Seperti biasa, Salsabila Hana bagun jam 2.30 pagi untuk menyiapkan juadah bersahur. Mak Timah sudah pulang ke kampung halamannya untuk beraya bersama ahli keluarganya.
Semalam, setelah tiba di Vila Orkid. Salsabila Hana diarahkan oleh Puan Sri Aisyah untuk memasak menu yang telah ditetapkan olehnya. Salsabila Hana hanya mengikut arahan yang diberikan.
"Hana... Kamu masak semua menu yang tertulis di atas meja dapur, okay" beritahu Puan Sri Aisyah.
Salsabila Hana mengangguk tanda faham. Setelah itu, Puan Sri Aisyah dan Nurin Inara beredar ke bilik masing- masing. Sudah jam 12.30 tengah malam. Salsabila Hana masuk ke bilik Mak Timah. Dia tidak dapat tidur. Otaknya masih ligat berfikir. Entah apa yang difikirkannya.
Salsabila Hana perlu menyiapkan menu seperti yang tertulis. Hampir 10 menu yang perlu dihidangkan. Setelah selesai memasak dan menghidangkannya, dia ke tingkat 3 untuk mengejutkan Harris Iskandar dan Nurin Inara. Dia turun pula ke tingkat 2 untuk mengejutkan Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah.
"Dah siap ke Hana?" tanya Puan Sri Aisyah untuk memastikan yang Salsabila Hana memasak menu yang telah ditetapkannya.
"Sudah, Puan Sri" balas Salsabila Hana sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan.
"Wahhh.... Sedapnya bau" puji Tan Sri Hizuddin apabila dia dapat menghidu makanan yang lazat.
"Jemput makan semua, Hana ke belakang dulu" beritahu Salsabila Hana berlalu ke dapur.
Usai bersahur, Tan Sri Hizuddin dan Harris Iskandar ke masjid berdekatan untuk solat subuh. Nurin Inara dan Puan Sri Aisyah masing-masing masuk ke dalam bilik.
Salsabila Hana mengemas meja makan dan dapur sebelum dia masuk bilik untuk bersihkan diri dan solat subuh. Usai solat subuh, Salsabila Hana tertidur kerana keletihan. Seharian dia berkerja tanpa henti dengan membuat kerja rumah dan memasak. Esok pagi belum pasti lagi apa yang telah di atur oleh Puan Sri Aisyah.
YOU ARE READING
CINTA TANPA LAFAZ
RomanceCinta tidak pernah menjadi milikku.... Hanya penderitaan yang kau berikan.... tetapi aku redha dan terus mencintaimu walaupun kau tidak pernah mencintaiku..... satu hari nanti aku berharap ada sinar cinta walaupun bukan di dunia tetapi di syurga A...