Bab 27 : Kerenah Mommy to be

25.2K 466 53
                                    

Isya memejamkan mata.Tangannya mengusap lembut perutnya yang semakin memboyot dari sehari ke sehari. Terasa pergerakan si kecil di dalam perutnya. Anak mommy main bola ya dalam perut tu? Hahahaha.

Alhamdulillah, dia sudah melepasi fasa alahan yang teruk teruk tu. Sekarang kandungannya sudah 5 bulan. Tapi nampak dah macam sarat sangat. Perut dia besar semacam. Dah lah dia kecil je. Bawak perut yang bulat menggebu macam tu terasa kartun sangat.

Pernah Isya menangis pada Izz kerana bentuk badannya makin gebu, makin berisi, makin tembam, makin pau makin macam macam lah.

"Abangggg!!! " jerit Isya dari dalam bilik air. Dengan hanya mengenakan bra dan panties nipis berwarna pink dia yang beropol-ropol tu Isya berdiri di hadapan cermin besar tinggi di dalam bilik air mereka. Mukanya tersebik-sebik sedih. Pipinya mulai memerah.

Izz yang mendengar Isya menjerit terus berlari mendapatkan Isya. Risau si budak kecil tu terjatuh ke apa.

"Sayang kenapa ni? Jatuh ke? Sakit ke? Jom jom abang bawak sayang hospital.. " badan Isya dicempung lalu berlari ke wardrobe milik mereka. Isya dah merengek minta dilepaskan. Tetapi Izz pula tengah kalut. Dia tak fikir apa dah. Dia risau je sekarang ni. Di cari jubah mengandung Isya kemudian dicapai tudung sarung milik isterinya itu.

Isya yang geram apabila kata-katanya tidak dilayan oleh Izz terus dicubit pipi Izz geram. Mengaduh jugaklah Izz bila dicubit. Blur sekejap dia terkebil-kebil memandang Isya.

"Abang ni kenapa? " tanya Isya. Bibirnya dimuncungkan.

"Kenapa dengan abang? " soal Izz semula. Sungguh dia blur sekarang ni. Bini dia ni okay tak ni?

"Eeei orang tanya dia, dia tanya kita balik. " geram Isya. Ditarik pipi Izz.

"Aauchh.. Okay okay.. Sayang.. Auchh.. Sakit baby.. Aloloo okay okay.. Lepas yanggg.." aduhh boleh tahan ganas jugak bini aku sejak mengandung ni eh. Hahaha adoi..

"Abangggg... " rengek Isya. Isya bangun lalu berdiri dihadapan cermin. Izz hanya memandang. Seksi betul budak kecil ni sejak mengandung. Ummphh gebuuu sangat!

"Ya baby.. Kenapa ni? " peluk Izz dari belakang. Tangannya mengusap bonjolan perut Isya. Tak muat tangannya nak peluk budak kecil ni. Hahahaha perut dia besar sangat. Padahal baru masuk 5 bulan. Belum lagi 9 bulan. Aku rasa mesti tak stabil budak kecil ni nak berjalan. Yelah kan bini dia ni pendek. Kecil molek. Tup tup ada baby, bapak besar perutnya. Hahahaha comel! Banyak dah gambar Isya dalam telefonnya. Penuh dengan gambar Isya dan video Isya.

"Sayang gemukkkk.. " Isya mencebik lalu memandang Izz yang menyandarkan mukanya di bahu kanannya.

"Mana ada. Baby seksi lah. Abang sukaaaa" pipi gebu pau Isya dicium kasih.

"Ya ke abang suka? Sayang tak macam dulu. Sayang tak boleh dah nak pakai baju seksi seksi untuk abang. Sayang tak boleh nak layan abang banyak kali setiap malam. Sayang takut nanti abang tinggalkan sayang... Tskk tskk.. Nanti.. Iskkk...abang cari.. Iskk iskk.. Orang lain.. Sayang taknakk.. Abang sayang punya je.. Iskk iskk.." esakan Isya makin kuat. Izz yang mulanya hanya tergelak gelak tengok Isya terus eh eh bawak bertenang sayang. Nanti nangis banyak sangat baby terjun keluar nanti. Apa lagi makin mengamoklah budak kecil tu, terus ditumbuk perut Izz. Ha nak main main sangat kan. Orang tengah moody dia buat main. Haa amek! Penangan mommy to be!

Bukan tu je, ada juga masa masuk kehamilan bulan keempat. Kali ni Izz paling terseksa. Sebab? Isya tak bagi dia dekat. Nak bermanja apatah lagi. Isya kata dia bau busuk. Pakai minyak wangi macam minyak wangi bangla. Wot the fish!  Aku pakai minyak wangi Georgeo Armani yang mahal ni dia boleh kata bau bangla. Pehh tepuk dahi masa dengar ayat tu.

You're Mine! Sweetie (✔)Where stories live. Discover now