BAB 57

290 3 0
                                    

"Hana....." panggil Harris Iskandar dengan suara yang perlahan kerana keadaanya yang masih lemah.

"Ya Allah.... Tuan dah sedar. Kejap saya panggilkan doktor" terkejut Salsabila Hana apabila namanya dipanggil oleh Harris Iskandar. Dia berlari untuk mendapatkan Doktor Irfan.

"Doktor, suami saya dah sedar" pekik Salsabila Hana yang masih tercunggap-cunggap apabila dia berlari untuk mendapatkan Doktor Irfan.

"Ya ke. Baik saya pergi melihatnya sekarang" balas Doktor Irfan begegas ke bilik di mana Harris Iskandar ditempatkan.

Doktor Irfan melakukan pemeriksaan untuk memastikan keadaan Harris Iskandar. Salsabila Hana sabar menanti di luar bilik. Dia tidak sabar lagi untuk mengetahui keadaan sebenar suaminya.

"Encik Harris. Kamu sudah terlantar di sini hampir 3 bulan. 3 bulan kamu koma. Jadi sekarang saya akan melakukan pemeriksaan selanjutnya. Sila jawab ya atau tidak" beritahu Doktor Irfan apabila mengetuk lutut Harris Iskandar untuk mendapatkan tindak balas.

"Kamu ada rasa apa-apa tak?" tanya Doktor Irfan.

"Tidak" jawab Harris Iskandar.

"Okay sekarang kamu cuba angkat kedua-dua belah kaki kamu" arah Doktor Irfan.

"Emmm... Tak boleh doktor. Kenapa dengan kaki saya?" tanya Harris Iskandar untuk mendapatkan penjelasan.

"Baiklah. Kamu tunggu sebentar. Saya panggilkan isteri kamu" beritahu Doktor Irfan segera mengarahkan seorang jururawat untuk memanggil Salsabila Hana yang menunggu di luar bilik.

"Nurin Inara... You ada di sini, sayang" bisik hati Harris Iskandar. Dia terkenangkan Nurin Inara yang sudah pasti lama dia tidak ketemu. Di matanya hanya terbayangkan wajah Nurin Inara.

Seorang jururawat memanggil Salsabila Hana yang berada di luar. Mereka perlu segera kembali kepada Harris Iskandar dan Doktor Irfan yang sedang menanti Salsabila Hana.

"Doktor... Ada apa -apa masalah ke?" tanya Salsabila Hana sejurus tiba di situ.

"Doktor.....Mana Nurin Inara? Aku nak isteri aku bukannya kau" pekik Harris Iskandar apabila dia mendapati bahawa Nurin Inara tiada di situ.

"Siapa Nurin Inara? Saya tak pernah dengar nama tu. Yang selalu bersama kamu hanyalah dia" balas Doktor Irfan cuba menenangkan Harris Iskandar meronta-ronta seperti dirasuk.

"Nurse, dapatkan saya ubat penenang" arah Doktor Irfan.

Harris Iskandar terpaksa diberikan ubat penenang kerana keadaannya yang agak agresif. Tanganya meronta-rontan supaya dilepaskan. Salsabila Hana menangis kesedihan apabila melihat keadaan Harris Iskandar yang terlalu rindukan Nurin Inara.

"Baiklah, puan. Saya terpaksa berikan ubat penenang. Nanti apabila dia sedar. Puan cuba slow talk denganya" beritahu Doktor Irfan.

"Baiklah, doktor. Terima kasih" jawab Salsabila Hana sambil memandang wajah suram HarrIs Iskandar.

"Maafkan Hana, abang" bisik Salsabila Hana ke telinga Harris Iskandar.

Salsabila Hana menangis teresak-esak. Dia tidak mampu lagi menahan air matanya daripada terus mengalir. Dia berharap agar Harris Iskandar dapat menerima takdir yang telah ditetapkan buat dirinya. Nurin Inara pergi tanpa dapat dikesan. Salsabila Hana perlu memberitahu Tan Sri Hizuddin mengenai keadaan Harris Iskandar yang telah sedar dari koma.

CINTA TANPA LAFAZWhere stories live. Discover now