Episode 40

48 2 1
                                    

"Are you okey, Iana? "Tanya seorang lelaki setelah melihat Iana membuka matanya perlahan- lahan. Iana seperti bingung.

"Saya kat mana? "Tanya Iana kepada lelaki tadi.

"You are at my room"kata lelaki. Iana segera bangun.

"No no. I dont mean it. I mean you are in my room with my secretary. "Kata lelaki tadi. Iana menarik nafas lega. Dia merasa kepalanya. Tudungnya cantik terletak diatas kepalanya.

"What happen to me? "Tanya Iana kepada lelaki itu.

"Pengsan"jawab lelaki tadi.

"I am Daniel Hazim. Tengku Daniel Hazim Tengku Haziq"kata lelaki tadi. Iana bangun dari berbaring. Matanya meliar liar melihat bilik lelaki yang baru memperkenalkan dirinya sebagai Tengku Daniel Hazim.

"Tengku okey? Nak minum apa apa tak? "Tanya Hanis kepada wanita yang membuatkan majikannya risau. Sampai nak bawa masuk bilik dia lagi.

"No need. Thanks"jawab Iana. Hanis mengangguk. Iana cuba untuk bangun tetapi gagal. Dia cuba sekali lagi.

"You need help? "Tanya Hazim selepas melihat wajah yang selama ini dia rindui. Betul ke ini Iana? Iana ke ni?. Banyak soalan yang dia mahu tanya tetapi tidak terkeluar suara pertanyaan tadi. Iana hanya mengeleng.

Hazim mendukung Iana dan berjalan keluar dari bilik. Iana meronta ronta dilepaskan. Sempat Hazim pesan kepada Hanis untuk ambil beg Iana. Hazim bergerak ke lif untuk ke ground floor. Semua yang melihat terkejut melihat tindakan majikannya mendukung seorang wanita bertudung. Wow..

Sesampai sahaja di kereta Ford milik Hazim, dia terus meletakkan Iana ditempat duduk sebelah pemandu dan memakaikan seatbelt.

"Tengku Hazim nak apa? "Tanya Iana sambil mengerutkan dahinya.

"Saya nak awak"jawab Hazim. Terkaku hanya balasan kepada jawapan Hazim sebentar tadi.

"Siapa awak ni? Awak nak apa? Saya ada buat salah ke sampai awak nak dukung saya dan bawa pergi? Awak nak bawa saya ke mana? Kenapa awak dukung ..."

Oh no!, jerit Iana dalam hati. Iana mengambil tangannya dan mengosoknya. Yerkkk. Kesan ciuman orang.

"Aw... "Ciuman di pipi pula diterima oleh Iana. Sekali lagi dia mengosok pipinya.

"Iana.. Awak bising lagi saya cium bibir awak pula"ugut Hazim sambil tersenyum nakal. Iana mengalah dan tidak mahu bibirnya menjadi mangsa seterusnya.

"Bagus pun"kata Hazim sambil mengusap usap kepala Iana yang bertudung litup itu. Takut. Perasaan itu yang dapat Iana gambarkan. Takut apa? Tak tahulah.

"Boleh tunjukkan jalan ke Sakura Group? "Tanya Hazim kepada Iana. Iana kelihatan takut takut hendak menjawab. Hazim tersenyum melihat perubahan Iana sekarang. Betul ke tu Iana?

Dahulu, gadis itu yang bertakhta dihatinya tanpa sedar. Gadis itu yang membuatkan dirinya tersenyum. Gadis itu dulu sungguh ceria walaupun digelarkan sebagai Ice Queen. Gadis itulah yang paling gila gila. Gadis itulah yang membuatkan keputusan periksanya jatuh kepada nombor 2. Gadis itulah yang membuat dirinya menangis disebabkan kematiannya.

Hidupnya bagaikan untuk gadis itu sahaja. Adakah itu gadis yang dia selama ini cintai? Sungguh Hazim buntu.

Sekarang? Gadis itu lebih sopan lagaknya. Bertudung litup. Benci dengan pandangan mata lelaki yang suka meliar dibadan langsingnya. Gadis yang matang. Bersikap tegas dalam lembutnya. Gadis dahulu dan gadis sekarang bagaikan langit dan bumi. Jauh perbezaannya.

"Bo.. Boleh"jawab Iana takut takut.

"Awak tak payah takut dengan saya. Tadi tu sebab awak tu bising sangat" kata Hazim sambil menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pemanduannya.

"Awak nak tahu satu cerita tak? " tanya Hazim dengan ceria. Iana mengangguk perlahan.

"Dahulu. Masa saya Form 1,ada seorang perempuan nikan dia terlanggar saya. Lepastu secara tiba tiba.. Saya dukung dia pergi bilik rawatan. Buat pengetahuan awak, gadis itulah yang selama ini bertakhta dihati saya tanpa saya sedar. Lepas dia hilang dari pandangan mata saya, baru saya sedar yang saya sayangkan dia. Saya sukakan dia. Saya cintakan dia. Dan sayalah yang menyebabkan dia pergi meninggalkan saya tanpa sempat saya minta maaf" kata Hazim sambil mengosok matanya. Iana memandang Hazim.

"Awak nangis ke? "Tanya Iana polos sekali. 'Awaklah gadis tu. Saya harap saya betul. Saya yakin awak ialah gadis itu', bisik hati Hazim.

"Taklah. "

"Boleh saya tahu siapa gerangan gadis itu? Dan boleh saya tahu mengapa dia tinggalkan awak? Dia mengalami accident ke? "Tanya Iana dengan sopan.

"Dia ialah gadis yang sungguh istimewa. Walaupun dia garang dan kejam tapi hati dia penuh dengan bunga. "Terhenti sekejap kata kata Hazim. Iana tekun memandang Hazim.

"Dia tinggalkan saya sebab sayalah puncanya. Pada petang hari sebelum dia tinggalkan saya, kami ada pergaduhan besar kerana mahu merebut jawatan LOTH aka Leader of Team Hazel. Team Hazel ialah team rumah sukan saya dan gadis itu. Kami mula mula bergaduh tentang LOTH. Selepas itu, secara tidak sengaja saya terungkit gambar dia dengan seorang lelaki. Sekarang saya menyesal kerana mengungkit dan gambar itu sebenarnya Twin Sister gadis itu. Sampai sekarang, saya simpan gambar dia. Awak nak tengok? " Tanya Hazim.

"Boleh ke? "Tanya Iana. Hazim mengangguk dan mengeluarkan telefonnya. Telefon tersebut diberikan kepada Iana untuk membuka gambar itu. Iana disuruh menekan button gallery dan mencari file bernama Twin Sister.

Setelah menjumpai file tersebut, Iana disuruh untuk menekan gambar paling atas sekali. Iana menurut sahaja.

Gambar Icha dengan seorang lelaki. 

Seorang gadis mengambil telefon seorang lelaki dengan kasar. Dia melihat gambar post tersebut. Gambar lama Icha dengan seorang lelaki. Dihantar oleh lelaki dalam gambar tadi dan captionnya ialah Always Love You, Sweetheart.

Iana secara tiba tiba menangis. Lagi dipujuk lagi kuat tangisannya. Iana tidak tahu apa sebab dia menangis.

TO BE CONTINUE..

Our Moment:Full Of Episode✔Where stories live. Discover now