Bab 28 : Labour Room

24.5K 499 48
                                    

Korang sorry sangat tak update. Sis penat gilaaa. Duk dalam kete dekat 5 jam lebih. Pinggang rasa nak patah je.

*****************

Izz menggenggam tangan Isya. Berkali-kali kalimah suci Allah dan selawat diulang-ulang oleh Izz di tepi telinga Isya. Dalam hatinya berdoa agar urusan Isya untuk melahirkan bakal cahaya mata mereka dipermudahkan tanpa ada sebarang komplikasi terhadap Isya.

Teringat waktu perjalanan ke hospital malam tadi. Punya lah dia tergopoh-gapah. Mana tak nya, sebenarnya malam tadi dia ada buat kenduri kesyukuran dan doa selamat di rumah mereka. Yelah, Isya tinggal menunggu hari je nak bersalin. So, Izz harap dengan buat kenduri tersebut keberkatan doa doa dari orang-orang disekeliling mereka yang mendoakan Isya agar dipermudahkan urusan semasa bersalin nanti. Dia nak buat masa awal kehamilan haritu, tapi Isya tak mahu. Katanya nanti tunggu perut dah besar, baby dah nak keluar baru buat. Izz membantah juga. Tapi Isya bila dah sampai degil dia, dengan Izz pun dia buat je perangai degil tu.

Semasa di rumah tadi, Isya nampak relaks je. Dia yang kalut. Sebabnya air ketuban Isya dah pecah dulu semasa duduk bersembang di meja makan. Pucat tak berdarah muka Izz apabila diberitahu oleh along bahawa Isya dah nak bersalin. Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumah.

Sementara itu didalam rumah pun sudah kelam-kabut. But, si mommy to be tu masih relaks je makan kek coklat moist. Apa tak sakit ke budak kecil ni???

"Ya Allah, Isyaaa.. Air ketuban kamu dah pecah ni nak" Mama bersuara setelah kakinya terpijak air di lantai dekat bawah meja makan. Mulanya dia ingatkan air kosong, sekali matanya terpandang jubah biru muda Isya sudah basah. Apa lagi, terus gelabah dia dan besannya menyuruh Along yang kebetulan baru keluar dari toilet memanggil Izz di luar.

"Ehh yeke ma? Isya tak rasa apa apa pon. Hehehehe" sempat lagi Isya menyengih. Kek tersebut masih lagi disuap masuk ke dalam mulut. Tiba-tiba sudu terlepas dari tangannya. Dahi Isya berkerut.

"Huuarr abangggg!!! " jerit Isya sekuat hati. Tangannya memegang perutnya. Aduhh sakit lah pulak. Tu lah tadi cakap besar sangat kan.

"Ya sayangg sabarr sabarrr.. " Izz terus berlari mendapatkan Isya. Dia mencempung Isya. Lalu kehulu kehilir mencari sesuatu. Sesekali disuruh Isya sabar dan bertenang. Dicium kepala Isya yang mula berpeluh itu.

"Kau cari apa ni Izz? Si Isya ni dah sakit. Pergilah hospital cepat. " arah Along pada Izz. Along turut risau melihat Isya yang dah menangis sebab sakit. Geram pula dia melihat Izz duk terhegeh-hegeh entah cari apa entah budak ni.

"Errr kunci? Kunci kereta aku mana long? " Izz dah rasa pening-pening. Gabra gila. Lagi pulak dengar si budak kecil ni dah duk teriak abang, abang sakit sangat! Abang! dari tadi.

"Haa jumpa pun.. Takpe long jumpa dah. Pergi dulu. " kunci di dalam bekas kunci diambil. Sampai di kereta Izz meletakkan Isya di tempat duduk sebelah nya.  Dia berlari ke tempat pemandu. Dicucuk kunci ke dalam tempat kunci tapi kenapa tak masuk masuk ni?

"Abanggg! Cepatttt! Baby nak keluarrrrr. Aaarghhhh... " tangan Isya mencengkam bahu serta lengan Izz.

"Ya Allah, sabar sayang. Tenang ya. Tarik nafas dulu dalam dalam pastu hembus. Sayang cool ya. Cuba cool macam abang ni. Sayang sabar yaaa" Sambil bercakap tu tangannya menggigil sambil mencuba masukkan kunci. Emm tenang, cool lah sangat ya Izz. Adoyai Izz...

"Izzz!!!" panggil angah yang muncul di sebelahnya dengan kunci di tangan.

"Ngahh.. Kereta aku rosak lah. Kunci taknak masok. Pinjam kereta kau. Cepatt weh, bini aku nak bersalin dah tu" Izz menggoyang-goyangkan tangan Angah. Serentak angah menyekeh kepala Izz.

You're Mine! Sweetie (✔)Where stories live. Discover now