Hahahaha sis sebenarnya terhibur dengan readers yang naik angin dengan si Zara ni. Zara baru muncul korang dah meluat dengan dia. Hahaha kesian dia tau.Menangis dia jumpa sis minta sis matikan watak dia. Tapi sis buat tak layan je dia. Mana best kalau awal sangat nak matikan watak Zara ni. Hahaa
For Zara, author akan jadikan awak lebih famous lepas ni tau jangan sedih-sedih dah awrigh 😉 Sebab??? Haaa kena lah baca part ni.😚
******************
Awal-awal pagi lagi Zara dah menempel di rumah Wan Sarimah. Pakaiannya pula macam biasalah ketat ikot badan tanpa bra. Baju tshirt putih ketat. Seluar trek paras peha berwarna pink juga ketat di bahagian punggungnya. Rambut pula dibiar melepasi bahu.
"Wan.. Harini breakfast nak masak apa? " tanya Zara mengada-ngada. Wan Sarimah menjeling. Sibuk je tanya. Kalau aku cakap pun bukannya kau reti nak masak.
"Wan nak masak Nasi Lemak Sambal Sotong. Hang reti ke nak masak duk tanya tanya kat wan pula. Kalau tak reti baik hang pi balik teman mok hang kat umah tu, gi belajar masak sana. Takyah duk menempel kat umah wan ni. Macamlah wan tak tahu niat kamu tu. " haaa amek kau! Pedas sungguh ayat Wan Sarimah. Fuh naik cair tahi telinga Zara yang mendengar.
"Alaaa wan ni. Takpelah Zara nak belajar masak ngan wan. Ni kan lauk favourite abang Izz. Nanti bila Zara dah kahwin ngan abang Izz, Zara boleh lah masak untuk abang Izz. Hehehe" Zara mula memasang angan-angan mat jenin nya untuk hidup bersama pujaan hati yang memang takkan dapat digapai oleh tangannya sampai bila-bila.
Wan Sarimah yang sedang mengambil sudip untuk mengacau sambal sotong laju sahaja diketuk di atas kepala Zara tak jadi dia nak kacau sambal itu. Geram pula hati tua nya mendengar angan-angan si Zara ni. Tak sedar diri betul.
"Hang pi balik kalau hang nak duk merapu kat sini macam orang meroyan." bebel Wan Sarimah. Dia kesana kesini laju sahaja langkahnya menyiapkan hidangan sarapan pagi. Nak harapkan Zara? Hm hanguslah sambal sotong dia. Nasi pon sama ada jadi bubur atau keras serupa beras lagi.
Isya dan Izz yang baru bangun turun ke dapur. Niat asal mahu membantu wan. Isya rasa bersalah sebab tak tolong wan. Tapi bila masuk je ke ruangan dapur dijamu pula dengan seorang yang dia tak suka.
Siapa lagi kalau bukan Zara!
Sudahlah baru kali pertama jumpa, dia sudah tidak menyenangi sepupu suaminya itu. Mana taknya sudah terang lagi bersuluh Zara tu mahu menggoda suaminya.
Dilihat pakaian Zara dan pakaian yang dipakainya ketika ini. Jauh beza.
Zara kelihatan seksi benar. Manakala dia pula nampak budak hingusan sangat. Dia menilik bajunya dalam diam.
Dia hanya memakai baju pyjama warna biru corak biri-biri. Nak dibandingkan dengan Zara yang sudah mandi dan haruman dirinya yang wangi harum semerbak nak dibandingkan dengan dia yang belum mandi ermm memang jauh sangat beza.
Hai lah Isya Isya...nanti lepas kau mandi kau pakai lah lawa-lawa. Wangi-wangi. Pakai comel comel biar encik suami kat sebelah tu pandang kau je. Isya memandang Izz dari tepi. Dilihat suaminya itu langsung tidak memandang Zara yang sedang merenung mereka berdua bagaikan mahu menelan mereka hidup-hidup.
"Wan.. Masak apa tu? " Izz menarik bahu Zara mendekati Wan Sarimah. Zara yang memandang mereka berdua langsung tidak diendahkan.
"Eh dah bangun dah cucu kesayangan wan ni. Harini wan masak lauk favourite hang. Nasi lemak sambal sotong. " Wan Sarimah tersenyum apabila melihat wajah Izz yang bersinar-sinar mendengar menu breakfast pagi ni. Eleh lapar lah tu. Malam tadi kemain dia dengan si Isya tu sampai takleh tidur aku dibuatnya. Hai lah cucu bertuah betul!
YOU ARE READING
You're Mine! Sweetie (✔)
RomanceCOMPLETED✔✔✔ Izz and Isya. Seorang nakal dan seorang lagi pulak manja. Mula mula kenal kat laman maya je. Tapi tanpa pengetahuan Isya, Izz dah lama merisik Isya dan jadikan Isya sebagai tunang tanpa Isya sedar slpas mendapat keizinan daripd mommy...