¦62

3.4K 141 92
                                    

"Kau okay?"

Lyssa terpisat-pisat bangun dari tidur. Cahaya matahari yang memancar direct kewajahnya membuatkan dahinya berkerut. lihat sahaja si pemilik suara, gadis itu sekali lagi mengerut dahi. Javv?

"Kau ada di tempat aku" jawab javv tanpa dipinta. Keadaannya sekarang adalah dalam bentuk tubuh seorang lelaki.

"Kat mana?"

"It's a secret, my lady"

"Dengan aku pun nak berahsia?"

"Dah nama pun rahsia. Kalau aku bagitahu, takde lah rahsianya." perli Javv. Sudahnya Lyssa diam.

"Kejap aku bawakan kau makanan"

Lyssa memandang sinis. Javv seakan-akan faham dengan reaksi Lyssa terus mencebik.

"Walaupun aku bukan manusia. Kau jangan pandang aku tak ada mata. Let's wait and see, my lady"

Lyssa hanya layangkan senyuman mencabar. Dia memerhati langkah Javv sehingga ia hilang dari mata. Lyssa mengeluh,Dia sebenarnya nak tanya jugak apa yang dah terjadi. Mana Zash dan Jayden? Kenapa dia boleh ada dekat sini? Tapi dia diamkan sahaja, lepasnilah dia tanya. Tak lari kemana pun Javv tu.

Sedang Lyssa ralit termenung, Pintu bilik ditolak seseorang menyebabkan Lyssa mengalih pandangan. Melihat sahaja susuk tubuh itu, Spontan bibirnya melorek senyuman.

"Ayah"

____________________________________

DALAM keheningan malam, bunyi dua pasang tapak kaki memijak daun kering, menambahkan lagi keseraman pada malam itu.

"Seperti yang kita janji, bagi kuasa bayang kau pada aku" ujar Zash tegas.

Jayden ketawa perlahan. Bahu Zash ditepuk perlahan.

"Mestilah. Selepas peperangan aku kotakan janji aku."

"Aku akan tunaikan janji aku, dan kau pun. Tolong aku hancurkan Magic world." sambung lelaki berambut hitam itu lagi. Zash mengukir satu sengihan kejam disebalik mask

"of course. It's a win-win situation. Kau dapat balas dendam dan aku dapat upgrade kuasa aku"

Jayden membalas sengihan Zash. Mereka berdua berjalan masuk kedalam dark forest. Salah satu hutan yang paling berbahaya. Mempunyai flora yang beracun serta fauna yang sentiasa dahagakan darah.

____________________________________

"Zash.. dia membelot. Dia pilih untuk sokong Jayden instead of us untuk kepentingan dia sendiri"

"Maksud kau?" Mata berwarna Emas milik Javv ditenung. Makanannya sudah ditolak tepi.

"Zash ikut Jayden. Diorang dah buat perjanjian. Aku muncul tu pun sebab kau panggil aku, Terkejut gila aku tengok keadaan kau, mujur racun yang ada dalam peluru Jayden, aku dah buang dari badan kau. Untung kau, aku cepat bertindak. Kalau tak, say bye-bye lah kau"

"Perjanjian untuk apa?"Soal Lyssa lagi. Dalam panjang-panjang huraian Javv hanya pasal perjanjian sahaja dia dapat tangkap.

"untuk hancurkan magic world, dalam masa terdekat"

Mata Lyssa terbuntang luas.

"Ayah dah tahu pasal ni?Kawan-kawan aku dan penduduk magic world pun dah tahu?"

Javv menggeleng kepala.

"Diorang tak tahu lagi?!"Sebaik sahaja Javv masuk dengan makanan tadi, Ayahnya terus ingin meminta diri. Menyesal dia tak sekat.

Javv mengeluh perlahan "Chill Lyssa, Hanya Ayah kau sahaja yang tahu pasal ni. Aku rasa dia dah bersiap sedia"

"Javv, aku tak rasa serangan kali ni sama dengan serangan dulu. Come on, Dia hanya attack magic world dan bukan dunia lain"

"Jadi, maksud kau. Masa dia serang Kristallen world, magic world, krisol world dan  guardian world pun dah teruk apatah lagi bila dia hanya aim Magic world sahaja?"

Lyssa mengangguk laju apabila Javv sudah menangkap ayatnya.

"Habistu kau nak buat apa?"

"Bawa aku ke Guardian world"

Javv menggeleng kepala "No! Kau tak ingat ke yang semua dunia takkan bagi dunia lain pinjam Tentera mahupun senjata mereka atas apa yang berlaku bertahun-tahun lepas dulu!" Keras Javv membantah.

Lyssa terdiam. Ya, dia ingat tapi takkan dia nak biarkan sahaja tempok pemerintahan Ayahnya lebur begitu sahaja?. Dan apa yang paling penting macam mana dengan penduduk magic world yang hampir satu juta itu. Tak! Dia takkan biarkan, orang yang tak bersalah terlibat dengan Dendam bodoh Jayden.

Matanya kembali beralih pada Javv.

"Kita pergi sekarang" putus Lyssa.

"pergi mana?" Blur Javv menyoal. yela, Tiba-tiba je 'Kita pergi sekarang'.

"Guardian World. Obviously"

Serta merta mata Javv membulat.

"No,Lyssa! You're not fully recovered yet!"

"Aku tak peduli"

"Ly---"

Belum sempat Javv mahu menghabiskan ayatnya, Lyssa pantas memotong.

"I'm still stick with my words"

Wajah Lyssa yang serius dan yakin itu membuatkan Javv tak berani membantah lagi. Dia mengeluh perlahan. Apa yang dia boleh buat kalau tuannya sudah mengguna kuasa Veto.

"If you said so, my lady"




A/N
By the way, saya dah tukar tajuk.
From LKOE to LYSSA XANDRIA. Takdalah tukar jadi lain terus, still lagi nama mc.

Hah, tu jelah nak bagitahu😂😂

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LYSSA XANDRIA Where stories live. Discover now