Isya merenung Izz tajam bagaikan mahu menerkam mangsanya. Izz tersengih-sengih memandang sambil mengikat tali lehernya di hadapan Isya. Harini dia terpaksa masuk firma nya sebab ada meeting penting. Dia tak dapat nak elak walaupun cutinya masih berbaki 3 hari lagi.
Sejak pagi tadi apabila dia memberitahu Isya perihal dia ada meeting tengah hari nanti terus muncung berdepa-depa bibir si mommy to be itu.
Disuruh makan sarapan tak mahu. Hendak disuap guna tangan tak mahu. Disuap guna sudu juga tak mahu. Nak tahu apa yang budak kecil ni mahu? Suap guna mulut. Nak makan apa yang dia makan. Nak share makanan guna mulut. Alahai mommy to be dah mula dah buat perangai dia. Nasib baik sayang. Dilayan sahaja kerenah isterinya. Yelah, nanti tak buat Isya merajuk. Mood Isya sejak preggy ni asik swing je. Sebab tu dia nak jaga baik baik emosi Isya. Taknak bagi Isya rasa terganggu.
"Abang.. " panggil Isya. Dia menarik hujung jari Izz. Bibirnya dicebik.
"Ya sayang? " Izz mengusap lembut ubun-ubun Isya. Izz duduk di sebelah Isya di atas katil.
"Kena ke pergi? "
"I have too sayang... Meeting tu penting" Izz cuba berdiplomasi dengan Isya.
"Sayang dengan meeting tu mana lagi penting? " tanya Isya. Kepalanya dilentokkan di dada Izz. Tangannya pula bermain dengan tali leher Izz.
Izz menelan liur. Ni kalau salah jawab ni mesti kena jerut leher aku. Budak kecil ni sejak preggy tak boleh dijangka perlakuannya.
"Of course lah baby girl abang ni lagi penting. You are my wife, right? " Izz beri jawapan selamat. Hahaha bukan takut bini ya, just nak jaga hati bini je okay.
"Then, why abang kena attend meeting tu kalau sayang lagi penting? " tanya Isya lagi sekali.
Gulp!
Apa nak jawab ni?
"Sayang, abang kalau boleh memang taknak pun pergi meeting tu. Abang lagi suka layan sayang kat rumah tau. But, I have too. Sayang faham kan? " Izz cuba memujuk.
"Okay.. " Isya terus bangun dan keluar dari bilik.
Izz menggarukan kepala.
Tu jawapan rela dalam terpaksa ke jawapan orang merajuk ke jawapan nak lancarkan perang ni??
Izz turut bangun mengikuti langkah Isya.
Isya berlalu pergi ke dapur. Dibuka peti ais lalu mengambil bekas aiskrim vanilla yang menjadi kesukaannya sekarang. Sudu juga diambil. Kemudian, Isya duduk bersila dengan bekas aiskrim di tangan di atas sofa ruang tamu rumah mereka. Senyap sahaja perilakunya.
Izz memandang Isya yang sedang enak mencucuk sudu dengan kasar pada aiskrim tersebut bagaikan membayangkan dirinya adalah aiskrim kemudian disumbat ke dalam mulut lalu dikunyah-kunyah geram. Sah! Sah bini dia ni tengah marah dan merajuk.
"Sayang..." Isya didekati. Izz memegang lembut tangan Isya yang semakin laju menyuap aiskrim ke dalam mulut.
"Orang nak makanlah. Pergilah meeting sana. " rajuk Isya. Ditolak tangan Izz kemudian sambung makan tetapi ditundukkan sahaja mukanya.
"Babyyy... Takmolah macam ni. Abang minta maaf. Abang tak pergi meeting tu ya? " pujuk Izz lembut. Dagu Isya ditarik lembut.
Air mata Isya meleleh turun membasahi pipi. Bulat-bulat air mata Isya jatuh. Alahai mommy to be ni. Kenapalah manja sangat ni. Tak boleh langsung nak berenggang dengan Izz.
Izz mendekatkan mukanya. Bibir Isya dicium perlahan. Lembut memujuk baby girl dia ni.
"Abang.. "
YOU ARE READING
You're Mine! Sweetie (✔)
RomanceCOMPLETED✔✔✔ Izz and Isya. Seorang nakal dan seorang lagi pulak manja. Mula mula kenal kat laman maya je. Tapi tanpa pengetahuan Isya, Izz dah lama merisik Isya dan jadikan Isya sebagai tunang tanpa Isya sedar slpas mendapat keizinan daripd mommy...