Hai korang. Suprise!!!
Huhuuu suka tak sis update awal😏 mesti semua tak sabar nak tgok Izz pujuk Isya guna cara pakcik google en🤔
Haaa jom kita tengok sama sama si Izz tu berjaya ke tak sebenarnya.
*******************
Pagi-pagi lagi Izz sudah bersiap mahu keluar. Misinya untuk memujuk isteri tercinta menggunakan cara pakcik google akan dilaksanakan hari ini juga. Dia sudah tidak tahan menanggung rindu. Isterinya baru tidak bercakap, Bermanja dengannya sehari pun dia sudah naik gila.
Izz memandang Isya yang masih berselubung di atas katil. Izz mendekati Isya.
"Sayanggg.. " panggil Izz lembut. Ditepuk perlahan bahu Isya. Isya cuma em je pada Izz.
"Abang keluar sekejap ya? "
"Mmm.. " Isya mengganggukkan kepala. Dia masih mahu merajuk.
"Baby jaga diri ya? Abang pergi sekejap ja. Nanti abang balik cepat-cepat ya. I love you, baby girl. I miss you. Muahh.." dahi Isya dikucup manja. Isya hanya mendiamkan diri.
Izz pun keluar membeli belah di tesco keseorangan. Tengah sibuk Izz memilih coklat tiba-tiba lengan kanannya dipeluk seseorang. Izz cepat-cepat memandang ke kanan. Guess who?! Of course lah si Zara Gediks tu!
"Isy.. Tepi lah Zara! " Izz menepis tangan Zara yang memeluk lengannya. Mukanya dimasamkan. Menyampah betul lah aku dengan minah sotong ni. Tak faham bahasa betul.
"Abang Izz buat apa kat sini? " tanya Zara gedik. Dia menyendeng-nyendeng badannya pada Izz sehingga Izz dapat merasakan kepejalan boobs si Zara tu.
"Jangan sibuk hal aku lah. Aku busy ni. " Izz cepat-cepat berlalu. Namun Zara tetap mengekor kemana sahaja Izz pergi.
"Abanggg Izz.."panggil Zara meleret-leret . Ketika itu mereka berada di tempat yang agak terlindung. Izz memandang dan..
Cupppp!
Bibir Izz dicium oleh Zara. Izz cepat-cepat menolak Zara. Zara merengek apabila ditolak oleh Izz. Sungguh dia tak tahan. Apabila berdekatan dengan Izz je dia terasa mahu dan mahu lagi merasa bibir manis lembut milik Izz itu.
"Kau ni apahal betina?! Kau faham tak aku ni suami orang? Kau kalau dah sangap sangat kau pergi club sana. Berlambak jantan jantan tu nak layan nafsu setan kau tu! " marah Izz. Hampir-hampir dia mahu menampar wajah Zara.
"Alaaaa.. Zara cuma nak abang Izz sorang je. " rengek Zara. Dia kembali memeluk lengan Izz.
"Eeei kau ni kang. Cuba lah faham sikit. Aku ni S-U-A-M-I orang. SUAMI. HUSBAND. Kau pergi cari orang lain lah. Kau tu aku anggap sepupu aku je. Tak lebih dari tu. " marah Izz tertahan-tahan. Kesabarannya mulai menipis apabila Zara tu masih tidak faham bahasa. Jangan sampai tangan aku ni naik ke muka dia ni.
"Abang Izz kahwinlah 2. Zara sanggup jadi isteri nombor dua abang." Zara memegang pipi Izz.
Izz memejamkan mata. Haih lah minah ni. Aku geram betul!
Izz terus menepis tangan Isya. Kesabarannya makin menipis.
Pang!
Pipi Kanan Zara dilempang oleh Izz. Nampaknya kesabaran Izz sudah melebihi had nya.
"You are too much, Zara! Sampai bila-bila pun aku takkan curang dengan isteri aku. Dan aku takkan sesekali madukan Isya. Lebih-lebih lagi dengan perempuan murah macam kau! " jari telunjuk Izz terus naik ke muka Zara. Merah padam muka Izz akibat terlalu marah. Izz terus berlalu meninggalkan Zara yang terkulat-kulat mendengar ayat pedas dari Izz.
YOU ARE READING
You're Mine! Sweetie (✔)
RomanceCOMPLETED✔✔✔ Izz and Isya. Seorang nakal dan seorang lagi pulak manja. Mula mula kenal kat laman maya je. Tapi tanpa pengetahuan Isya, Izz dah lama merisik Isya dan jadikan Isya sebagai tunang tanpa Isya sedar slpas mendapat keizinan daripd mommy...