Bibir Isya tercebik-cebik sambil mengemas pakaian Izz. Baru sekejap tadi Izz mendapat panggilan dari PA dia. Katanya ada seminar kat London selama 3 hari 2 malam. Huuar tak bestnya duk sorang-sorang kat rumah. Selama sebulan lebih dia hidup berdua dengan Izz. Pergi kemana-mana pun dengan Izz. Huuar nanti rindu!"Sayangg.. Dah siap kemas belum?"
Tanya Izz. Dia baru je siap mandi. Kejap lagi flight dia sebab tu dia terkejar-kejar masa sekarang ni."Mmmm.. " Isya mengangguk perlahan. Air mata yang mula bertakung di tubir mata ditahan sebaik mungkin. Ditundukkan kepalanya dari melihat Izz yang kelam kabut bersiap.
"Sayang, sini kejap kat abang.. " panggil Izz di hadapan cermin. Ditangannya ada tali leher. Nak suruh Isya pakaikan. Nak tengok budak kecil ni pandai ke tak ikat tali leher.
Isya bangun dari tepi katil lalu pergi ke arah Izz yang tersenyum segak di hadapan cermin memerhatikan dirinya. Isya menunduk.
Erm abang belum pergi lagi, sayang dah mula rindu tau!
"Pakaikan abang tie ni boleh? "
Isya mengangguk cuma. Laju tangannya mengambil lalu mengikat tali leher tersebut pada Izz. Izz menundukkan sedikit badannya. Maklumlah bini dia ni tak cukup ketinggian. Hehehe.
"Sayang..."panggil Izz. Anak matanya menikam anak mata coklat hazel milik Isya yang makin bergenang air mata. Tangan Izz naik mengusap pipi Isya.
"Kenapa senyap je? Abang rindu nak dengar suara manja sayang abang ni. Kejap lagi abang nak pergi dah nanti kempunan abg nak dengar suara sayang abang ni tau. " lembut Izz bertanya. Rambut Isya dibelai-belai lembut.
"Abang takyahlah pergi. Sayang rindu abang nanti macam mana?" rengek Isya. Butang baju Izz dimain-main dengan jari. Izz tersenyum.
"Alololo siannya sayang abang ni. Abang minta maaf sayang. Abang pun lupa sebenarnya ada seminar kat sana. Nasib baik PA abang call tadi ingatkan abang semula. Ermmm kalau sayang rindu abang, kita buatlah video call. Sekarang kan teknologi makin canggih. " Izz menarik Isya kedalam pelukannya.
"Huuar taknak. Tak sama. Dalam video call takleh peluk peluk abang macam sekarang ni. " rengek Isya lagi. Pelukan makin diketatkan.
"Sayang.. Abang sebenarnya dah lambat ni. Flight abang kejap je lagi ni." kata Izz serba salah. Dia tahu Isya sedih. Dia tahu Isya tak biasa sebab ni kali pertama mereka berjauhan macam ni. Dia tahu Isya akan rindu dia. Dia pun sama macam Isya. Cuma tak ditunjukkan saja.
"Alaaaa... Abanggg " air mata mula menitis di dada baju kemeja Izz. Sumpah Izz tak sampai hati bila Isya macam ni. Sedihnya nak tinggalkan budak kecil ni sorang-sorang.
"Sayang, jangan macam ni. Tak baik tau lambat-lambatkan suami nk pergi cari rezeki." nasihat Izz lembut apabila saat dia mahu melepaskan pelukan Isya makin mengeratkan pula.
"Mmmmm... " protes Isya. Isya memanjat tubuh Izz lalu memeluk leher Izz. Izz pula cepat-cepat menahan punggung si budak kecil yang dah serupa monyet tu haa sebab takut terjatuh.
Si budak kecil ni bergayut atas badan dia macam lah dia ni pokok. Nasib baiklah kecil je isteri aku ni.
"Aippp sayang... "
"Huuarr abang..." tangisan Isya mula kedengaran. Mukanya disembamkan pada leher Izz. Kemain banyak air mata keluar.
Alahai manjanya sayang aku ni. Izz tersenyum nipis. Jam tangan dikerling sekilas. Masih berbaki 25 minit sebelum waktu flight dia. Sempat kut nak manja-manjakan budak kecil ni sekejap.
Izz membawa Isya naik ke atas katil. Dibaringkan Isya perlahan-lahan. Dirinya juga dibaringkan sebelah Isya.
"Sayang rindu abang. Taknak abang pergi." rengek Isya. Disondol-sondol kepalanya pada leher Izz. Sekarang dia berada atas badan Izz. Taknak bagi Izz bangun. Hahaha
"Sayang, abang pergi kejap je. 3 hari 2 malam. Nanti abang free, abang buat video call ngan sayang ya. Pastu nanti hari-hari abang hantar gambar kat sayang ya? " pujuk Izz. Punggung Isya ditepuk-tepuk perlahan.
"Abang, janganlah tepuk punggung sayang. Nanti besar lah." protes Isya. Dialihkan tangan Izz ke pinggangnya. Izz tergelak.
"Biarlah besar-besar. Abang suka. Auummmm. " suara miang Izz kedengaran dibuat-buat kemudian terletus tawa pasangan suami isteri itu.
"Eeeii tak senonohnya suami sayang ni. "
"Biarlah dengan sayang je." Tangan Izz mula menyelak belakang baju Isya. Diusap-usap belakang Isya. Mmm lembutnya. Halusnya kulit bini aku ni. Macam kulit baby. Lembut sangat. Makin lama tangan Izz naik membuka cangkuk bra Isya. Isya memandang Izz.
"Abang kenapa buka sayang punya bra? "
"Saja. Abang emm.. Nak.. Boleh? " mata Izz makin meredup. Tangannya pula sudah beralih ke hadapan. Dipicit lembut buah dada Isya. Muka Isya memerah. Panas muka. Malu!
"Errrr.. Abang kata err ab.. Abang dah lam.. Lambat tadi? " sampai tergagap-gagap Isya. Izz tersenyum nakal.
"Ohh sayang nak mengelak ya? Tadi bukan main taknak abang pergi mmm? Takpe, kita make it fast. Takleh lama-lama macam selalu. We have 20 minutes only. So... May I? "
Isya tersengih malu. Dia memeluk Izz. Mukanya dinyorokkan di leher Izz. Menyerah dalam malu. Alahai Isya Isya.
Izz tersengih miang apabila melihat penyerahan mutlak dari Isya. Malu tapi mahu sayang aku ni. Comel sangat perangai.
Lalu Izz pun mula mencium seluruh wajah Isya. Dikucup bibir pink basah milik Isya sehingga Isya hampir kehabisan nafas barulah dia melepaskan ciuman.
"Your lips taste like strawberry, baby. I love it. " sekali lagi Izz merapatkan mukanya pada wajah Isya. Kemudian, kedua-dua mereka hanyut dibuai kemesraan.
"Abang pergi dulu. Sayang jaga diri baik baik. Apa-apa call abang. Kalau abang tak angkat call mommy daddy or along angah. Awrigh? " pesan Izz. Dia mencium pipi Isya lama. Rindu budak kecil ni nanti.
"Awrigh. Sayang dengar cakap abang. Abang pon hati-hati kat sana. Jangan tergoda dengan minah sally kat sana. Sayang cubit abang nanti. Jaga hati. Jaga iman. I love you. " bibir Izz dikucup manja. Tubuh Izz dipeluk erat. Rindu bau suaminya ni nanti.
"Hahahaa takdenya. Abang tergoda ngan isteri abang ni je. Abang lambat dah ni. Abang dah sampai nanti abang call sayang ya? I love you too." dikucup pula dahi Isya. Rambut Isya dibelai manja.
"Rindukan sayang tau. "
"Of course baby girl. "
"Jangan lupa call sayang tau. "
"Ya sayang.. " Izz masuk kedalam kereta.
Isya berlari mendapatkan Izz. Diketuk cermin kereta Izz. Izz menurunkan cerminnya.
"Anything else baby?" tanya Izz.
"Hehehe nothing. Huuar nanti sayang mesti rindu abang. Abang balik cepat ya? Nanti sayang emm pakai emm baju seksi untuk abang. Heheee" Isya tersengih nakal. Mukanya turut memerah malu. Izz tergelak kuat.
"Nakal sayang abang ni. Dah, abang pergi dulu. Kunci rumah. Sayang pergi masuk. " arah Izz pada Isya. Isya patuh. Segera dia berlari masuk ke dalam rumah. Dia melambai Izz dari dalam rumah. Mujurlah rumah mereka menggunakan pagar automatik.
**************
Keep voting and comment ya 😉💕
Any ideas for the next chapter? Korang komenlah kalau ada. Nanti sis try ikut idea korang.🙊💕
Sayang korang semua ketat-ketat. Mwaaahhh 😘💕Heheee
YOU ARE READING
You're Mine! Sweetie (✔)
RomanceCOMPLETED✔✔✔ Izz and Isya. Seorang nakal dan seorang lagi pulak manja. Mula mula kenal kat laman maya je. Tapi tanpa pengetahuan Isya, Izz dah lama merisik Isya dan jadikan Isya sebagai tunang tanpa Isya sedar slpas mendapat keizinan daripd mommy...