¦48

2.1K 138 13
                                    

SATU Tendangan padu yang pantas Hinggap Di Rusuk Kiri . Beberapa orang lawan Sudah layu ketanah. Zash Membuat Back Flip , sebaik kaki menyentuh tanah. Dia segera menyepak kuat Kaki Lawan. Sepasang Tangan Memaut Leher Zash sehingga Hoodie Tertarik sedikit ke belakang.

Zash Menghentak Sikunya di Dada Lawan, Lengan Itu Dipegang lalu tubuh itu dilempar ke Sebelah. Zash melompat ke udara Dan Menendang Si lawan sekuat hati. Hampir Beberapa Minit Semua Lawan sudah Bergelimpangan di atas Tanah. Zash Membetulkan Hoodienya.

"Siapa Kau?" Sergah Lelaki berbadan Kuda.

Zash tidak menjawab malah Pedang Element Api dikeluarkan tapi Kali Ini, Api itu sedikit kebiruan Dan Sekali libas Lelaki kuda Itu terbelah Dua.

Bukan Lyssa sahaja yang terlopong malah Elra dan Eiri juga Ternganga. Zash Kuat sangat ke Deng yang lemah sekarang ni?

"Korang Okay?"

Elra dan Eiri Mengangguk serentak. Eiri membantu adiknya Bangun.

"Kitorang Okay,Kak--"

"Lyssa"

"Urm. Kitorang Okay Kak Lyssa, Terima Kasih selamatkan Saya dan Adik saya. Saya Eiri dan ini, Elra"

"Bukan kakak yang selamatkan Awak, Abang Ni yang selamatkan Awak" Lyssa menunjuk Kearah Zash Yang berdiri di sebelahnya.

"Terima kasih" Ucap Elra pula kepada Zash

"Hmm" balas Zash sepatah, Entah Kenapa Lyssa rasa Berangin pula apabila Melihat muka dua ekpr Gumiho itu berubah kelat! Ek eleh mamat ni, 'Hmm' je? Tak mesra Alam langsung!

"Siapa Kuda Ni?"

Eiri dan Elra saling berpandangan. Riak Muka Mereka Berubah.

"K--kami Tak tahu"

"Cakap atau Aku hidupkan Balik Kuda Jantan ni" Ugut Zash Serious. Sejak Bila Jadi kaki ugut ni,Zash?

Lyssa memandang Eiri dan Elra yang masih lagi teragak-agak nak bagitahu

"Tak nak bagitahu? Okay" Zash Menghalakan Tangannya Kearah Kuda Jantan itu. Belum Sempat kuasanya menyentuh tubuh separuh manusia dan Separuh Binatang Itu,Satu Suara menghalangnya.

"Biar Aku bagitahu!"

●●●●●●

"BIG BROTHER Deng atau nama sebenarnya Dengnius. Tapi, Memandangkan Kau Orang Baru, Aku cerita dari Permulaannya. Di Negeri Guardian Animal, Ada 5 lapisan semuanya. Lapisan per1, Raja. Lapisan ke2, Permaisuri. Lapisan ke3, Menteri-Menteri. Lapisan ke4, Big Brother dan Lapisan ke5, Rakyat Biasa." Ujar Jac, Si musang Coklat.

"Raja dan permaisuri? Bukan ke permaisuri sereene tu--" Belum Sempat Lyssa Mahu bertanya, Eiri dan Elra datang menatang Minuman dan Biskut. Mereka Duduk disebuah sofa berdekatan Lyssa dan Zash.

"Mana Aunty Elice?" Tanya Jac kepada adik beradik Gumiho itu.

"Dalam Bilik, Ibu Tak sihat" Eiri jawab bersama senyuman.

Jac mengangguk, gelas air dicapai lalu diteguknya. Dia berdehem sebelum menyambung,

"Permaisuri Sereene tu, Ratu Guardian World. Semua Raja dan pembesar Negeri berkhidmat dibawah Ratu. Tapi, Sejak Ratu Hilang,Sistem pemerintahan Kucar-kacir. Rakyat Biasa Dilayan seperti hamba, Malah ada Yang Terkorban akibat perbuatan Tak berperikemanusian Lapisan atasan. Keluarga aku salah Satu mangsa" Muka Jac berubah Sayu. Mereka yang lain memandang simpati.

"Eh, Asal cerita Pasal ni pulak.. Err,Aku nak ketandas Kejap. Nak terkencing. Hehehe" Jac bangun dari duduk dan berlari ke dalam Tandas. Kedengaran pili air dibuka.

Lyssa tersenyum kelat, feel like to peeing is actually feel like to Crying, Right Jac?

●●●●●

"SORRY, Aku sambung ya" Jac Tersenyum sebaik selesai membuang hajat. Erm, Hajat lah sangat.

"Deng mendapat pangkat big brother tu sebab dia berkawan Baik dengan Raja Guardian Animal, Raja Ozy. Deng ni macam Kuda peliharaan Ozy. Opps, Mahu kena buang negeri aku kalau Si Ozy dengar" Ujar Jac perlahan bila dia Tertinggal perkataan RAJA dihadapan nama Ozy. Lyssa,Eiri dan Elra ketawa Manakala Zash hanya tersenyum senget.

"Pada Mulanya, Deng berkawan dengan Raja tanpa sebarang Sebab tapi bila dia Tahu Raja sedang mencari orang yang layak untuk menggantikan Orea, Big brother sebelum ni. Perangainya Berubah, dia Menjadi mesra Rakyat. Semua Rakyat yang miskin ditolongnya. Well, Dia buat benda tu sebenarnya Bersebab, Dia Nak Semua Rakyat Guardian Animal menyokong dia. Jadi, Dia Boleh dapatkan Pangkat tu."

"Jap,Apa Special sangat pangkat Big brother tu?dan asal dia tak jadi menteri je?" Sampuk Zash tiba-tiba.

"Dia Boleh lakukan apa sahaja Yang dia Mahukan termasuklah, Well.. Kekayaan, Dihormati. Actually Pada Pandangan aku Pangkat Big brother ni lebih berkuasa dari Menteri-menteri dalam negeri ni. Menteri?Gah pada nama je. Jadi, buat apa Dia Nak jadi menteri kalau Pangkat Big brother itu lebih berkuasa...?" Jac menyoal Sambil menjongket kening.

"...Dan senang untuk dapat Pangkat sebagai seorang Raja"

Tiba-tiba Zash bangun secara mendadak, Tersentak Mereka berempat.

"Woi, Kau asal? Aku tak habis cerita lagilah!" Marah Jac. Geram.

"Lain kali lah"

Zash Berlari Keluar dari rumah meninggalkan Lyssa yang terpinga-pinga.

Kenapa dengan Dia ni? Desis hati Lyssa.

LYSSA XANDRIA Where stories live. Discover now