Salsabila Hana sentiasa berada di sisi Harris Iskandar. Setiap hari dia akan bacakan surah yasin dan membacakan ayat-ayat suci al-quran. Dia sentiasa mendoakan semoga suaminya sembuh seperti sediakala. Dia terlalu merindui Harris Iskandar. Dia juga akan sentiasa membisikan kata-kata cinta, rindu dan sayang kepada Harris Iskandar.
"Maaf ya,tuan. Mulai hari ni Hana akan panggil abang. Bila abang dah sedar nanti, Hana akan panggil tuan semula okay" bisik Salsabila Hana ke telinga Harris Iskandar.
Harris Iskandar seakan mengerti apa yang dikatakan oleh Salsabila Hana. Kelihatan air matanya mengalir perlahan. Salsabila Hana melihat wajah Harris Iskandar lalu menyapu air mata yang terus mengalir.
"Abang janganlah sedih. Hana tetap sayangkan abang. Abang seperti nyawa Hana sendiri. Hana akan sentiasa berada di sisi abang walaupun susah ataupun senang. Insya Allah, Hana akan jaga abang sehingga abang sihat semula. Hana nak abang boleh berjalan seperti biasa" bisik Salsabila Hana meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia juga tahu apabila seseorang berada dalam keadaan koma, pasti mereka boleh mendengarinya.
Salsabila Hana seperti hari-hari sebelumnya. Dia akan mengelap badan Harris Iskandar. Dia juga perlu memastikan keadaan Harris Iskandar sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa. Doktor juga ada memberitahu bahawa Harris Iskandar mudah terdedah kepada sebarang jangkitan.
"Emmm.. Esok aku kena buat kimo pula. Tak apalah aku postpone je dulu. Keutamaan sekarang adalah suami aku. Kalau aku buat kimo siapa pula nak jaga Harris semasa aku tiada?" mengomel Salsabila Hana apabila dia melihat kad rawatan di dalam dompetnya.
Salsabila Hana mengusap lembut rambut Harris Iskandar. Dia tersenyum melihat Harris Iskandar yanh terbaring kaku. Dia berharap agar Harris Iskandar cepat pulih dan sedar dari koma.
"Abang, cepatlah bangun. Hana rindu nak tengok senyuman abang. Hana juga rindu nak dengar leteran abang. Abang.... Esok Hana ada kimo tetapi Hana perlu jaga abang. Hana juga berharap agar Hana terus kuat untuk menjaga abang melalui hari-hari mendatang" ucap Salsabila Hana sambil mengenggam erat tangan Harris Iskandar.
Walaupun kesihatan Salsabila Hana tidak mengizinkan untuk dirinya menjaga Harris Iskandar, tetapi dia tetap bersemangat untuk menjaga Harris Iskandar dengan baik. Semenjak kebelakangan ini, Salsabila Hana juga sering rasa tidak sihat. Dia juga tidak mahu melayan kesakitan yang menyerangnya.
YOU ARE READING
CINTA TANPA LAFAZ
RomanceCinta tidak pernah menjadi milikku.... Hanya penderitaan yang kau berikan.... tetapi aku redha dan terus mencintaimu walaupun kau tidak pernah mencintaiku..... satu hari nanti aku berharap ada sinar cinta walaupun bukan di dunia tetapi di syurga A...