¦PROLOG

10.8K 388 20
                                    

AWAN mendung berarak menutupi kebiruan langit. Angin sepoi-sepoi bahasa pada awalnya mulai bertukar kencang. Dedauan kuning tua berguguran menutupi tanah seperti hampaian permaidani kusam. Melihat dari kepekatan warna awan itu, sudah pasti hujan akan menimpa bumi bila-bila masa sahaja.

Walaupun begitu,Seorang gadis masih lagi berlatih berlawan pedang dengan seorang lelaki separuh abad dan disaksi oleh seorang lelaki muda.

"Ayah,Baik berhenti dulu berlatih. Hari dah nak hujan ni."ujar lelaki muda itu sambil melihat langit terbentang luas.

"Ha'ah ayah. Lys pun rasa macam tu,lagipun Lys dah penat."Gadis itu bersuara,Sambil Lengan lelaki yang dipanggil ayah Itu dipaut mesra.

"Okaylah. Jom masuk" Ajak Zaeri. Dia menyimpan segala Peralatan dan Kembali masuk kedalam rumah serdahana Besar. Dia sempat melaung tanpa Menoleh.

"Azril...marilah masuk!Ajak adik kamu sekali."

"Baik ayah" Azril segera menghampiri Lyssa . Satu-satunya Adik perempuannya .

"Girl"

Lyssa menoleh dan tersenyum nipis.

"Hey bro."

"Jom masuk" Ajak Azril. Rambut Lyssa digosok perlahan,Lyssa memandang wajah kacak Azril dihadapannya.

"Nanti Lyssa masuk,Abang Az masuklah dulu" Tolak Lyssa.

"Ok,Jangan lewat tau!" Jerit Azril yang sudah berada di pintu. Kagum Lyssa,Cepatnya! Tapi sekejap jelah.

Lyssa diam tak membalas, Dia menghampiri sungai yang tidak jauh dihadapannya.

Tubuh dipeluk, Pedang tersisip kemas dipinggang. Air jernih yang mengikut alurnya diperhati. Lama, Mata Sudah Berkolam. Mutiara jernih menuruni pipi gebunya,makin lama makin merembes keluar. Rintik-rintik hujan mulai turun. Namun gadis remaja itu masih Statik berdiri, membiarkan air jernih itu menimpanya,wajah Diangkat memandang Langit.

"I miss You guys so much"






A/N

Jangan Salahkan Saya kalau korang Stress tahap Babun lepas baca Cerita ni😂

H A P P Y     R E A D I N G

LYSSA XANDRIA Where stories live. Discover now