Sepanjang lima hari Izz dan Isya berada di rumah Wan Sarimah pelbagai dugaan yang mereka tempuhi. Soal Zara yang gedik dengan Izz. Soal Izz yang lemah iman bila kena goda dengan Zara. Soal Isya yang tabah je tempuhi semua yang terjadi. Soal Aqil yang sudah lama menyukai Zara. Soal Isya dan Izz termandi a.k.a terjatuh kat sawah bendang pada hari terakhir mereka disana sewaktu tengah syok berdating tepi sawah. Soal Wan Sarimah yang membebel bila tengok budak dua orang ni balik dengan keadaan tak serupa manusia kerana satu badan penuh tanah lumpur.
*******
Flashback...
Izz memimpin tangan Isya. Mereka sedang bersiar-siar di tengah tengah bendang. Sesekali becok mulut si budak kecil tu bertanya itu ini pada Izz.
"Abang, rumput ni cantiklah. Banyak pula tu. Kenapa tak tebas? Memang orang kat sini suka bela rumput ya? " Izz yang mendengar sudah berdekah-dekah ketawakan bini kecil dia ni. Aduhai bini aku ni. Innocent nya pertanyaan dia.
"No lah sayang. Ni bukan rumput. Ni lah namanya pokok padi. Beras yang kita masak sampai jadi nasi tu, inilah pokok nya. Sebab tu lah tak ditebang. Hehehee" Tersengih-sengih Izz sambil menerangkan pada Isya. Isya ohhh teruja. Terus diambil banyak banyak gambar pokok padi untuk dijadikan kenangan. Tak lupa jumpa gambar selfie mereka berdua. Nanti nak upload kat ig. Hahaa.
"Abang, kenapa letak orang lidi kat tengah bendang ni? " sekali lagi suara kecil Isya kedengaran. Izz tersenyum. Dia dah macam bawak budak tadika datang melawat sawah padi pula. Hahaha.
"Tu nama dia orang-orang. Tujuan letak orang-orang kat situ sebab nak takutkan burung hantu yang datang curi padi malam-malam." Isya mengangguk. Okay, faham. Nanti balik boleh cerita kat daddy, mommy, along dan angah pasal benda yang dia baru belajar ni. Hehee.
"Abanggg... "
"Yaa?" Izz pelik. Kali ni suara Isya bukan lagi dengar macam teruja ke apa. Dengar macam orang ketakutan.
"Ni... Apa? " suara Isya macam nak nangis. Sumpah apa benda yang warna hitam melekat kat kaki dia ni? Kenapa makin lama makin gemok je badan dia? "
Mata Izz membuntang. Alamak! Pacat! Izz tersenyum semula. Idea nakal untuk mengusik mula menguasai minda.
"Pacat. " Izz kemudian menarik semua Isya untuk berjalan. Tetapi Isya mengeraskan diri. Tak mahu jalan. Geli. Takut!
"What pacat? Binatang apa ni abang. Huuarrrrrr... " Isya mula meraung. Izz tergelak. Comel lah bini dia ni.
Bongok betul izz ni. Dia bukan nak tolong si Isya yang ketakutan tu. Lagi digelakkan adalah. Apa punya suami entah ni.
"Alololoo, dia mintak sikit je darah sayang. Kejap lagi dia kenyang dia jatuh lah. " Izz masih mahu mengusik. Sempat juga dia merakam Isya di fon dia.
"Huuarr taknakkk. Isk isk iskk.. Abangggg tolong.. Dia gigit. Dia hisap darah. Dia dracula. Nanti sayang jadi zombi macam dalam cerita Train to Busan tu. Huuarr sayang taknak. Nanti sayang gigit abang, abang sakit. Huuarrr abanggg tolongg. Janganlah gelak. Huuarr tak suka abang! " Isya sudah menghentakkan kakinya. Konon dengan buat macam tu pacat tu akan jatuh. Tapi jangan haraplah.
"Hahahaha okay sayang. Sayang duk diam-diam. Nanti jatuh dalam sawah abang..." namun Izz belum sempat Izz habiskan kata kata,
Bushhhh..
"Abangggggg!!!!! " kali ni makin kuat budak kecil ni menjerit.
Makin kuat dia menangis. Izz cepat-cepat meletakkan telefonnya di atas tanah kemudian terjun juga di dalam sawah tu.
YOU ARE READING
You're Mine! Sweetie (✔)
RomanceCOMPLETED✔✔✔ Izz and Isya. Seorang nakal dan seorang lagi pulak manja. Mula mula kenal kat laman maya je. Tapi tanpa pengetahuan Isya, Izz dah lama merisik Isya dan jadikan Isya sebagai tunang tanpa Isya sedar slpas mendapat keizinan daripd mommy...