Bab 23 : Shopping

32.3K 507 56
                                    

Pagi-pagi lagi Izz dan Isya sudah menyerbu Tesco. Nak beli bahan-bahan masakan untuk dijamu para tetamu tengah hari nanti.

Tangan Isya sekejap pun Izz tidak lepaskan. Nak ambil troli pun diheret juga Isya bersama. Nak ambil barang-barang semua dia guna satu tangan dia. Satu lagi tangan Isya. Isya tanya juga pada Izz.

"Abang.. Kenapa pimpin je sayang ni? Sayang boleh jalan sendiri lah abang" tanya Isya. Dia mengangkat tangan dia yang digenggam erat oleh Izz ke hadapan muka Izz. Izz tersengih.

"Takut sayang hilang.. "

"Ya Allah.. Nak hilang kemana nya cik abang sayang oi." macam-macam je suami dia ni. Macam lah tesco ni besar sangat sampai dia boleh hilang.

Plus, dia bukan budak kecil lagi. Nanti pandai lah dia nak call Izz ke apa kalau hilang dari Izz. Suaminya ini datang caringnya memang takleh nak kata apa.

"Hilang dalam hati abanglah.. " pappp! Merah muka Isya. Alahai encik suami. Suka sangat cuit hati dia dengan sweettalker dia tu. Terus dia menunduk. Malu nak pandang Izz yang mula membuat muka nakal mahu mengusik dia lagi.

"Waaa.. blushingnya muka sayang. " Izz teruja. Diusap-usap pipi pau gebu lembut milik Isya. Apa lagi, makin merahlah muka budak kecik tu bila ditegur. Izz ketawa. Suka tengok budak kecil ni punya muka bila malu.

"Jom lah abang takyahlah nak sweet lagi. Nanti lambat beli barang, lambat kita masak, lambat jugaklah geng abang tu nak makan nanti." haaa tu dia. Isya dah mula nak masuk mood serius dia.

Nervous nak masak untuk kawan-kawan baik suaminya ini. Nasiblah semalam Izz dah pesan kat dia yang kawan-kawan baik suaminya itu mahu datang melawat.

"Alololoo seriousnya princess abang ni. Awrigh awrigh.. Jom sayang. " tangan Isya digenggam semula. Isya hanya mengikut.

Mereka pun membeli-belah sampai penuh troli mereka. Haih lah Izz.. Beli barang macam nak jemput satu taman perumahan diorang je. Lama jugalah mereka membeli belah. Nak dekat 3 jam. Mana tak nya, dah setiap kali nak beli barang itu ini boleh pulak mereka berdua gaduh-gaduh manja, kejar sana kejar sini. Sebabnya si Izz yang main ambil barang ikut suka hati dia je. Manakala Isya hanya mahu beli ikut menu yang akan dimasak sahaja nanti. Barang yang diperlukan je. Sebab takdelah membazir duit suaminya nanti.

"Abang, buat apa nak beli Maggi ni? Tak elok lah untuk kesihatan. Letak lah balik. " Isya mengambil maggi tersebut kemudian mahu dipulangkan semula ke tempat nya tetapi ditahan oleh Izz.

"Alaaa abang teringin lah sayang. Lama dah tak makan maggi ni. " perutnya diusap-usap sambil membuat muka kesian pada Isya. Elehh nak tarik simpati lah tu. Hahahaa

"Okay, kalau ya pun teringin yang abang beli sampai 4 bungkus ni kenapa pulak? Ambil satu je lah abang. Sayang bukan makan pun maggi ni. " biar betul suami aku ni. Nak beli sampai 4 bungkus. Siapa nak makan nanti? Dia mana pernah makan maggi ni. Mommy daddy tak bagi.

"Ermm ikot sayanglah. Asalkan jangan letak balik semua. " pasrah aje Izz. Mengalah dengan isteri. Yelah, siapa tak sayang bini oi. Mengalah je lah.

Tu baru bab Maggi. Belum lagi bab ais krim. Lagi pening. Sebab kali ni dua-dua nak menang. Hahaha.

"Abang, sayang nak ais krim coklat ni. " Isya menayangkan coklat ais krim ditangannya itu.

You're Mine! Sweetie (✔)Where stories live. Discover now