BAB 43

312 6 0
                                    

Rutin harian Salsabila Hana berjalan dengan lancar. Sekarang dia perlu membantu Puan Sri Aisyah untuk menggantikkan langsir yang baru. Puan Sri Aisyah lebih gemar memasangnya sendiri, baru ada kepuasan.

"Hana..Nurin...." panggil Puan Sri Aisyah.

"Ya, Puan Sri..." jawab Salsabila Hana yang baru selesai memotong daging ayam.

"Ya, mama. Ada apa ni?" balas Nurin Inara.

"Jom tolong mama pasang langsir baru" ajak Puan Sri Aisyah.

"Baik, Puan Sri" balas Salsabila Hana sambil mengambil kain langsir yang dihulurkan Puan Sri Aisyah.

Nurin Inara hanya memerhatikan sahaja. Dia tidak mahu langsung membantu Salsabila Hana dan Puan Sri Aisyah. Salsabila Hana bertungkus lumus memasang kain langsir.

Harris Iskandar datang melihat Salsabila Hana dan Puan Sri Aisyah. Salsabila Hana kelihatan leka memasang langsir bersama Puan Sri Aisyah.

"Hana.... Datang ke sini kejap" panggil Harris Iskandar.

"Ada apa,tuan" balas Salsabila Hana menghampiri Harris Iskandar.

"Bila pula kau kena buat kimoterapi?" soal Harris Iskandar.

"Seminggu selepas raya, tuan. Ada apa-apa masalah ke?" tanya Salsabila Hana untuk mendapatkan kepastian.

"Emmmm... Tak ada apa-apa. Kau boleh teruskan kerja tu" beritahu Harris Iskandar berlalu pergi.

Salsabila Hana perlu menyiapkan kerjanya. Sebentar lagi dia perlu menyediakan perapan ayam barbeque untuk malam nanti.

Salsabila Hana memasak rendang ayam, rendang daging, nasi impit, kuah kacang dan pelbagai lagi aneka juadah. Dia juga perlu memasak juadah berbuka puasa. Nurin Inara tidak langsung membantunya.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now