🎈CHAPTER 21🎈

1.9K 184 28
                                    


• S.A.R.A.A.G.N.E.S •

Saya tengok jam sudah mau jam 10am. Cepat-cepat saya bersiap ala ringkas, pakai jeans dengan long sleeve shirt saja. Hari ini saya mahu berjumpa dengan seseorang yang begitu dekat dihati saya. Siap saja saya ambil kunci motor yang memang sudah kena bawa dari kampung ke bandar oleh si Mr.Carl. sebab dia boring sudah dengar saya merengek minta motor saya balik.

Dia pun okkan saja. Maka sehari selepas itu pun tiba motor kesayangan saya yang banyak berjasa. Walaupun Mr. Carl ada kasitau dia akan membelikan saya sebuah kereta nanti. Hmm...saya cakap tidak perlu saja.

Perjalanan saya ke Penjara Lama mengambil masa sejam 30minit dari tempat saya. Sebelum itu saya singgah dikedai runcit untuk membeli beberapa barangan makanan. Hanya sedikit buah tangan yang tidak seberapa.

-PENJARA LAMA 2 -

Hampir 20minit menunggu diruangan tersedia dengan 5 orang pengawal polis yang berjaga-jaga untuk keselamatan sekeliling. Ruangan ini sudah ada 4 orang pelawat sedang berbual dengan para banduan masing-masing.

" Abang sihat? ".

Saya bertanya bila melihat kelibat abang saya tiba sudah didepan saya. Kedua tangan digari. Pemandangan itu sangat merobek hati kecil saya. Muka abang tampak sayu pada masa yang sama juga dia gembira.

" sihat... Biasalah tinggal dilokap ni makan tidur saja kerja. Nes sihatkah? Dia jaga Nes dengan bagus jugakh? ".

" Hm. Janganlah abang risau. Tidak dia berani mahu membuli saya tu, saya kan tidak suka dibuli. Hehe.. ".

Abang hanya mengangguk serta senyuman sayu terukir pada garisan bibirnya.

" Nes... Abang rindu sama Mama dan Papa. Mereka sihatkah? "..

" Sihat. Arh..pasal itu abang jangan risau, Nes tetap ada bank in kan duit macam biasa dengan nama abang. Hmm..cuma papa risau bila abang tidak calling sama mereka lagi. ".

Saya lihat abang tunduk kecewa disebalik senyumannya. Saya tahu abang pasti sangat merindui Mama dan Papa, keluarga kecil yang sentiasa abang utamakan. Kini abang didalam sini tanpa mereka berdua ketahui. Saya dan Abang bersepakat untuk berbohong saja demi kesihatan Papa. Kalau Papa tahu memang akan tidak terdaya papa akan terima. Abang terpaksa memberitahu kalau dia bekerja jauh.

Kedua-dia kami berada dalam kesulitan dan hanya ini saja Abang mampu buat supaya tidak merisaukan kedua orang tua kami. Lebih lagi Papa yang sekarang tidak berapa bagus kesihatan dia.

" Abang minta maaf Nes sebab sudah susahkan kau. Sebab abang Nes terpaksa menipu. Kalau abang ada duit tentu saja abang boleh keluar daripada sini dan selesaikan masalah ini... ".

Tutur abang perlahan, tergambar riak muka sedihnya. Terasa dunia seakan tidak adil bagi abang. Sebab kes yang abang sendiri tidak mahu kasitau saya. Entah kenapa.

Namun saya tahu apa perasaan abang ketika ini. Genap 2 tahun sudah abang berada di dalam penjara, sebab itu juga saya berusaha keras untuk mengantikan posisi abang dalam keluarga. Lebih menyakitkan jika mengambil kira perasaan kedua orang tua kami.

" Erm..abang ada nampak news kalau Nes akan berkahwin tidak lama lagi? Apa Nes sudah sedia menjadi isteri dia walaupun hanya atas kontrak saja...? ".

Persoalan abang tu susah pula saya mau menjawab ni. Bahkan abang juga tahu kenapa saya melakukan ini semua. Namun bagi abang saya ni masih anak kecil yang tidak tahu apa-apapun dalam kehidupan.

" Ya abang. Saya sudah sedia. Sebab itu saya terima untuk menjadi fake wife dia, abang pun tahu kalau Mr.Carl tu sedikit menyebalkan.. Tapi abang jangan risaulah. Pandai nanti saya jaga diri.. ". Kataku yakin.

Abang tertawa kecil melihatku memuncung. Memang kekadang Mr.Carl menyebalkan dan suka mengejek saya tanpa sebab.

" pasti Mr.Carl melayan kau dengan bagus,kan? Tengok sekarang Nes pun makin lawa saja... ".

" Lawalah sangat.. ".

Kami berdua tertawa. Pendek kata saat ini saya mahu berbual dengan abang berkenaan masa gembira kami berdua dulu. Dimana abang sentiasa ada disisi saya, selalu menjadi tulang utama keluarga. Sekarang saya tengok abang sedikit lesu dan lelah saja muka.

Harap-harap abang baik-baik saja disini.

**** **** ****

Sebelum balik kerumah saya singgah dulu ke supermarket Giant mahu membeli beberapa barangan makanan untuk di isi dalam peti sejuk. Nanti pandai Mr.Carl mengejut pulang padahal kasitau hanya weekends. Ini mahu setiap hari pula dia balik. Apa dia bergaduh sama Mummy dia kah?

Ehh...teringat pasal Charity Events tempoh hari, pertemuan saya dngan Mummy dia tidak berapa bagus pula. Macam saya ni terhegeh-hegeh mahu berkahwin dengan Mr.Carl. Kalaulah dia tahu alasan sebenar anak dia kenapa, kan...

Hmm.. Kena juga saya tempuhi semua tu nanti kalau saya berkahwin dengan Mr.Carl atau tetap tinggal dengan mereka. Terutama sekali kalau terjumpa si Camel tu... Alah! Malaslah saya mahu berfikir...

Saya ambil beberapa sayur salad kesukaan si Mr.Carl. Pakai dia makan mentah dengan daging salai, Mr.Carl tidak suka kalau saya hari-hari masak nasi atau ada lauk yang agak berminyak. Demand orang kaya ni susah betul mahu faham.. Ish.

Sedang saya sibuk mau cari susu dan jus oren botol untuk Mr.Carl, handphone saya berdering. Iphone ok.. Satu orang saja yang call saya ni. Mr.Carl 😐

📲 Mr.Carl : Oiii ! Kau dimana sekarang ni?! Why you not at home?!

Alamakk ni suara...boleh ikut sudah tu jadi komando dihutan. Saya tengok jam diphone baru jam 4.30pm, biasa dia balik rumah jam 7pm. Buang tebiat kali ni orang !

📲 SAYA : saya di supermarket ,beli barang sebab tu tiada orang dirumah. Kenapa?

Saya balas balik suara kasar dia, nasib saya ingat saya ada dimana.

📲MR.CARL : beli barang ambil 6 jamkah disupermarket? Or kau jadi cleaner sana.. Pergi jalan tidak pandai mau inform.

Panas pula hati saya tetiba ni... Kenapa ni orang mahu marah-marah juga. Masa say jalan tadi Mr.Carl memang sudah jalan awal, okeylah tidak juga dia syak saya apa-apa atau kemana saya pergi.

📲 MR.CARL : tadi..saya ada balik kejap tertinggal file dirumah dlm jam 11 gitu, tiada pun kau dirumah.. Pergi mana? Dengan siapa?

Hahh! Alamakk!

Saya bertelan air liur dengar. Kenapa juga dia balik?! Aduhh.. Kira-kira saya mahu bagi alasan apa sama Mr.Carl ni. Untuk sekarang saya tidak mahu kasitau dia apa-apa pasal abang saya ni. Oh my god..!

📲SAYA : Ermm...saya pergi..saya pergi Mall lah. Mana lagi. Boring betul dirumah tu tidak buat apa-apa selain makan dan tidur. Saya...saya tengok movie Annabelle. Saya pergi saturang,mana ada kawan juga kan.. Hmm.

Bolehlah kali alasan tu..

📲 MR.CARL : ....

📲SAYA : Oi.. Mr.Carl...?

Kenapa ni orang tetiba pandai pula diam...

📲MR.CARL : OK. Jangan lupa masak.

Truttt... Terus dia end call. Haihh.. Ni manusia memang gaya hantu saja. Kejap marah kejap ok. Kenapa saya rasa tidak sedap hati pula ni. Janganlah Mr.Carl tahu saya ada pergi mana. Ish.. Saya capai botol jus tadi dan semua barangan pembelian didalam troli menuju ke kaunter, tiada lagi benda yang saya mahu beli ni.

Tapi..kenapa suara Mr.Carl macam risau saja ni? Ada apa-apa berlaku kah ?



****

Sorry ya guys 1k word saja sb tadi bagus2 ada 3k words ,phone sa ada masalah entah apa tetiba block out and sa kehilangan semua 3k words tu, ini pun sa retyping kbali ,ingat² lupa sudah. 😣 Btw, utk next part kasi ' F ' seja ya. 😁 Sorry guys...

📃THE GENTLEMAN CONTRACT! 🖋 (COMPLETED)Where stories live. Discover now