• S.A.R.A.A.G.N.E.S •SAKIT hati.
Itulah yang saya rasakan sekarang ini. Sejak berminggu lalu selepas Mr.Carl berjumpa dengan si Cik Pon Shanti itu dia selalu jarang ada dirumah,lepas makan malam grenti dia akan keluar. Entah pegi dating dngan si Cik Pon kali. Argh!
Apalah guna saya dalam rumah ini? Perhiasan? Maid dia? Saya rasa memang sebagai maid dia and saya rasa juga memang Mr.Carl kasitau saya ni maid dia. Yalah,saya pun sedar diri juga. Apalah juga saya ni. Pagi awal pula dia turun kerja,dah jarang dah dia datang merayap pegi tidur dalam bilik saya. Last-last saya kunci saja bilik saya,habis cerita.
Kusut.
Ini lagi tunggu Abang datang,dah 20minit saya tunggu diwarung sisi jalan ni. Entah kenapa mau jumpa disini,macam berahsia saja. Sedang saya duduk termenung melihat kereta dan motor yang lalu lalang, satu notifications menjelma diskrin.
Saya tengok ada email. 📧
Melonjak happy saya tetiba bila baca isi kandungan tersebut. Rupanya jawapan kepada application kerja kosong saya yang 3bulan lepas. Akhirnya! Bila start...hmm..bagus esok saja. Tak apa,kerja untuk simpan duit untuk sambung belajar. Lega.
“ Hui..senyum-senyum sorang? ”.
Bahu saya dicuit,bila ditoleh lelaki pakai cap hitam serba hitam. Abang ni. Suka buat saya suspen kan.
“ Salahkah kalau saya senyum? Eleh. ”.
“ Eleh...sukalah tu dah kahwin dngan Mr.Millionare kan? ”.
Suram terus senyum saya bila Abang sebut pasal si sana tu. Sakit pula hati saya dengan tetiba. Macam malas sudah sayaau dengar pasal si dia. Ergh.
“ Kenapa abang mau jumpa saya ni? Diwarung lagi tu jauh daripada bandar.. ”
“ Oh.. Abang ada hal mau minta tolong dngan Sara ni. Bolehkan? ”. Pinta Abang tergaris perasaan sayu daripada bibirnya. Nampak gaya abang makin sihat saja ni makin sado pula badan.
“ Tolong apa eh? Asal abang semua boleh ba. ”. Ujar saya sambil tersenyum pada dia dngan yakin padahal dalam hati saya tertanya betul.
Abang seolah berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Datang dengan apa pun saya tak tau,tak nampak sebab fokus dengan panggilan kerja tadi. Malas mau ingatkan benda yang menyakitkan hati selama beberapa minggu ini.
“ Erm...Sara pegi tempat ini nanti. Tolong ya. Dan berikan sampul surat ini dia. Beritahu saja Abang baik-baik dan bila keadaan dah normal abang akan datang jumpa dia sendiri. ”. Jelas Abang lalu memberikan saya sepucuk sampul surat warna putih berserta memo kuning tertulis alamat. Lorong 234,No.4 Jalan Kulintas.
Dia? Dia tu siapa?
Saya berkerut tak faham. “ siapa? Urgent betul gaya abang ni.. ”. Dugaku melihatkan kegusaran pada wajah dia,sampul tadi saya tenung berfikir apakah isi didalamnya. Bukan mau menyibuk tapi keinginan tahu.
“ Seseorang. Nama dia Elly. Erm.. ”. Jelas abang terputus. Saya berikan riak wajah binggung. “ dia ialah tunang abang... ”.sambungnya agak mengejutkan saya depan dia.
YOU ARE READING
📃THE GENTLEMAN CONTRACT! 🖋 (COMPLETED)
Tiểu Thuyết ChungBila hati tertutup untuk menerima cinta orang lain,datang seorang pari-pari yang menyakitkan hati saya dengan karenah dia,Sara Agnes. Hari demi hari saya seolah telah jatuh cinta pada dia hinggalah sesuatu terjadi kepada dirinya.. Kemudian sesuatu t...