BAB 65

296 4 0
                                    

Salsabila Hana tidak dapat tidur. Matanya masih tidak dapat dilelapkan. Jam sudah menghampiri 2.00 pagi. Dia meninjau-ninjau ke atas katil Harris Iskandar.  Dia terlalu sayangkan dan mencintai suaminya. Dia hanya mampu mencintai kekasih halalnya dalam diam.

"Nurin.... Nurin..." panggil Harris Iskandar yang mana matanya masih lagi terpejam.

"Tuan... Tuan.. Bangun" kejut Salsabila Hana sambil mengoyangkan tubuh Harris Iskandar.

Harris Iskandar masih lagi memanggil-manggil nama Nurin Inara. Salsabila Hana perlu kejutkan Harris Iskandar secepat mungkin. Mungkin Harris Iskandar terlalu rindukan Nurin Inara sehingga terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi. Nurin Inara yang pergi tanpa pesan.

"Tuan, bangun. Sedarlah, tuan" panggil Salsabila Hana. Dia cuba mengejutkan Harris Iskandar.

"Ishhh.... Apa kau buat ni? Aku tengah tidur" tengking Harris Iskandar apabila Salsabila Hana mengejutkannya.

"Maafkan saya, tuan. Saya cuma risaukan, tuan" jawab Salsabila Hana.

"Aku rindukan Nurin, Hana. Di mana agaknya dia berada sekarang. Kau tak rindukan dia ke?" tanya Harris Iskandar dengan nada sedih.

"Tuan bersabar ya. Insha Allah nanti puan pasti akan kembali kepada tuan. Saya selalu doakan semoga terbuka hati puan untuk kembali ke sisi tuan suatu hari nanti" pujuk Salsabila Hana.

Salsabila Hana terpaku apabila Harris Iskandar meletakkan kepalanya ke bahu Salsabila Hana. Salsabila Hana hanya membiarkan Harris Iskandar berbuat demikian. Dia tahu yang Harris Iskandar berada dalam keadaan sedih. Papa mamanya pula berada jauh di negara orang. Isteri yang dicintai sepenuh hati pergi meninggalkannya. Hanya Salsabila Hana tempat dia bergantung harap buat masa sekarang.

"Tuan... Janganlah bersedih lagi. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengembirakan tuan. Walau bagaimana sekali pun, tuan tetap suami saya. Tuan adalah syurga saya" lembut suara Salsabila Hana menenangkan Harris Iskandar yang masih lagi dalam keadaan bersedih.

"Saya tahu tuan tidak sukakan saya. Saya hanya ada tuan seorang saja untuk saya bergantung harap. Tuan cepatlah pulih. Saya nak sangat lihat tuan sihat seperti dulu" ucap Salsabila Hana lagi.

"Aku tahu. Aku terlalu sayangkan Nurin. Aku minta maaf kerana mengabaikan kau. Aku pasti suatu hari nanti hati aku akan terbuka untuk terima kau" balas Harris Iskandar dengan suara yang bergetar.

"Insha Allah, tuan. Tuan tidurlah semula. Subuh nanti saya kejutkan tuan. Kita solat subuh sama-sama nanti" beritahu Salsabila Hana sambil membaringkan semula Harris Iskandar.

Indahnya jika Salsabila Hana mampu memilik cinta Harris Iskandar. Dia tahu yang dirinya tidak setanding Nurin Inara tetapi dia hanyalah manusia biasa yang perlukan kasih sayang dan perhatian daripada seorang lelaki yang bergelar suami.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now