Bab 25 : Demam

25.8K 483 75
                                    

Sudah dua hari, Isya tidak mahu makan. Makan pun sikit sahaja. Lepas itu dimuntahkan semula. Muka Isya yang dulunya tembam kini semakin susut. Izz risau. Dia mengambil cuti seminggu untuk menjaga Isya.

Izz melihat Isya yang berbungkus dengan selimut di atas katil. Sayu hati dia. Kesian bini kecil nya.

"Sayang.. " panggil Izz lembut. Bahu Isya digoyangkan perlahan-lahan. Isya membuka matanya sedikit.

"Abang.. "

"Ya sayang.. "

"Rinduuuu.. "rengek Isya. Isya memeluk pinggang Izz yang turut baring disebelahnya. Kepalanya digesel-geselkan pada dada Izz.

"Aloloo.. Rindu abang? " rambut Isya diusap manja. Panasnya badan isterinya ini. Diajak pergi klinik tak mahu. Menangis bagai nak rak tak mahu jumpa doktor. Sampai hilang suara menangis. Akhirnya dia pun mengalah. Tak sanggup tengok budak kecil tu menangis.

"Ermmm.. " Isya menderam manja di dada Izz. Leher Izz dicium-cium, dijilat-jilat dan digigit-gigit manja. Izz hanya membiarkan. Walaupun dia tergoda dengan perbuatan Isya, tapi dia taknak buat tu sebab Isya sakit.

"Sayang.. " Izz memandang wajah Isya. Redup pandangan Izz menikam pandangan mata lembut Isya.

"Ya abang.. "

"I love you baby.. " bisik Izz lalu mencium bibir Isya. Lama. Rindu pada si kecil ni.

"I love you more husband " balas Isya. Kali ni seluruh muka Izz digomol Isya. Entah kenapa entah dia rasa rindu sangat pada Izz padahal Izz ada je dekat dengan dia.

Izz hanya merelakan. Membiarkan dirinya digomol oleh si isteri yang tiba-tiba terlebih manja pulak harini.

"Sayang.. Jom turun. Abang dah siapkan bubur ayam kesukaan sayang. " ajak Izz. Tangannya menepuk punggung isterinya yang berada di atas badannya.

"Nak dukunggg... "

"Alalaa manjanya wife abang ni.. "

"Manja dengan abang seorang je tak apa lah.. Ermmm rinduuu rinduuu... " rengek Isya lalu memeluk leher Izz. Izz bangun perlahan-lahan. Disokong badan budak kecil tu dengan memegang punggung Isterinya. 

Tiba-tiba Izz terasa macam makin berat pula. Isya pun tidak lagi merengek-rengek sudah diam tidak terkutik di atas pelukannya. Izz risau. Cepat-cepat dia bawa Isya semula ke dalam bilik. Mahu menukarkan pakaian Isya. Lepastu mahu bawa ke klinik. Kalut sungguh Izz. Risau sangat. Tak pernah-pernah Isya jatuh sakit macam ni sejak berumah tangga dengan dia.

++++++++++

Sejak pulang dari klinik lagi Izz tidak henti-henti tersenyum. Ya Allah, akhirnya penantian dia dan isteri dimakbulkan oleh Allah..

Tangan Isya tidak dilepaskan dari tadi. Dicium berkali kali tangan Isya. Isya tersenyum. Alhamdulillah.

"Huuarr sayanggg! Im gonna be a daddyyyyy.." Izz menjerit teruja didalam kereta lalu ketawa bahagia. Isya tergelak.

"Lepas ni sayang takmo buat kerja rumah semua. Biar abang yang tolong buatkan untuk sayang. Abang nak jaga sayang dengan baby baik baik. Abang sayang dua-dua baby abg ni. " janji Izz pada Isya. Isya tersengih lalu menggangguk.

"Okay abang.. Tapi kalau apa-apa abang minta je tolong. Sayang kuat lagi lah. "

"Aippp..no. Kan doktor dah pesan tadi sayang takleh buat kerja. Bahaya untuk sayang dan baby. "

"Kerja yang berat berat je tak boleh. Lain boleh kan.. "

"No.. Takleh baby. Abang nak sayang rehat je. Abang boleh buatkan semuanya untuk sayang. "

"Nanti abang penat. Abang kan kerja. Nak kemas umah lagi. Jaga sayang lagi. Sian abang. "

"Untuk sayang, semuanya abang boleh buat. Abang sayangkan princess abang ni. Sayang dah mengandungkan baby kita pun abang bersyukur sangat sangat. I love you so much baby.. " Izz menggenggam tangan Isya.

"I love you too abang sayang.."

Sampai je di rumah, Izz cepat-cepat membuka pintu kereta lalu berlari ke tempat duduk Isya. Dibukakan pintu untuk Isya lalu mencempung Isya.

"Eh abang?! Sayang boleh jalanlah.. "

"Hehehee, biarlah. Abang nak jaga sayang abang ni baik-baik. Abang nak sayang sangat-sangat. Abang taknak sayang sakit. " Izz terus masuk ke dalam rumah. Diletakkan Isya di sofa ruang tamu rumah mereka.

Izz kemudian baring di atas riba Isya. Mukanya menghadap perut Isya yang masih leper itu. Ditekupkan muka pada perut Isya. Isya menjerit geli.

"Abang.. sayang gelilah"

"Alolooo sorry sorry. Abang cuma nak kiss je baby kita. " Izz tersengih. Isya mengusap rambut Izz. Dilihat telatah Izz yang bercakap dengan baby mereka.

"Assalamualaikum anak daddy. Anak daddy sihat kat dalam? Daddy sihat kat sini. Cuma mommy je masih demam. Anak daddy takmo nakal nakal ya kat dalam tu. Sian mommy nanti. " Izz bercakap dengan baby. Walaupun kandungan Isya baru berusia 2 bulan, tetapi Izz tidak sabar mahu menunggu kelahiran bukti cinta mereka. Alhamdulillah penantian yang hampir setahun mereka bernikah akhirnya termakbul jua.

Isya tersenyum memandang Izz yang memejamkan mata sambil bercakap cakap dengan baby mereka.

'Anak mommy, daddy dengan mommy tak sabar sangat nak tunggu baby keluar. Baby jaga diri baik baik dalam perut mommy ya. Sayang baby sangat sangat.'


****************

Alhamdulillah yeayy! Isya dah preggy. Izz suka sangat Isya pregnant. Dia tak sabar nak tengok budak kecil tu bawak perut besar besar jalan depan dia hari hari. Awhhh mesti comel sangat bini dia nanti.

Sorry gais, sis lambat update.

Sis sbnrnya pun tgah mood happy ni sbb sis dapat jumpa 'Izz' in real life. Hahahaha. For 3 years, sis bercinta dgn dia tak pernah langsung jumpa then last week dia dtg umah sis jumpa parent sis sbb nk dating dengan sis. Huuarr i can't believe it! He so sweettttt! Caring like Izz. Romantic like Izz. Auchhhh i found my prince. Amomooo.. Hahahahahhaa. Doakan sis dengan dia tau.

Sayang korang sangat. Muahhh 💕😘 terima kasih sbb sudi menunggu. Huhuhu




You're Mine! Sweetie (✔)Where stories live. Discover now