BAB 89

432 4 0
                                    

Rozita datang bertemu Harris Iskandar dan Nurin Inara. Dia ingin menyampaikan pesanan dari Salsabila Hana yang telah diamanahkan kepadanya. Rozita mengambil masa yang agak lama untuk bertemu Harris Iskandar kerana itulah pesan Salsabila Hana kepadanya.

"Encik Harris. Sebenarnya saya ada tujuan datang ke sini untuk berjumpa encik" beritahu Rozita kepada Harris Iskandar.

"Ya. Tujuan awak untuk apa? Berkaitan dengan Hana ke?" tanya Harris Iskandar mahu segera mengetahui tujuan Rozita datang bertemu dengannya.

"Saya ada bersama Hana sehingga akhir hayatnya. Dia terlalu merindui encik. Setiap saat dia pasti akan menyebut nama encik" jawab Rozita dengan panjang lebar.

"Emmm" Harris Iskandar sekadar mendiamkan diri. Dia terkenangkan Salsabila Hana yang begitu sopan apabila bersamanya.

"Dia suruh saya sampaikan sampul ini kepada encik pada hari ini kerana ulang tahun perkahwinan Hana yang ke -5. Saya harap encik dapat menerimanya" beritahu Rozita lagi sambil menghulurkan satu sampul surat yang agak besar kepada Harris Iskandar.

"Terima kasih kerana sanggup datang ke sini" ucap Harris Iskandar lalu mencapai sampul yang dihulurkan oleh Rozita.

"Sama-sama. Alhamdulillah saya dah jalankan amanah yang ditinggalkan. Hana minta saya kebumikannya di Ampang. Berdekatan pusara keluarga dia. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum" ucap Rozita berlalu pergi setelah bersalaman dengan Nurin Inara.

Harris Iskandar membuka sampul tersebut. Pelbagai barangan yang dapat dilihat. Ada sekeping kad bank, buku bank dan sekeping cakera padat. Harris Iskandar melihat buku bank tersebut.

"Ya Allah.... Hana kenapa buat abang begini? Hana tak guna langsung duit yang abang berikan" meraung Harris Iskandar apabila dia mendapati buku bank yang diberikan kepada Salsabila Hana masih berbaki dan bakinya juga begitu banyak.

"Kenapa dengan you ni? Sabarlah sikit" pujuk Nurin Inara lalu memeluk Harris Iskandar.

"Sayang, you tengok ni" beritahu Harris Iskandar sambil menunjukkan buku bank kepada Nurin Inara.

Harris Iskandar memutarkan cakera padat yang diberikan oleh Rozita kepadanya. Dia begitu teruja mengetahui isi kandungan cakera padat itu. Setelah dimainkan, terpampang wajah Salsabila Hana yang mana ketika itu dia berada di tepi pantai.

"Hai abang... Abang ingat lagi tak tempat yang selalu kita datang masa dulu. Abang, Hana rindu sangat-sangat kat abang. Kenapa abang pergi tinggalkan Hana sendirian? Walaupun hati Hana sedih tetapi Hana baik-baik je abang. Satu perkara lagi yang abang tak pernah tahu yang Hana ada kawan baik nama dia kak Ita yang bersama Hana sekarang. Hana juga berharap agar abang sentiasa bahagia disamping Nurin, mama dan papa. Nanti sampaikan salam sayang Hana kepada mereka ye. Insha Allah jika diberi kesempatan kita akan berjumpa lagi"

Begitu ceria Salsabila Hana ketika itu. Kelihatan begitu sihat sedangkan dia menderita menanggung kesakitan. Dia kelihatan begitu bersemangat. Kata-kata yang ikhlas dari hatinya membuat Harris Iskandar begitu tersentuh. Dia meratapi pemergian Salsabila Hana. Seribu penyesalan mula menghantui dirinya. Menangis air mata darah sekalipun Salsabila Hana tidak akan kembali lagi.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now