affan dah in love dekat dia dengan sekali jumpa je" aku memula bicara. Affina mengangguk kecil mendengarnya.

"Macam mana korang boleh jumpa?" Soalan pertama diajukan Affriel aku mulakan dengan senyuman. Tak pernah, saya tak pernah menyesal jumpa awak Nina. Tak pernah saya menyesal kenal awak. Semua yang saya cakap tujuh bulan lepas, hanya beralaskan ego semata-mata!

"Kitorang terlanggar. Habis buku modul Matematik budak kelas Affan berterabur. Masa mula-mula jumpa, dia sombong sangat. Speaking lagi hahah". Aku tersenyum manis. Andai saya boleh putar balik masa kali pertama saya terserempak dengan awak Nina, saya akan hargai awak sepenuhnya. Takkan sesekali saya kecewakan awak Nina. Takkan sesekali.

Takda guna kau menyesal sekarang Affan. Takda guna.

Aqram's POV

"Uhuk uhuk! Sob sob" aku mula batuk-batuk. Haduh! Masalah besar! Aku dah nak demam! Macam mana niii!

Aku mundar mandir di dalam bilik. Kulit aku sudah mahu bertukar warna. Agak kekuningan. Mampus! Apa aku nak jawab bila Nina atau Mak Su tanya?!

Jaundice. Penyakit yang aku alami sekarang. Jaundice tu apa? Okay la demam kuning. Penyakit ni dah sampai tahap 3 tapi Alhamdulillah, kulit aku tak kuning sepenuhnya lagi. Kulit aku yang asalnya berwarna kuning langsat agak mengaburkan kulit aku yang sebenarnya agak kekuningan akibat penyakit ini. Mata? Kuning sikit-sikit je.

Tok! Tok!

"Aqram? Kau buat apa dekat dalam. Since balik sekolah kau tak keluar. Study eh? Ke merajuk?" Nina bersuara di luar. Risau. Ya, aku tak pernah macam ni.

Aku dah makan ubat untuk elakkan demam! Tapi kenapa aku demam jugak?! Pil-pil yang berada di dalam sebuah botol kecil lutsinar aku campak ke katil! Kau tak membantu! Pil-pil yang bertaburan aku hiraukan. Pertanyaan Nina harus dijawab segera untuk mengelakkan timbulnya syak wasangka!

"Err, aku okay! Haah tengah study subjek seni ni! Aku okay!" Ujarku lantang. Nasib baik aku kunci pintu bilik! Kalau dia main terjah je haa, mampus.

"Seni? Sejak bila kau ambil seni ni Aqram? Kau kelas akaun kan?" Nina bersuara pelik. Macam ada sesuatu yang disembunyikan. Aku menepuk dahi. Apahal boleh tersasul pula ni?!

"Err, ahahahaha. Kau..kau ni lawak la Nina. Kan pelajar yang tak belajar seni pun boleh amik seni. Aku amik la seni lepas aku sedar yang aku ni pandai lukis orang lidi hoho" aku membuat gaya ultraman. Inilah aku. Hafreez Aqram bin Danial. Seorang remaja hensem yang keanak-anakan.

Nina di luar bersuara lagi. "Kalau ya pun buka lah pintu bilik ni dulu!". Aku semakin panik. Ah! Macam mana ni?! Dia tak boleh nampak kulit aku macam ni!"

Aku memegang kepala sambil mundar-mandir dihadapan pintu bilik. Fikir! Fikir! Secara tak sengaja aku terpandangkan sweater ku yang elok tersangkut di dalam almari yang terbuka pintunya. Pantas, aku mencapai sweater itu. Spek mata hitam, mask bercorak mulut dan cap pantas aku ambil dari laci meja solek. Semuanya aku sarung dan pakai dengan pantas. Sepantas The Flash!

Kasih Seorang Nina (Currently Editing)Where stories live. Discover now