BAB 17

325 5 0
                                    

Salsabila Hana perlahan-lahan turun dari katil. Dengan wayar berselirat di tangan yang masih belum ditanggalkan. Terpaksa dia mengusung bersamanya. Dia melangkah menuju ke kaunter jururawat bertugas. Dia mahu bertanyakan mengenai telefon awam. Jururawat yana ada di situ turut sama membantunya untuk membuat panggilan menggunakan telefon awam.

Salsabila Hana terus mendail nombor telefon bimbit Harris Iskandar. Tutt... Tutt.. Tutt...Panggilan tidak dijawab. Salsabila Hana mencuba sebanyak  4 kali tetapi masih tiada jawapan.

"Ishhh... Mana pula dia ni? Aku nak call nombor mana pula ni. Dahlah aku ada satu nombor saja" risau pula Salsabila Hana apabila Harris Iskandar tidak menjawab panggilannya.

Salsabila Hana cuba mendail sekali lagi nombor telefon bimbit Harris Iskandar, akhirnya Harris Iskandar menjawab panggilan. Berakhirlah sudah kerisauan dan penantian Salsabila Hana.

"Hello, siapa ni?" tanya Harris Iskandar apabila dia menjawab panggilan itu.

"Tuan, saya ni Hana. Saya nak beritahu yang saya dah boleh keluar dari wad petang ni. Boleh tuan datang ke hospital untuk urusan daftar keluar?" jelas Salsabila Hana.

"Okay, petang nanti aku datang" balas Harris Iskandar dan terus menamatkan panggilan.

"Huhhh. Nasib baik dia jawab call aku. Kalau tak terpaksalah aku bermalam lagi di sini" leter Salsabila Hana sambil mengambil baki duit syiling.

Salsabila Hana kembali semula ke katilnya. Dia mula mengemas apa yang patut. Hanya dia seorang sahaja yang berada di wad ketika itu kerana  jiran sebelah katilnya iaitu seorang wanita tua sudah pun keluar dari wad.

Jam tangan Salsabila Hana menunjukan 5.30 petang. Kelibat Harris Iskandar masih belum kelihatan. Resah gelisah hatinya. Dia cuba untuk berfikiran positif tetapi perkara negatif pula yang terlintas difikirkan.

"Ishhhh. Dia tak datang ke? Emmm... Habis aku kena bermalam kat sini lagi ke malam ni? rungut Salsabila Hana matanya asyik memerhatikan pintu utama keluar masuk ke wad itu.

Hati Salsabila Hana tidak tenteram. Dia turun dari katil dan menunggu Harris Iskandar di ruang lobi wad tersebut. Ramai pelawat keluar masuk ke wad itu. Tetapi Harris Iskandar tidak juga kelihatan.

Mengalir air mata Salsabila Hana apabila dia cuba mengingati apa yang diucapkan oleh Harris Iskandar. Terasa sakit hatinya. Geram rasanya apabila dia ditipu hidup-hidup.

"Emmmmm... Semua orang dah balik. Aku saja yang menanti dan terus menanti orang yang belum tentu akan datang" rungut Salsabila Hana. Matanya memandang ke lantai dengan harapan Harris Iskandar datang menjemputnya. Air matanya tertumpah lagi. Sebak hatinya apabila dia tetap menunggu walaupun belum tentu Harris Iskandar akan muncul.

"Emmmm.. Malam ni aku kena bermalam di sini lagi nampaknya. Sekarang pun dah pukul 8.30 malam" mengomel Salsabila Hana seorang diri.

Sudah lewat malam. Penantian Salsabila Hana hanyalah sia-sia. Harris Iskandar masih belum datang menjemputnya. Salsabila Hana kembali ke katil. Dipandang semua barangan termasuk beg pakaian yang telah siap dikemas.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now