Angah memandang Isya disebelah kirinya. Dia melihat sendiri dengan matanya si princess ni membesar. Dari kecil sampailah ke besar dan dah nak kahwin dah pun dia masih lagi melayan dan menjaga Isya seperti budak kecil lagi. Hatinya dipagut sayu. Sedih. Bimbang. Adiknya akan diambil orang pada esok hari. Hmm. Matanya terasa panas.
Along yang berada disebelah kanan Isya hanya merenung langit gelap yang pekat dipenuhi bintang -bintang. Sesekali terdengar dia mengeluh berat. Along risau. Along sedih. Along rasa macam-macam. Rasa berat mahu melepaskan adik kesayangan mereka ke tangan orang lain. Bimbang jika si princess disakiti. Walaupun dia jarang mempunyai masa dengan Isya dek kerana tugasnya sebagai seorang doktor malah juga mempunyai klinik sendiri, dirinya semakin sibuk itu tidak bermakna dia tidak mengambil tahu perihal si princess mereka yang comel ni.
Sungguh lah hati kedua-dua mereka berasa gusar. Berat hati. Punya lah sayangnya mereka kepada si princess.
"Along... Angah... " panggil Isya. Memecahkan kesunyian malam di atas rumput garden kesayangan milik mommy.
Mereka bertiga berkomplot selepas tamat je majlis berinai malam tadi mereka akan membuat "pillow session" alaa pillow talk gitu. Tahu kan? Kalau tak tahu pandai-pandai koranglah tanya pakcik google ke apa. Hehee.
"Hmm? "jawab mereka berdua serentak.
"Lama kita tak macam ni kan. Last kita buat macam ni masa adik balik cuti midterm haritu. Lepastu takde dah kan. Semua dah busy. Along busy ngan klinik. Angah busy ngan office daddy. Adik sorang-sorang je selalu." luah Isya perlahan. Dia menilik jari jemarinya yang berinai.
Haa macam ni lah inai kat jari Isya. Cantik kan? Simple je tapi cantik. Hehee. Sis pun bila nak kahwin nanti nak pakai inai corak macam Isya jugaklah. Hehehee.
Esok dia akan berkahwin dengan seorang jejaka bermata hijau. Tengku Izz Fiqri. Nama itu sudah disematkan di dalam hati. Itu nama bakal suaminya dan dia akan ingat itu sampai bila bila. Akan dia pikat dan goda hati suaminya selepas perkahwinan mereka nanti. Maklumlah, diorang ni nama je dah berkenalan selama 4 tahun lebih di alam maya. Dari lah umur dia 18 smpailah dah habis degree mereka hanya contact melalui media sosial sahaja. Fuhh.. Dan sekarang nak kahwin pula. Huuar takut. Kalau aku pengsan esok macam mana? Hehee kalau aku pengsan Izz kan ada. Boleh buat CPR kat aku🙈. Miahahahaa. Gatal kau eh Isya. Merenyam kau jah. Wakaka...
"Aaah kan. Hmm esok princess along ni nak jadi bini orang dah. Jangan nakal nakal tau. Jangan buat perangai tiga suku adik tu. Pening kepala laki kau kang" pesan along cuba membuat lawak walaupun kelihatan hambar ya. Sebab angah dan Isya tak gelak pun. Huhuu sian along. Lawak tak menjadi ye bang? Hahahaa
"Eeeii along ni jahat tau. Isya tahulah. Isya janji Isya behave. Isya akan jadi matured sikit. Sikitlah tapinya. Hehehee"
"Ciss... Sikit nak buat apa" along meluku kepala Isya perlahan. Tapi macam biasalah. Si budak kecil ni kan drama queen. Punyalah menjerit macam along tu meluku kuat bebenor kepala dia tu. Angah ketawa. Akan dia rindukan suasana macam ni.
"Baby... "panggil angah. Haaa kalau korang nak tahu angah ni panggil si budak kecil ni 'Baby' even sebenarnya memang tak layak pun dapat tittle 'Baby'. Yelah, angah ni sayang gila kat Isya. Sebab tu lah angah masih layan Isya macam lilttle baby princess dia. Hahahaa sebab tu jugak angah smpai sekarang takde makwe sebab semua direject kejam oleh Isya. Hahaha sian kat angah tau. Isya ni memang bercita-cita nak jadikan angah dia ni 'Antertu' (anak teruna tua) agaknya.
"Yes angah?"
"Baby jaga diri ya? Kalau baby ada masalah ngan Izz bagitahu angah. Tahulah angah nak buat perhitungan ngan si Izz nanti sebab buat baby angah sedih. Angah sayang baby sangat tau. Baby janji ngan angah yang baby akan jumpa angah kalau baby ada masalah apa apa. Kalau baby tak cukup duit ke.. Tak cukup makan ke.. Baby inform angah tau. Baby jadi isteri yang solehah tau. Takmo melawan cakap suami. Cakap lembut-lembut dengan suami. Jaga makan minum dia tau. Pikat hati dia kaw kaw. Baby angah kan penggoda yang paling top kalau bab bab menggedik mengade ni. Hahahaa. Angah doakan baby bahagia dunia akhirat. Angah doakan baby punya perkahwinan kekal hingga ke jannah. " ucap angah panjang lebar sambil mengusap rambut Isya. Angah mencium ubun ubun Isya. Setitis air mata nya tumpah. Begitu berat dia nak melepaskan Isya. Tapi apa kan daya. Dia tahu kalau bukan sekarang, nanti Isya tetap kan berkahwin juga.
Isya dah teresak-esak dah dengar ayat sendu angah. Isy angah ni suka tau buat ayat sweet plus sendu ni. Ni yang aku tak boleh ni dengan angah. Asyik terharu je. Dia nak peluk angah dan along tapi tangannya masih berinai. Rosak karang inai dia.
Along juga turut mencium ubun-ubun Isya. Lalu mereka berdua memeluk Isya ketat ketat. Hailah along dengan angah ni. Macam lah si Isya ni bila dah kahwin terus duduk kat oversea je gayanya. Over betul abang-abangnya ni. Tapi aku suka. Hehehe terasa over disayangi. Terasa over dilindungi. Dia yang kecil hanya terperosok kedalam pelukan along angah smbil menjerit-jerit supaya mereka berdua berjaga-jaga akan inai yang sedang dipakainya. Rosak kang buruk jari aku esok.
"We love you lil princess" kata along angah serentak. Lalu mencium pipi Isya sorang kiri dan sorang kanan.
"Adik pun sayang my lovely jubly heroes ni. Sayang sangat. Love you too brothers." Isya tersengih manja. Dia akan rindu abang abangnya ini. Isya janji akan ingat pesan along angah.
#Wahh Isya nak kahwin dah. Hehee tapi tu lah. Along ngan angah ni poyo lah. Saje je buat Isya sendu malam malam berinai. Esok dah lah nak nikah. Kalau mata sembab abislah kena bebel ngan mommy and mak andam. Hahaaa nasib kau lah Isya. Author tak tauuu..
#hope korang suka ngan cerita YMS ni. Kalau suka jangan lupa sudi sudilah tekan butang vote ye. Heheee
#sayang korang ketat ketat sendat padat. Muahhh😘
#Mmm maybe next chapter mungkin ada yang cheezy sikit. Hehehee just wait for the next update awrighh😉
YOU ARE READING
You're Mine! Sweetie (✔)
Любовные романыCOMPLETED✔✔✔ Izz and Isya. Seorang nakal dan seorang lagi pulak manja. Mula mula kenal kat laman maya je. Tapi tanpa pengetahuan Isya, Izz dah lama merisik Isya dan jadikan Isya sebagai tunang tanpa Isya sedar slpas mendapat keizinan daripd mommy...