• C.A.R.L.T.O.N.•Masa saya naik tangga mau pergi bilik, saya macam terdengar ada suara bercakap-cakap daripada kamar tidur milik Mummy dan Daddy. Dengan langkah kaki perlahan saya mahu pergi meninjau. Sebab daddy sekarang ada di US sedang therapy kaki dia untuk berjalan semula, genap dua minggu semalam. Mummy? Dengan siapa pula dia mahu bercakap.
Saya berdiri depan pintu yang sedikit terselak. Saya nampak Mummy sedang bertelefone dengan seseorang. Kurang jelas ayat dia apa tapi saya boleh nampak Mummy begitu marah dan tension. Seolah dia memaki hamun si pemanggil.
Siapa ya? Hmm..
Sempat saya dengar butir bicara terakhir Mummy ialah ' SAYA TIDAK MAHU ANAK SAYA TAHU TENTANG DIA ! BERESKAN KERJA KAU AND I WILL PAY YOU AS SOON ! DAMN IT ! '. Terus dimatikan bicara dia. Dan Mummy terduduk megah dibirai katilnya dengan wajah yang serabut dan takut.
Ada orang blackmail Mummykah? Itu kiraan ku. Mana tau kalau business Mummy ada apa-apa masalah atau sebagainya. Mummy jenis yang tidak suka bercakap soal business dia sebab bagi dia, dia boleh Handle.
Saya ketul perlahan pintu kamarnya, dengan wajah tidak tahu apa-apa. Pokoknya saya mahu tahu apa yang melanda Mummy ketika ini. Dia juga kaget melihatku ada didepan pintu. Terus dia bangun memandang aku dngan wajah cemas sedikit.
" Carl... berapa lama kau disana? ". Soal Mummy binggung.
" Baru saja saya sampai. Kenapa Mummy ni? Mummy tidak sihatkah? Pucat muka Mummy Lah.. ".
" Erk! Eh..tidaklah. Mummy ok..cuma stress sedikit about your daddy and business.. ".
Mummy masih berkias depan saya. Tampak betul muka dia ketakutan melihat saya. Ada apa dengan Mummy ni? Selalu dia bukan begini. Datin Aninda terkenal dengan muka dingin, dan yakin dengan semuanya. Ini...first time saya nampak Mummy kalut begini tanpa sebab.
" Ouh.. Ok. Saya pergi bilik dulu. Goodnight Mum.. " .
Saya cium pipi Mummy sekadar ucapan seperti masa kecil lalu dan sudah menjadi habit dalam diri saya.
" Erm.. Carl? ".
Langkah kaki saya terhenti depan pintu lalu menoleh semula pada Mummy yang sudah hilang gusar dia tadi. Betul-betul saya hairan dengan Mummy ni. Ada apa yang ganggi fikiran dia? Tidak patut soal Daddy lagi kalau mereka betul-betul mau divorce. Ish. Tiada juga Daddy kasitau saya.
" Ya Mum? Ada apa? ".
Mummy melangkah setapak pada saya. Dia memandang saya dengan mata yang sayu , pandangan yang sudah lama saya tidak nampak. Pandangan seorang ibu yang sudah lama saya tidak tatapi. Malam ini berlainan benar Mummy, macam sedih ada juga, macam keberatan mau bercakap pun ada juga.
" Erm.. Carl baik-baik sajakah? Erk..Sara ada kasitau apa-apa pada Carl? ".
Sara? Bila masa pula mereka berdua ada jumpa ni.
" Mummy dah ada jumpa Sarakah? ".
Riak muka Mummy sedikit terkejut.
" Oh..itu..erm..maksud Mummy Sara pernah cakap apa-apa soal family diakah? I means meet her family. Kan tidak lama lagi Carl mahu berkahwin dengan Sara. ".
Saya tahu seperti ada sesuatu yang Mummy cuba sampaikan namun tidak juga. Sejak bila pula Mummy 'care' permasalahan ini. Peliklah.
" Ada. Ada beberapa kali jugalah saya pergi kampung Sara berjumpa dengan parents dia. ".
" Kampung? Kampung Sara? What do you means Carl? ".
Alamak!
Saya tersasul pula ni ! Padahal saya pernah kasitau Mummy kalau Sara Agnes berasal dari Perth, kena lahirkan di sana dan bersekolah disana. Shit Carl ! Apa saya mau cakap ni?!
" Ouhh..i means kampung halaman Sara yang berada di luar negara. Kan saya pernah kasitau Mummy kalau asalan Sara di Perth, you know there also have small village... ".
Rasa macam mau cubit saja bibir saya ni. Kalau boleh gigit terus makan. Sialan..
" Oh. Jadi Carl pernah pergi Perth juga? Hmm.. Apa Carl yakin mahu married dengan dia juga? Apa latar belakang family dia juga bagus? ".
Sekarang situasi kami berdua Mummy win win, padahal tadi saya teringin benar mau tau apa yang menggangu fikiran Mummy dan sekarang saya rasa mau lari cepat-cepat dari depan Mummy. Saya boleh rasa Mummy kurang yakin sama 'cerita' saya tentang Sara Agnes. Adui.
" Ya Mummy. Kan saya pernah cakap only she suitable to be mine wife. ".
Saya boleh rasa degupan jantung saya berdetak laju. Riak muka gusar Mummy tadi beralih curious soal kampung Sara.
" Erm. Oklah Mum, saya mau tidur awal ni. Esok pepagi mau pergi site lagi ni. Good night ya Mum.. ".
Cepat-cepat saya keluar daripada bilik Mummy. Takutnya saya macam kena kesalahan kecil. Habislah saya nanti kalau Mummy kedapatan saya 'contract marriage' dngan Sara. Oh gosh!
Dalam bilik saya kasi tanggal kot dan necktie saya, rasa rimas mencengkam diselangi rasa gabra saya. Rosak pula nanti plan saya mahu lari berkahwin dngan Camilia. Seteruk mana pun saya tetap enggan berkahwin dengan Camilia. No!
Saya dail no.handphone milik Sara. Voicemail. Kali kedua dail, voicemail lagi. Kemana lagi ni perempuan! Saya takut juga kalau ada sesuatu menimpa Sara ketika ini. Lagi dia selalu terlupa mengunci pintu. Shit. Saya ambil balik kunci kereta yang saya lemparkan keatas katil sambil saya terus mendail no.handphone Sara.
Saat saya lintas bilik Mummy, saya nampak Mummy bertelefon lagi. Kali ini macam dia marah sebab panggilan tidak terjawap. Macam saya lah. Mustahil perempuan ni tidur awal, tidak pernah juga dia tidak menjawp calling saya walau apapun keadaan dia.
Where are you Sara?! Answer! Damn it !
***
Saya drive masuk simpang condo. Seluruh area rumah black out pula padahal area sini current dia boleh tahan bagus. Risau pula saya bila kenangkan Sara sendirian disana. Pasti dia takut betul tu. Saya masukkan kereta dalam porch, memang gelap gelitalah keadaan. Ada juga jiran-jiran yang tidak tahan panas duduk dalam kereta berair-cond.
Lampu kereta saya biarkan menyala saja untuk terangi bahagian dalam rumah. Perkara pertama yang mengejutkan saya bila lampu kereta tersuluh pada cermin pintu saya, ianya retak! Kaca ada dimana-mana ekoran pintu itu berderai pecah.
Shit! Apa terjadi ni?! Lekas saya keluar daripada kereta. Saya mendapati pintu juga sedikit terbuka, saya capai handphone saya dan on flashlight dari lightning cam. Bila tersuluh keadaan dalam rumah, suasana sepi dan barangan dalam rumah berantakkan!
" Sara?! Where are you?! Sara?! ". Saya check kamar milik Sara kosong, tiada sesiapa.
Disinilah saya rasa tercabar. Saya rasa seolah dipermainkan dalam keadaan ini. Mintalah tiada apa-apa yang terjadi pada Sara. Tidak lama kemudian, current kembali pulih. Sedikit silau saya rasakan.
Kini saya boleh nampak keadaan sebenar. Sana sini benda pecah dan berhamburan seolah terkena taufan besar. Tapi kelibat Sara saya tidak terjumpa dimana! Malah didapur dan bilik air saya tidak terjumpa juga! Oh gosh! Mulalah saya rasa panik dan cemas dengan situasi ini. Kena rompak or what! Dimana Sara?!
Bilik saya!
Bergegas kaki saya naiki anak tangga. Tiga langkah keatas kaki saya terhenti pabila ada tompokkan darah merah diatas carpet putih. Titisan demi titisan hingga membawa ke bilik kerja saya. Didalam hati tidak putus-putus saya berdoa moga tiada apa yang terjadi pada Sara.
Pintu bilik kerja saya terbuka sedikit.
Bila dibuka...saya sangat shock hingga saya boleh rasa satu badan saya menggeletar ketakutan yang teramat sekali! Saya nampak sekujur tubuh milik Sara terdampar dan tersandar lemah pada dinding dengan isi bilik lagi berantakkan. Saya boleh rasa Sara pengsan. Sebaiknya dia pengsan janganlah ada apa-apa yang berlaku pada Sara. No!
" Sara?! sara?! You heard me?! Sara wake up!!! ".
Saya paut badan Sara yang longlai pada saya sambil saya cuba membangunkan dia. Saat itu juga saya rasa aliran panas keluar daripada sekitar abdomen dia. Sial ! Telapak tangan saya terlumur darah Sara yang sedang mengalir. Sara berdarah lebat!
No! No! Sara...!
![](https://img.wattpad.com/cover/119708579-288-k644319.jpg)
YOU ARE READING
📃THE GENTLEMAN CONTRACT! 🖋 (COMPLETED)
General FictionBila hati tertutup untuk menerima cinta orang lain,datang seorang pari-pari yang menyakitkan hati saya dengan karenah dia,Sara Agnes. Hari demi hari saya seolah telah jatuh cinta pada dia hinggalah sesuatu terjadi kepada dirinya.. Kemudian sesuatu t...