Isya dan Izz memandang si comel mereka yang sentiasa menjadi perhatian di kalangan keluarga dan kawan-kawan mereka. Alhamdulillah. Seronok melihat semua orang suka dan terima kehadiran cahaya mata mereka.
Mana tak nya, anak mereka comel sangat, banyak ikot muka Izz. Macam anak mat salleh dah. Hahahaha memang anak mat salleh pun. Izz tu pun kacukan jugak en. Semua orang berebut nak pegang, nak cium, nak gomol si comel gebu itu.
Harini ada majlis kesyukuran dan cukur jambul buat si comel. Umur si comel sekarang dah tiga bulan lebih dah. Mereka buat majlis ni selepas Isya habis berpantang dan betul-betul kuat. Mama dan mommy kesiankan Isya. So, sebab tu lah baru buat hari ni. Sebab Isya dah kuat. Dah tak lembik masa macam berpantang haritu.
Haaa, lupa nak cakap. IzzSya dapat triplets. Well, jangan main-main dengan IzzSya. Setiap hari berusaha nak baby tu. Sekali dapat tiga terus tau. Alhamdulillah rezeki.
Nak tengok baby diorang tak? Nah, sis payung sikit gambar.
Dua putera, seorang puteri.
Putera pertama bernama, Muhammad Irvan Rifki.
Putera kedua pula,
Muhammad Isyraff Raiqarl.Puteri sulong pula,
Nur Irdina Raisya.Permata hati bukti kasih IzzSya. Putera sulong mereka banyak ikot gen Izz kerana mempunyai sepasang mata hijau macam Izz, rambut perang dan juga lebih handsome berbanding putera kedua mereka yang lebih babyface macam mommy dia. Mata hazel gelap macam mommy. Buat si puteri pula, yang ni sebiji ikot mommy. Mata, pipi, mulut, semua ikot Isya. Hazel, pipi pau, mulut kecil comel je. Kulit si comel bertiga semuanya putih kemerah-merahan ikot kulit mommy.
Teringat saat-saat di dalam labour room haritu. Terkejut mereka berdua apabila doktor cakap mereka dapat twins. Tapi rupanya dapat triplets. Wowww gitu. Yelah, diorang taknak scan baby ada berapa even risau jugak perut Isya besar semacam. Sampaikan nak jalan tu Izz kena pimpin. Kalau tak Isya tak larat nak jalan.
"Pushhh.. Pushhh lagi puan.. Sikit lagiii.. " doktor memberikan arahan.
Isya meneran sekuat hati. Tangan Izz digenggam kuat. Badannya sudah berpeluh-peluh. Ya Allah rasa nak tercabut segala tulang-temulang nak melahirkan zuriatnya. Alunan zikir yang dibisikkan oleh Izz sedikit sebanyak menenangkan hatinya.
"Sayang, you can do it baby. Pushh sayang push.. Sebut Allah. Ingat Allah. Sayang, sayang kena kuat. Sikit je lagi baby nak keluar dah. Nak jenguk mommy dan daddy dia yang lama menanti kelahiran dia didunia ni." Izz memberi kata-kata semangat pada Isya. Kepala Isya dicium berkali-kali .
"Arrghhh.. Ya Allahhhh!!" jerit Isya lalu meneran sepenuh hati. Dikerah seluruh tenaganya.
"Yess.. Lagi sikit puan. One, two, three... Pushhhhh" doktor memberikan arahan pada Isya. Isya mengikut.
YOU ARE READING
You're Mine! Sweetie (✔)
عاطفيةCOMPLETED✔✔✔ Izz and Isya. Seorang nakal dan seorang lagi pulak manja. Mula mula kenal kat laman maya je. Tapi tanpa pengetahuan Isya, Izz dah lama merisik Isya dan jadikan Isya sebagai tunang tanpa Isya sedar slpas mendapat keizinan daripd mommy...