BAB 34

297 5 0
                                    

Salsabila Hana masih berada di dalam tandas. Dia masih cuba menghentikan pendarahan hidungnya. Dia risau jika Mak Timah perasaan dengan keadaan dirinya.

"Hana... Hana..." panggil Mak Timah.

"Ada apa, Mak Timah. Hana dalam tandas ni" jawab Salsabila Hana.

"Cepat sikit. Tan Sri dan Puan Sri panggil" terang Mak Timah.

Salsabila Hana segera keluar dari tandas dan menuju ke ruang tamu vila orkid. Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah berdiri manakala Harris Iskandar dan Nurin Inara duduk di sofa.

"Hana. Betul ke kamu menyelongkar laci dan almari di dalam bilik Harris" soal Puan Sri Aisyah.

"Errrr... Maafkan saya, Puan Sri. Saya tiada niat nak mencuri, saya cuma...." belum habis lagi apa yang hendak disampaikan, Nurin Inara mencelah.

"Betul, mama. Nurin nampak dengan mata kepala Nurin sendiri. Dia nak mencuri"  celah Nurin Inara.

"Tan Sri....Puan Sri... Tuan Harris... Tolonglah percaya cakap Hana. Saya tak mencuri. Hana cuma mencari tisu je tadi. Maafkan Hana..." balas Salsabila Hana sambil merayu meminta maaf. Airmatanya mulai gugur. Sebak hatinya apabila dituduh mencuri.

"Harris, ada apa-apa barang yang hilang ke? Kalau tiada barang yang hilang. Betullah apa si Hana katakan tadi. Dia tak ambil apa-apa barang pun" soal Tan Sri Hizuddin kepada Harris Iskandar kerana tidak mahu memperbesarkan perkara yang kecil.

Harris Iskandar hanya mendiamkan diri. Dia langsung tidak mempertahankan Salsabila Hana apabila dituduh mencuri oleh Nurin Inara dan Puan Sri Aisyah.

"Emmm.. Sudah la tu. Dah nak masuk waktu berbuka nie. Jom kita ke dapur. Nanti lewat pula kita berbuka" ajak Tan Sri Hizuddin berlalu ke ruang makan.

Kasihan Salsabila Hana apabila dia dituduh mencuri. Dia tahu yang dirinya tidak diterima di dalam keluarga Harris Iskandar. Dia juga terpaksa  mengharungi kehidupan mendatang tanpa ada sesiapa yang menyukainya. Yang ada hanyalah kebencian. Pelbagai ujian dan dugaan yang mesti tempuhinya.

"Harris, cepat baca doa. Dah masuk waktu berbuka ni" arah Tan Sri Hizuddin apabila kedengaran azan maghrib.

Salsabila Hana berbuka puasa bersama Mak Timah di dapur. Mak Timah berasa hairan kenapa Salsabila Hana berbuka puasa bersamanya bukan bersama Tan Sri Hizuddin sekeluarga.

"Hana, kenapa kamu tak berbuka puasa dengan Harris" tanya Mak Timah.

"Emmmm... Hana nak berbuka puasa dengan Mak Timah pula hari ni. Mana tahu, ni ramadhan terakhir Hana" berseloroh Salsabila Hana.

"Ishhh.. Tak baik tau, Hana. Kamu cakap begitu. Makanlah Hana. Jangan cakap lagi hal begitu" balas Mak Timah dengan nada yang tegas.

"Hana... Kamu nak ikut Mak Timah ke masjid tak?" tanya Mak Timah.

"Errr... Nanti Hana tanya Harris dulu ye Mak Timah" balas Salsabila Hana sambil menyuap nasi ke mulut Mak Timah. Dia rindukan belaiaan arwah ibunya.

Mereka berdua menikmati juadah berbuka dengan kesyukuran. Bersyukur kerana mereka masih lagi diberi nikmat untuk beribadah di bulan mulia yang penuh dengan keampunan dan keberkatan.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now