BAB 62

298 4 0
                                    

Salsabila Hana menghubungi Pak Mail untuk membawa mereka ke tepi pantai. Dia memerlukan bantuan Pak Mail untuk menguruskan Harris Iskandar kerana dia berasa kurang sihat. Hampir 6 bulan dia tidak menjalani rawatan kimoterapi.

"Tuan, Pak Mail dah sampai. Jom kita keluar sekarang" panggil Salsabila Hana.

"Emmmmmm...... Okay " jawab Harris Iskandar dengan ringkas.

Salsabila Hana membawa barangan yang lain bersamanya. Dia menolak kerusi roda Harris Iskandar menuju ke kereta. Pak Mail membantu Harris Iskandar memasuki kereta. Salsabila Hana mengunci semua pintu. Pak Mail memandu kereta menuju ke tepi pantai. Masa perjalanan yang diperlukan adalah lebih kurang satu jam.

"Alhamdulillah.... Kita dah sampai tuan" beritahu Salsabila Hana sambil mengejutkan Harris Iskandar yang tidur sepanjang perjalanan mereka ke situ.

"Ahhhhh.. Sampai pun. Kau tunggu apa lagi cepatlah aku nak turun" balas Harris Iskandar sambil menggeliat.

Pak Mail membantu Harris Iskandar untuk duduk di kerusi roda. Dia perlu membawa Harris Iskandar ke tempat yang Salsabila Hana telah pilihkan.

"Pak Mail... Datang ke sini" panggil Salsabila Hana sambil melambai-lambai tanganya.

Angin yang menderu menampar-nampar lembut wajah Salsabila Hana. Riang wajahnya apabila berada di situ. Dia terkenangkan memori bersama keluarganya ketika dahulu. Salsabila Hana mula mengelamun jauh.

"Hoiiiii....... Kau buat apa lagi tu. Mengelamun je yang kau tahu" tengking Harris Iskandar apabila dia melihat Salsabila Hana leka tanpa mempedulikannya.

"Maafkan saya,tuan. Saya datang sekarang juga" balas Salsabila Hana lalu menghampiri Harris Iskandar.

Salsabila Hana memanggil Pak Mail untuk membantunya menurunkan Harris Iskandar dari kerusi roda. Selepas itu, Salsabila Hana membawa Harris Iskandar ke tepi pantai.

"Tuan, kita dah boleh start sekarang" beritahu Salsabila Hana lalu menimbus kaki Harris Iskandar dengan pasir.

"Kau buat semua ni ingat aku boleh sembuh ke" balas Harris Iskandar.

"Insha Allah, tuan. Semoga tuan cepat sembuh seperti sediakala. Tuan jangan cepat putus asa ya. Saya akan cuba ikhtiarkan rawatan selagi saya boleh membantu" terang Salsabila Hana.

Hari itu, masa mereka dihabiskan di tepi pantai. Harris Iskandar kelihatan tidak begitu gembira. Entah apa yang difikirkannya. Salsabila Hana cuba mengambil hati Harris Iskandar supaya dia terus bersemangat meneruskan rawatan.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now