Akhirnya... Sampai juga dekat Malaysia dengan selamat, kata hati Iana setelah kapal terbang yang dinaikinya selamat mendarat di bumi Malaysia. Iana tersenyum sambil melihat keluar tingkap.
"Hazim... Bangun"panggil Iana. Mengejut Hazim yang dah terlentok dibahunya. Iana menolak bahu Hazim. Tetapi balasannya hampa.
"Hazim"panggil Iana sekali lagi. Tetap sama. Hazim tidak gerak. Iana tersenyum. Dah tahu apa yang Hazim nakkan.
"Hazim sayanggg"kata Iana dengan lembut sekali di telinga Hazim.
"Ye,sayanggg"balas Hazim sambil tersenyum dibahu Iana.
"Bangunlah.. Gediklah kau..."kata Iana dan mengalihkan kepala Hazim dari bahunya. Hazim mengkakukan dirinya. Tak gerak seinci pun.
"Wehh.. Dah sampailah"kata Iana dan membuatnya sekali lagi. Tetap sama.
"Hazim sayang intan payunggg.. Sila alihkan kepala abang dari bahu sayang ye.."kata Iana. Hazim mengalihkan kepalanya dari bahu Iana.
"Cakap sekali lagi..."kata Hazim.
"Minta maaf. Sekali jadi. Kalau tak dengar ,minta maaf."kata Iana dan bangun dari tempat duduknya. Hazim tak bergerak dari tempatnya.
"Tengku Daniel Hazim Tengku Haziq! Bangun! "Panggil Iana. Hazim tak bergerak..
"Hazimmmmm. Bangun"panggil Iana sambil menarik tangan Hazim. Tapi sama juga. Akhirnya, dia mengalah dan terus berjalan pergi tanpa memandang kebelakang.
"Woii. Tunggu aku! "Jerit Hazim setelah melihat Iana berjalan meninggalkan dirinya. Padan muka kau, kata hati Iana sambil ketawa perlahan.
Skip
"Haiii.. Kesian aku tengok Hazim tadi. Kena tinggal dengan Iana. Kakakakkakakak"kata Afiq kepada Airiel yang dari tadi hanya bermain Mobile Legend. Airiel memandang Afiq yang ketawa berdekah-dekah tak henti tu.
"Woii. Melebih pula kau. Tengok Hazim tu. Dah tarik mulut itik dia tu." kata Airiel dan pada yang sama dia menyakat Hazim. Tiba tiba, Afiq dan Airiel ketawa .
"Weii.. Kenapa dengan diorang tu? " Tanya Qaisara kepada kawan kawannya.
"Entah. Buang tabiat kot"jawab Lily.
"Haah. Aku pun rasa macam tu. Dahlah gerak lu. Jumpa kat sekolah nanti"kata Iana dan bersalam dengan kawannya lalu bergerak ke Motornya.
"Aku pun gerak jugalah. Masa sampai tadi, aku naik dengan Fikry. Dahgerak dulu. Bye"kata Flora dan bersalam dengan Qaisara dan Lily."Bro.. Gerak lu. Pape rojer"kata Afiq dan bersalam dengan Hazim dan Airiel kerana Fikry tadi dah gerak dengan Flora.
"Ok.. "Balas Hazim sambil membalas salam Afiq.
"Wehh. Lepak lu jom"ajak Airiel.
"Cun.. Jom kita gi... Starbucks "balas Hazim.
Mereka berjalan menuju ke Starbucks yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri tadi. Sesampai sahaja dihadapan pintu Starbucks, mereka bergerak masuk dan Hazim berjalan kearah seorang lelaki.
"Assalamualaikum, der.. Lama tak jumpa" kata Hazim kepada seorang lelaki yang Airiel tidak kenali. Mungkin member Hazim kot.
"Waalaikumsalam.. Lama tak jumpa kau. Duk lah"kata lelaki tersebut.
"Oh. Aku Nazri Daniel, kawan Hazim. Kau? "Kata lelaki tersebut kepada Airiel.
"Oh. Aku Airiel. Izz Airiel "balas Airiel kepada Nazri dan Airiel duduk disebelah Hazim yang dimana duduk dihadapan Nazri.
"So. Macam mana life kau sekarang? " tanya Hazim kepada Nazri. Airiel sambung main Mobile Legend.
"Macam tulah. Kau buat apa kat sini?" tanya Nazri kepada Hazim. Dia dan Hazim sudah lama berkawan dari Darjah 1 lagi. Sampai sekarang masih kawan.
"Oh. Aku baru balik Korea dengan Prince dan Angels. No The Witches. " kata Hazim. Airiel yang dari tadi memandang telefonnya mengangkat kepala. Nazri memandang Hazim betul betul.
"Biar betik kau ni. The Witches tu kau buat kawan. Dahlah diorang tu kejam gila. "Kata Nazri dengan dahi yang berkerut. Dia hampir terlupa yang Hazim bersekolah dengan The Witches.
"Betik tu sempat lagi aku makan. Akukan pernah cerita kat kau pasal perempuan yang terlanggar aku kat IS dulu. Tak ingat ke? " kata Hazim.
"Lah. Perempuan tu salah seorang The Witches ke? "Tanya Nazri.
"Haah. Leader dia lah. Siapa lagi? " Kata Hazim kepada rakan satu kelasnya dahulu.
"Biar betik kau ni. Iana tu ke? Ice Queen tu? "Kata Nazri dengan nada yang dia tidak percaya.
"Dialah. Kau. Ni dari tadi biar betik aja. Tak ada perkataan lain selain biar betik tu? "Tanya Hazim.
"Tak ada."balasan ringkas diberikan kepada Hazim.
"Ni. Aku nak tanya. Kau buat apa kat sini? "Tanya Hazim kepada Nazri. Nazri mengangkat mukanya.
"Ohh.. "Kata Nazri tergantung kerana dia terasa satu sentuhan dari belakang.
"Sorry, beb. Panjang sangat barisan tadi. Ada problem. Tak guna"kata seorang perempuan yang menyentuh bahu Nazri tadi dan dia terus duduk disebelah Nazri.
"Watch you mouth, sayang.. "Kata Nazri dengan senyuman dibibir. Perempuan itu hanya mencebik.
"Aku teman kawan aku beli barang tadi. Katanya tak ada kat mana mana barang yang dia nak. Tu yang sampai cari dekat KLIA. "Kata Nazri. Perempuan tersebut memukul bahu Nazri.
"Ohhh"balas Hazim.
"Oh lupa nak kenalkan. Ni Ariana Axira. "Kata Nazri kepada Hazim. Ariana mengangkat mukanya.
"Hai. You must Nazri's friend right? " tanya Ariana sambil tersenyum.
"Haah. Dari darjah 1 lagi dah kenal. You? "Tanya Hazim kepada Ariana.
"I baru kenal dia ni. Masa tu ada consert"kata Ariana. Hazim hanya meng'ooo'kannya.
Airiel secara tiba tiba menepuk bahu Hazim. Hazim memandang Airiel. 'Kenapa?'
"Mak aku tiba tiba panggil datang rumah. Aku pergi dulu"kata Airiel.
"Ooo ok. Kirim salam kat mak kau"kata Hazim dan bersalaman dengan Airiel.
"Bro. Gi dulu"kata Airiel kepada Nazri dan bersalaman dengannya.
"Ok"kata Nazri dan Airiel terus berjalan pergi.
"Beb. Kau tunggu lama sikit eh? Nak pusing satu KLIA pun boleh. Aku nak cakap dengan kawan aku dulu"kata Nazri kepada Ariana. Ariana memandang Nazri.
"Tak apa lah. Aku nak duduk rehat dulu. Penat berjalanlah"kata Ariana dengan muka penat dia tu. Nazri mencubit pipi Ariana. Ariana mengaduh kesakitan. Nazri memberikan Ariana senyuman manisnya. Ariana mencebik. Hazim memandang Nazri dan Ariana silih ganti. Memang padan sangatlah dia ni.
"Weh.. Aku check whatsapp jap eh"kata Hazim kepada Nazri. Nazri mengangguk.
Hazim melihat skrin telefonnya. Tiada yang menarik hanya chat daripada 5 Lamborghini sahaja. Dia beralih kepada aplikasi Instagram. Terus dia menekan button search. Sahaja. Malas dia mahu melihat apa yang dipost oleh kawan kawannya.
Tangannya tiba tiba terhenti. Dia lihat satu gambar yang kelihatan Iana dengan Kris. Sekejap. Iana ke tu?
TO BE CONTINUE...
YOU ARE READING
Our Moment:Full Of Episode✔
Fiksi RemajaJika difikirkan balik seperti satu cerita yang sangat complicated. Macam dalam drama atau novel. Ia seperti satu kehidupan milik gadis jepun kacukan Melayu korea. Tengku Iana Aeka. Sebaris nama yang cukup membuatkan seseorang rasa selesa seketika...