BAB 2

448 7 0
                                    

Jam di dinding menunjukkan 6.30 petang. Selalunya Harris Iskandar sudah sampi ke rumah. Salsabila Hana mengintai ke luar tingkap. Tidak kelihatan kereta Harris Iskandar.

Salsabila Hana keluar untuk menyiram pokok-pokok di laman rumah. Sedang khusyuk menyiram pokok. Kelihatan kereta Harris Iskandar meluncur laju masuk ke ruang letak kereta. Muncul susuk tubuh sasa Harris Iskandar keluar dari keretanya menuju masuk ke dalam rumah.

"Hana....Hana...." panggil Harris Iskandar.

"Ye, tuan.... Maaf saya siram pokok kat luar tadi" terang Salsabila Hana sambil mengelap tanganya yang basah.

"Nah.... Ambil ni, aku naik mandi dan solat dulu. Pukul 8.00 karang aku turun makan" terang Harris Iskandar sambil menghulurkan sebungkus buah- buahan kepada Salsabila Hana dan berlalu pergi.

"Baik tuan. Nanti saya siapkan" balas Salsabila Hana.

"Nasib baik la dia tak marah. Kalau tak, berapi aku kena marah" leter Salsabila Hana. Dia perlu menyiapkan makan malam. Dia hanya ada masa 1 jam sahaja lagi.

"Aku kena mandi dan solat dulu. Lepas tu baru hidangkan makan malam. Ala, buah pula tak potong lagi. Sempat ke tak ni" runggut Salsabila Hana apabila buah yang diberikan oleh Harris Iskandar belum dipotong.

Makanan telah siap dihidangkan di atas meja makan. Hanya menanti untuk dijamah. Salsabila Hana menunggu dengan penuh debaran. Takut dimarahi oleh Harris Iskandar. 10 minit berlalu tetapi kelibat Harris Iskandar belum kunjung tiba.

"Ish.... Dah tidur ke dia ni. Takkan aku kena kejutkan dia pula. Karang tak kejut, dia marah aku pula"  rungut Salsabila Hana serba -salah lalu dia mengintai ke tingkat atas.

Salsabila Hana melangkah menuju ke bilik Harris Iskandar. Tuk....tuk... Dia mengetuk pintu bilik Harris Iskandar perlahan-lahan. Lama juga dia mengetuk pintu itu. Tetapi tiada sebarang tindak balas dari Harris Iskandar.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka oleh Harris Iskandar. Terpacul Harris Iskandar di muka pintu. Penantian Salsabila Hana berakhir di situ.

"Sorry Hana. Aku tertidur tadi" ujar Harris Iskandar sambil tangannya menggosok-gosok kedua- dua matanya.

"Emmmm... Tak apa tuan. Makanan tuan, saya dah siapkan" terang Salsabila Hana sambil melangkah pergi meninggalkan Harris Iskandar.

Harris Iskandar mengekori Salsabila Hana dari belakang.Dia melihat banyak makanan yang terhidang. Hatinya bagaikan berbunga-bunga melihat makanan yang lazat terhidang. Dia segera duduk dan menunggu nasi yang sedang disendukkan ke dalam pinggannya.

"Jemput makan tuan. Saya ke dapur dulu ye" ujar Salsabila Hana sambil menghulurkan pinggan kepada Harris Iskandar.

"Kau nak ke mana? Meh duduk di sini, makan sekali dengan aku. Malam nie kau kena temankan aku makan" pinta Harris Iskandar sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Baiklah tuan, saya temankan tuan" balas Salsabila Hana sambil duduk di sebelah Harris Iskandar. Gembira bercampur gelisah di riak wajahnya. Harris Iskandar berselera menjamah makanan sehingga tak toleh kiri dan kanan.

"Maaf tuan, saya nak cakap sesuatu" ucap Salsabila Hana kepada Harris Iskandar yang leka menjamah makanan.

"Ye, cakap la. Aku dengar ni. Sedap pula kau masak malam ni" balas Harris Iskandar sambil mengangkat ibu jarinya kepada Salsabila Hana sebagai tanda sedap.

" Errr.... Macam ni tuan, siang tadi saya dapat panggilan daripada Hospital Netro. Diaorang suruh saya datang ke sana bersama tuan" terang Salsabila Hana dengan suara yang bergetar.

"Emmmmm.. Kenapa pula aku kena teman kau? Hari apa kau kena ke sana?" soal Harris Iskandar yang mahukan kepastian.

"Errr... Saya pun tak pasti kenapa saya perlu ditemani. Saya kena ke sana minggu depan hari Isnin, tuan" balas Salsabila Hana dengan wajah yang tunduk ke lantai. Hilang selera makannya malam itu.

"Ohhhh, nanti kau ingatkan aku. Kalau aku free  boleh la kita pergi bersama" ujar Harris Iskandar sambil mencuci tangan. Dia sudah pun selesai menikmati makan malam. Salsabila Hana sekadar melihat gelagat Harris Iskandar.

"Terima kasih Hana. Masakan kau memang terbaik malam ni. Aku ke ruang tamu dulu ye" ucap Harris Iskandar berlalu pergi sambil membawa sepiring buah epal yang telah dipotong. Salsabila Hana hanya tersenyum melihat Harris Iskandar.

"Pelik pula Harris Iskandar malam ni. Selalunya nak dengar suara pun susah" omel Salsabila Hana sambil mengemas meja makan.

Jam di dinding sudah menghampiri pukul 10.00 malam. Dia perlu segera menyiapkan kerjanya. Selepas itu, dia perlu solat isyak dan tidur kerana esok pagi dia perlu menyiapkan sarapan pagi untuk suaminya.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now