Bab 13 : Rahsia!

32.3K 443 44
                                    


Harini Izz cakap, kitorang berdua nak pergi satu tempat. Bila aku tanya kat mana dia kata rahsia pula. Haih encik suami. Sukanya awak bagi kejutan kat wife awak yang comel ni ya. Ahakss.

Teringat kembali perbualannya pagi tadi bersama suami mata hijau nya itu.

"Sayang, nanti tengah hari sayang packing baju untuk abang dengan sayang untuk seminggu ya. " kata Izz sambil bermain dengan hujung rambut Isya. Isya tersenyum pada Izz yang sedang meletakkan kepalanya di atas riba Isya.

Isya mengusap lembut rambut Izz lalu menunduk sedikit pada muka Izz. Isya tersenyum nakal. Izz terus menarik leher Isya dari bawah lalu menyambar bibir manis isteri kecilnya.

Muah muahh muahhh...

Ciuman ringan dan ringkas diberikan kepada Isya. Muka Isya merah padam menahan malu.

Isya dah eeii eeii geram pada Izz yang tersenyum sinis memandang Isya. Kening kanan Izz terangkat sebelah sambil membuat muka nakal.

"Ada hati nak usik abang ya? Hahaha padan muka sayang. Kan dah kena kiss" Izz menjelirkan lidahnya. Isya mencebik. Dicubit pipi Izz geram sampai menjerit Izz dibuatnya. Kali ni Isya pula tertawa.

"Alololoo panjangnya muncung husband sayang ni. Boleh sangkut handbag sayang dah ni." Isya mengusik Izz. Izz makin muncung. Dijeling Isya. Izz bangun dari riba Isya. Tangannya memeluk tubuh dan dipalingkan muka dari Isya. Konon merajuk teruk. Eleh ngade je Izz ni.

Isya dah garu kepala. Hehee aku gurau kasar sangat ke apa eh? Haih kau pun satu. Dia tu suami kau tau. Kau cubit pipi dia kuat-kuat bagai nak rak tu apahal. Berdosa tau tak. Kau nak jadi isteri derhaka ke apa Isya oi. Kau minta maaf sekarang.

"Errr.. Abangg " panggil Isya meleret-leret. Dimanja dan dilembutkan lagi suaranya. Bahu Izz dicuit sedikit menggunakan jari telunjuknya. Izz menepis kasar tangan Isya. Isya mencebik sedih. Huarr nak nangis. Abang marah sangat ni. Alaa macam mana nak pujuk ni.

"Abangggg... "

Senyap.

Krik krik krik.. 

"Abangg.. Sayang minta maaf. Abang maafkan lah sayang. Sayang ingat nak gurau je. Tapi terkasar sangat pulak. Isya janji tak buat lagi dah. Tskk.. Tsk... Tskkk.. " Isya memeluk Izz dari belakang apabila Izz mula bangun dari sofa di bilik mereka dengan tangisan kecilnya yang mula kedengaran. Izz tergamam. Terkaku seketika.

Izz mahu merungkaikan pelukan erat si budak kecil ni. Tapi makin kuat pulak budak kecil ni peluk dia.

"Isyaa... "

"Mmmm..? "

"Lepaslah.. "

"Takmo.. "

"Abang kata lepas.."

"Sayang kata takmo.. "

"Abang kata abang merajuk kan.. "

"Sayang kata sayang pujuk kan.. " Isya meniru kata-kata Izz. Izz tersengih. Timbul idea nakal mahu mengenakan budak kecil ni. Sebenarnya dia bukannya merajuk sangat pun. Saje mahu melihat macam mana budak kecil ni nak pujuk dia je. Hahahaa.

"Abang kata abang terkam wife abang ni nanti kalau tak lepas.. "

"Sayang kata sayang terkam abang nanti... Errr... Huuarrr abanggg!! Jahatnyaaaa.. " rengek Isya. Isya menumbuk manja dada Izz dari belakang. Mana tak nya, tiba-tiba pulak dia rasa ayat dia macam pelik sangat. Nasib dia sempat stop kan ayat dia. Fuhh..

Izz tergelak. Dia pusing menghadap budak kecil di belakangnya ini. Alahai bini kecilku. Izz mengusap rambut panjang Isya. Izz menarik Isya kedalam pelukannya.

You're Mine! Sweetie (✔)Where stories live. Discover now